Sebenarnya banyak buku yang telah meringkaskan proses menjalankan kajian dalam bentuk flow-chart. Hampir semuanya bermula dengan pemilihan tajuk..... diakhiri dengan analisis data... dan menulis report. Saya juga mendapat beberapa flow-chart yang dirujuk oleh pelajar, malah ada pelajar yang memberikan contoh flow-chart kepada saya.
Jadi, dalam entry kali ini, saya akan memperkenalkan RF hasil dari perbincangan dan penulisan saya dalam entry2 sebelum ini, yang saya gabungkan dalam bentuk flow-chart.
Saya namakan sebagai Research Framework OT atau ringkasannya RFOT. Saya namakan RFOT sebagai trademark bagi flowchart tersebut yang terdapat perbezaan dari yang mungkin anda telah temui sebelum ini. Maybe akan datang saya baiki lagi RFOT dan seterusnya.... malah sedang berfikir untuk menjadikannya sebagai template dalam bentuk software.....
RFOT dimulakan dengan literature search dengan pencarian RESEARCH GAP sebagai keutamaan, bukannya Research Title. Anda kena baca keseluruhan entry saya sebelum ini bagi memahami FROT ini. Pembacaan artikel 3 - 5 kebelakangan juga akan memberikan idea akan theoretical framework serta methodology kajian, based on previous research.
Dalam Bhg 2 nanti, saya akan bagi contoh ringkas bagaimana RFOT diisi dengan mudah dan boleh digunakan bagi penyediaan proposal dengan chapter 1,2 dan 3 sekali gus... bukan chapter demi chapter...
Inilah RFOT |
Mengetahui leading journal dan membaca articles bagi mencari gap adalah langkah utama yang akan membawa kepada penemuan gap, asas LR serta methodology dan theoretical framework. Jadi carilah gap yang mempunyai ciri-ciri tersebut. Saya senaraikan pelbagai jenis gap yang anda boleh terokai dari issues..... sampailah validation of instrument.... (Rujuk RFOT).
Dari Research Gap, anda bina Problem Statement.... yang memberikan Significant of Research. Pengisian Research Gap akan menjadi Objective dan dari Objective akan terhasillah Research Questions dan seterusnya.... Methodology perlulah berasaskan pembacaan dari journal, khususnya yang ada instrument dan theoretical framework bagi memudahkan anda menulis LR, membuat data collection dan analysis data.
Moga RFOT dapat membantu anda. Kita jumpa di Bhg 2 utk contoh aplikasi RFOT....teruskan membaca Bhg 2....
OT
No comments:
Post a Comment