.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, December 20, 2011

TAJUK 284: JK PROPOSAL ILLUSI...DEFENSE PROPOSAL TAK SIGNIFIKAN LAGI! (Bhg 3)


Sambungan bhg 2..... proposal hanya illusi....

Salam bro….. aku nak citer skit jer pasal VIVA VOCE sebab aku sebenar dah tulis panjang lebar siap simulasi lagi pasal VIVA ni dalam Tajuk 193…. Cuba lah ko buka dan baca...jgn tak baca... ada pesanan bagaimana menyiapkan powerpoint presentation lagi....

Cuma aku nak tambah skit jer lagi…. VIVA adalah medan ko menunjukkan kepakaran ko menguasai kajian sendiri.

Apa kaitan dengan proposal bro?

Jika proposal anda tidak menyediakan Research Framework yang mantap, sebagaimana email yang aku muatkan dalam tajuk 283… maka VIVA dibimbangi akan menjadi satu mimpi ngeri.

Ada 10 soalan yang pelajar kena prepare yang aku dah sediakan dalam tajuk 193 tu….. dan kalau yang basic2 tu tak leh jawab….. amende  yang ko buat 3,4,5 tahun tu bro! Atau ko suruh org lain yang analisis dan interpret utk ko…. Atau ko copy suruh girlfriend ko yang tulis atau….ko dah lupa sebab lama sangat buat research tak siap2....

Ok bro… nanti aku baca tajuk tu….

Abis pe guna nye nak viva2 ni bro….

VIVA sekadar utk  menguji apa yang ko faham tentang kajian ko sendiri…. Klu ko sendiri tergagap2 nak jawab… MAKNANYA…. (sambung ler sendiri), then mengesahkan ko yang menulis thesis tu. Paling ditakuti bila ahli panel merasakan ada sesuatu yang tak kena maka mereka berpakat utk  “menyiasat” adakah ko yang betul2 menjalankan kajian dan menganalisis data... panel akan tanya soalan2 ala2 perangkap gitu….


Ini biasa berlaku bila data ko nampak sooo perrfecttt.... tak ada cacat celanya, analisis ko pun semua baek punya spt ada fabrication.... maka siaplah !!!

Alamak bro….. takut la macam tu….

Apsal takut klu ko tak buat benda2 tu....

VIVA dijalankan utk membuktikan ko menguasai segenap aspek yang ko tulis dan untuk mengetahui pelbagai rasional yang ko lakukan tetapi tidak tercatat dalam thesis. Katakan ko guna purposive sampling tapi ko tak nyatakan rasionalnya…so ko kena jawab ler bila ditanya....

Berlainan dgn proposal, viva dijalankan oleh panel experts yang dilantik…yang expert dalam kajian yang anda lakukan….

Sebab itulah proposal pun patut di komen oleh experts juga tau….

Lagi bro…?

Ingat, panel tu dibayar honorarium, kena buat laporan maka mereka lazaimnya dah baca setiap titik dan noktah dalam thesis ko…. so jgn nak klentong masa tu, be honest jika ko tak betul2 tak tahu nak jawab…. Dan yang penting jgn salahkan orang lain macam…. “Saya memang nak buat tapi SV saya kata tak perlu….” Atau “Saya dah hantar soal selidik tapi tak ramai yang reply…..” dsb.

Kesimpulannya..VIVA dijalankan seperti satu ujian lisan bagi mencabar kajian ko secara lisan dan ko perlu mempertahankannya.  Jika panel kata “sample anda terlalu sedikit dan tidak memadai utk menjustifikasikan dapatan anda”….ko perlu pertahankan. Jgn pula jawab…. “Tulah mmg saya nak ambil sampel banyak tapi tak sempat…. Hanya tinggal satu semester jer lagi sebab banyak masa terbuang nak siapkan proposal !!”

Mimpi ngeri......

Jadi sebelum itu semua berlaku, mantapkan research framework dalam proposal ko dan bukan hanya menekankan pendetailan yang tidak berkait dengan research framework serta dan fahami setiap aspek kajian ko sendiri…..pastikan proposal ko mendapat perhatian sepenuhnya dari SV dan di defense dihadapan experts juga.... jika tidak proposal ko hanyalah illusi yang akan membawa kepada mimpi ngeri semasa viva voce.....

OT


Ini soalan dari anak aku.....


Dalam banyak2 kotak.... kotak apa yang berdosa.....cer ayah jawab !


Cuba ko jawab.....


Emmmmmm.....


Give-up ker? Jawapannya....Ko tak sembahyang..... berdosalah...


Grrrr...... ada pulak.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...