.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, December 6, 2011

Tajuk 270: 5 sebab kenapa pelajar cemerlang lambat siapkan thesis !

Hari ini sibuk menguruskan pameran sains di Pusat Sains Negara. Saya “kena” siapkan booth UPM bagi menunjukkan perisian animasi saya bertajuk “Simple Explicit Animation for Teaching Organic Reaction Mechanism”. Setelah ke Pusat Sains Negara, saya ke RMC ambil komputer… then ke HEP ambil cenderamata dll…… Sampai dibilik…. Dah ada yang menanti nak tanya slide presentation proposal…..itu dan ini......saya pun layann….

Then datang pula ramai2 mantee utk dapatkan sign borang pendaftaran….. pelik juga…. Dah semua guna system komputer, pun masih nak kena sign itu dan ini…..

Balik dah lapar….. singgah di Kopitiam Kawan Seksyen 3 pekena mee Kung Fu…. buka lap top....pe lagi menulis…. Hehe…. dan terhasillah mengapa pelajar cemerlang yang buat PhD…..lambat siap... pengalaman realistic pelajar sendiri….

Inilah kisahnya……


1. Anda bekas pelajar cemerlang. Anda faham dan hafal semua formula kimia, fizik, math, ekonomi dll…. Sebab itu anda tak ambil pot bila diminta fahami formula berikut sebab anda kata….terlalu sempoi dan tak logik!

Lulus PhD  = tulis cepat + defense cepat + viva cepat

2. Anda bekas pelajar cemerlang. Anda memang kuat belajar, maka andapun luaskan skop kajian anda. Anda nak buat macam-macam…. Dan anda membaca banyak artikel dalam berbagai2 journal… anda perlukan kajian yang hebat2 walapun dapatan tak signifikanpun tak pa….semuanya mesti di trial-n-error….

3. Anda bekas pelajar cemerlang. Anda seorang yang boleh berdikari. Anda tak kisah pun nak jumpa SV…. Sebab memang anda boleh belajar sendirian….. jadi buat apa jumpa SV….. baik jumpa geng sembang2 lagi best….

4.  Anda bekas pelajar cemerlang.  Anda memang perfect. Anda takkan hantar proposal thesis anda selagi anda tak merasakannya perrrfeeecttt…. Takut tercabar kesempurnaan anda….

5. Anda bekas pelajar cemerlang. Anda tidak mahu belajar teknik menulis…. Atau ikut bengkel statistic…. Sebab bengkel2 tersebut buang masa anda….sedang semuanya anda boleh belajar sendiri…. .

Anda bekas pelajar cemerlang..... tetapi yang tinggal hanyalah bekas...... 

Adanyer….. burp !! Alhamdulillah…..

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...