.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 3, 2020

Tajuk 1764 - Kenapa anak-anak menjauhi sains.. #2

1. Sains berkaitan dengan penyelesaian masalah. Pokok yang mati mempunyai pelbagai sebab - kekurangan air, kepanasan, tiada cahaya matahari atau serangan penyakit. Dalam mempelajari sains di sekolah rendah, masalah yang dikemukakn sering bersifat well-defined, dgn satu procedure yang jelas.

2. Bukan itu sahaja, skema jawatan juga telah disediakan. Tentu kita sering terdengar jawapan anak-anak salah kerana tidak mengikut skema. Ini bermakna, pemahaman yang lemah boleh ditampung dgn mengetahui cara menjawab mengikut skema.

3. Kita juga biasa dengar ‘kalau soalan begini, kena jawab begini dan begini’. Maka ramai yang masih boleh survived dalam subjek sains walaupun tidak memahami sains. Maka dgn cara yang sama, berjaya menjawab soalan ‘KBAT’ juga bukan jaminan pemahaman konsep. Pemahaman yang kurang pun masih boleh membawa kepada ‘jawapan yang betul’.

4. Memanglah anak-anak kena berfikir dan memberi alasan ketika menjawab soalan tertutup ataupun terbuka. Tetapi jika semuanya berasaskan rule-based reasoning (RBR) dgn semua masalah dan soalan berkait dgn satu prosidur menjawab yang skema, maka sukarlah dibina asas sains yang kukuh.

Kalau macam ni susahlah nak ajar sains sekolah rendah?

5. Bukan susah, tetapi tak tahu dan tak pernah nak ambil tahu. Bila tak tahu, yang mudah jadi kompleks spt kompleks itu adalah sebahagian sains....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...