Sambungan Bhg 1....Makin PANAZZZ.....
Hello bro…. aku masih menunggu citer ko pasal viva pulak….
Aku masih tak abis ler dgn proposal defense…. Ada ciput lagi nak tulis….
Ko ni giler menulis ker bro…
Bukan giler tapi semua ini bermain2 di kepala aku ler….
Apa tujuan defense proposal?
Ala…. Malas lah nak main jawab2….. dah prosidur macam tu…. Ikut je ler…
Sukati ko ler …..tapi aku nak bagi tau…. Proposal defence dijalankan bagi MEMASTIKAN rancangan ko utk jalankan kajian telah lengkap dan mempunyai semua keperluan yang diperlukan serta mencapai tahap akademik samada Master / PhD . Dalam bahasa mudah.... research framework ko dah mantap !!
Ok..ok… aku tau…
Jadi mereka yang PALING layak utk pastikan semua ini adalah jawatankuasa supervisori lah….Oleh kerana itu, proposal defense paling TEPAT dilakukan dihadapan SEMUA jawatankuasa supervisori ini….. BUKAN dihadapan PUBLIC dgn mengundang pelajar dan pensyarah lain…..
So?
Jadi, tentulah tidak memakan masa yang terlalu LAMA utk validkan keperluan tersebut….. supaya pelajar boleh mulakan research secapat mungkin dan JGN ler sampai lebih 2 semester, sementara menunggu pelajar ambil beberapa courseworks yang wajib. Then selepas itu, bolehlah jika nak di present kepada public jika dapat menambah apa2 lagi… selain memberi pengalaman kepada pelajar….
Maknanya bro?
Hehe….pandai ko guna maknanya….. MAKNANYA, jawatankuasa yang baik dan effeisyen tidak akan membiarkan pelajarnya menunggu sehingga 2,3 tahun barulah pelajar tersebut dapat menjalankan proposal defense….sedang KUNCI lulusnya proposal tersebut dah ada pada jawatankuasa….[Ini adalah utk pelajar yang NORMAL.... tapi jika ada pelajar yang daftar Master/PhD utk SUKA2.... then lepas itu lesap entah kemana....tidak termasuk dalam perbincangan ini....dan aku percaya peratusan pelajar NORMAL ini jauh lebih banyak dari pelajar SUKA2...]
Ini sepatutnya menjadi amalan di IPTA…. Tambahan journal, buku dan maklumat dan kursus2 dah byk dijalankan bagi menyediakan pelajar asas2 penyelidikan yang kukuh....barulah TARGET utk pelajar MASTER grad 2 tahun dan PhD 3 tahun tercapai….. ini bukan aku cakap tapi prosidur tetap bagi pelajar full-time. Jika part-time tu…. tambahlah satu dua semester lagi….. masih boleh diterima.
Emmm…..
Aku fikir lantikan reading committee bagi membaca proposal (research framework sahaja) juga langkah penting bagi memberi input tambahan kepada pelajar dan supervisory committee kerana aku berpendapat – RESEARCH FRAMEWORK sgt penting utk di pastikan validity nya.
Apsal lak ko kata cam tu bro?
Ini bagi mengelakkan berlakunya ‘MAJOR CORRECTION” atau “ RESUBMISSION” semasa VIVA kerana aspek2 yang tidak betul dalam research framework dilakukan sejak proposal.
Jadi menunggu dan menunggu sehingga proposal lengkap, details, mendalam dan melalui propses editing yang berulang2 kali kerana kesalahan yang tidak melibatkan research framework…. perlu difikrkan semula….
Ko nak tahu bro?
Amende?
Amende?
Kalau ada pelajar yang berupaya defense proposal pada semester ke 2 – Inilah pelajar paling PELIK ! Dan jika ada pelajar PhD yang konvo dalam 3 tahun ini lagi AJAIB…… dan aku tak fikir semua ini boleh berlaku di IPTA /IPTS di Malaysia….. sedangkan itulah time frame yang diberikan kepada mereka….. Ko tak fikir ini satu yang PELIK dan AJAIB ker?
Aku dulu defense proposal pada semester 1 di University of Adelaide, TOP 4 University di Australia….dan kalau di Malaysia ler….. sure aku dan supervisory committee aku masuk kategori…..PELIK wal AJAIB !! Ini adalah fakta utk mengesahkan kepercayaan aku…. dan apa yang aku tulis….
Ntah lah bro….. .tapi citer viva camner?
Nampaknya kena sambung lagi ke Bhg 3 ler pulak !!
Emmmmm……
No comments:
Post a Comment