Apahal ni bro…..citer pasal research proposal (RP) pulak ker?
Aku nak tanya...pada pendapat ko, RP mesti tebal ke nipis?
Aku? RP mesti tebal…. Kalau boleh menyamai thesis sebenar!
Kenapa ko kata cam tu….?
Bukan aku lah bro….semua calon Master / PhD pun akan kata benda yang sama…malah terbukti di mana2 IPTA….. betul tak? Kalau defend tu tak bawak proposal 2 - 3 ratus mukasurat tak sah bro.... gerenti tak leh defend punya.. muah ha ha ha
OO.. ko ketawa yer....kalau aku kata tak semestinya tebal macamaner? Nipispun tak pa…dalam 50 muka surat!
Giler ko... nak kena pelangkung.....Ko memang pelik bro…. giler ker RP nipis macam tu bro…. Sure kena bamboo dengan komiti bro….PhD ni mesti tebal bro.... baru gempakk!!
Banyak ler gempak ko....so apa tujuan ko buat proposal?
Soalan basic tu....proposal nak tahu apa yang kita nak buat dalam research sebenar…. Jadi semakin hampir RP dengan thesis sebenar baru lengkap proposal tu…. baru MANTAP wa cakap lu !! Lagi best jika terus buat pilot.. bincangkan hasil dapatan pilot dalam RP..... barulah kelas RP tersebut bro...lagi tebal lagi mantap !!
Abis kalau method kena komen semasa defend sebab tidak menepati itu dan ini.... macamana dengan kajian pilot tadi....kena buat semula ker?
Emmm... yang itu aku tak tahu.... takkan SV dan committee tak check dulu...
Memanglah commitee check... tapi bila dah defend.... tentu banyak lagi pandangan yang lebih mantap akan dikemukakan... sedang masa viva pun ada yang kena resubmission inikan pula proposal... senang2 boleh kena slashed !!
Alamak.... U bagi aku takut ker bro....
Setahu aku yang naif ini…tujuan utama menghasilkn RP adalah utk mendapatkan pengesahan bahawa gap yang kita cadangkan utk kajian adalah signifikan dan method yang akan digunakan adalah bertepatan atau omputih kata researchable atau feasible bagi menghasilkan dapatan yang dapat menyumbang kepada “a body of knowledge” bersesuaian dengan peringakat kajian Master / PhD . Aku tak pernah dengarpun RP mesti tebal dan menyamai thesis sebenar !!
Abis yang kena siapkan 3 chapter RP tu bukan ke tebal dan lengkap?
Siapkan 3 chapter tu tak semesternya tebal bro….Macam buku ler… kalau dah draf namanya, walaupun 3 chapter, takkan ler tebal sampai 300 muka surat. Kalau satu chapter 10 mukasurat, baru 30 muka surat beb! Ko ni simple maths pun tak reti....
Kalau macam tu, tak mantap ler !!!
Amende yang mantap dan tak mantap tu bro?
Yang perlu mantap adalah GAP dan METHOD.... itupun dalam bentuk draf....jadi tujuan RP nak pastikan GAP atau masalah kajian ko tu wujud dan signifikan bukan ikut kepala ko ajer.... serta METHOD ko tu clear apa yang ko nak buat....dengan analisis data dan instrument yang ko cadangkan disahkan betul dah jelas.......diperingkat komiti....proposal tu kan maknanya pun cadangan....
Tu cam tu ker.... tak caya lah...
Tak caya tak apa.....aku bagi ko analogi....macam ko buat plan rumah ler bro…. mestilah ada ukuran tanah, darjahnya, berapa luas binaan dalam ko nak buat, semua tu mesti JELAS. Buat jer plan rangka rumah tu dulu…. Maybe dalam plan 3D. Ko tunjuk je kat pakar, dia akan justifykan bahawa rumah tersebut feasible nak dibuat dan plan tersebut lulus. Semua ini hanya dibuat atas beberapa keping kertas, dan maybe memakan masa 3 minggu utk disiapkan….. bukannya 3 tahun bro!!
Bayangkan plan rumah yang lengkap dan tebal serta mendalam ambil masa 3 tahun.... tiba2 tak lulus bro.... tak ker buang elektrik jer.... kalau 3 minggu tiba2 tak lulus.... buat ler yang baru ikut apa yang dikomen oleh pakar.... ada faham !
Kalau ko dah siapkan gap yang jelas walaupun secara ringkas tapi lengkap dan mencadangkan method kajian serta analsis yang sesuai, tugas SV committee adalah utk menyemak dan meluluskan, sebab mereka experts!! Then perlu defend bagi mendapatkan pengesahan yang lebih menyeluruh dari sudut pandangan pelbagai kumpulan yang lain.
Dan... kalau selepas 1 semester ko defend... ada masalah.... ko ada banyak masa utk memantapkannya.... barulah terminologi MANTAP tersebut timbul.... selagi tak defend selagi tu tak MANTAP.....nak MANTAP bukan ambil masa bertahun2 sehingga MENYENTAP motivasi utk meneruskan kajian sebenar.....
Apa bezanya dengan amalan yang ada?
Pertama ….. pelajar kena siapkan RP dengan mendalam. Sebab itu mereka ambil masa katakan 5 bulan utk siapkan setiap chapter…. dan 15 bulan utk kesemua chapter…. ditambah beberapa bulan ding dong ding dong utk cari tarikh defend.... dan akhirnya semester 5 -6 baru nak defend proposal.
Kedua…. Tidak ada gerenti RP yang ko kata MANTAP itu tidak dipersoalkan semasa defend…. Atau perlu diperbetulkan….dan jika ini berlaku…. 6 bulan lagi diperlukan utk memperbaikinya
Ketiga…. Banyak masa dihabiskan utk menyiap RP sahaja sedangkan itu hanyalah “sebuah plan tindakan” utk menghasilkan kajian – bila lah pulak nak mulakan kajian sebenar kalau dah 2-3 tahun diabiskan dengan menebalkan RP sahaja...
Keempat… berapa banyak sumber masa, tenaga dan motivasi yang dah terhakis jika RP yang disediakan masih banyak yang perlu diperbaiki….kadang2 nak beranak pun kena tangguh sebab tengah buat RP....
Kelima..... tiada jaminan RP yang tebal dan lengkap tu OK dan yang nipis tu KO.... sedang yang dah jelas adalah faktor masa yang telah banyak digunakan bagi menyediakan RP yang kononnya akan OK sedang ianya hanya satu plan tindakan sahaja...
Keenam.... biarlah masa ditumpukan bagi menjalankan kajian kerana proses ini juga memerlukan masa yang panjang. LR dll boleh dimantapkan selari dengan proses menjalankan kajian sebenar.
Keenam.... biarlah masa ditumpukan bagi menjalankan kajian kerana proses ini juga memerlukan masa yang panjang. LR dll boleh dimantapkan selari dengan proses menjalankan kajian sebenar.
RP tak sepatutnya memakan masa melebihi 2 semester sahaja. Semester 1 dah boleh present depan komiti dan akhir semester 2 defend peringkat fakulti / jabatan. Ini bermakna kajian dah boleh dimulakan seawal semester 2 sambil membetulkan apa2 komen dalam proposal.
Cukup ker bro 1 semester tu? Ko biar logik sikit !
Kalau sekadar siapkan pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian serta cadangan method, instrument dan analisis data dalam bentuk "RESEARCH FRAMEWORK".....LR yang asas dengan theoretical framework yang sesuai..... 3 bulanpun boleh siap bro.... apatah lagi pelajar PhD yang dah ada pengalaman buat proposal....
(Sila baca entry 265 utk mengetahui bagaimana membina Research Framework dan bagaimana ia menentukan standard Master dan PhD anda)
A ah...macam betul jer bro tapi .....aku masih tak cayalah...
Tak caya......kita sambung lagi dalam Bhg 2… baru suspenzzz…
OT
Cukup ker bro 1 semester tu? Ko biar logik sikit !
Kalau sekadar siapkan pernyataan masalah, objektif dan persoalan kajian serta cadangan method, instrument dan analisis data dalam bentuk "RESEARCH FRAMEWORK".....LR yang asas dengan theoretical framework yang sesuai..... 3 bulanpun boleh siap bro.... apatah lagi pelajar PhD yang dah ada pengalaman buat proposal....
(Sila baca entry 265 utk mengetahui bagaimana membina Research Framework dan bagaimana ia menentukan standard Master dan PhD anda)
A ah...macam betul jer bro tapi .....aku masih tak cayalah...
Tak caya......kita sambung lagi dalam Bhg 2… baru suspenzzz…
OT
No comments:
Post a Comment