.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 3, 2020

Tajuk 1758 - Keperluan buku teks..

1. Di UK, sekolah tak ada textbook yang standard sehingga kerajaan 'dilarang' memaksa ibubapa beli textbook. Di negara maju lain, lebih flexible, mereka ada textbook yang difikirkan sesuai oleh guru. Guru boleh guna satu atau beberapa textbook utk pengajaran tetapi murid boleh ada atau tidak textbook tersebut. Murid-murid tidak memikil hari-hari textbooks ke sekolah.

2. Di sini memang sejak merdeka, textbook wajib ada utk murid pikul ke sekolah dan utk guru gunakan semasa mengajar. Maka, pengetahuan gurupun berkisarlah kepada isi textbook.. apa sahaja yang ada dalam tu lah yang disampaikan, itupun terkejar2 sebab selalunya tak sempat nak hadamkan semua kepada murid.

3. Kalau murid tak bawa textbook, adalah yang berdiri atas kerusi (akulah tu) sepanjang period dgn muka 'jobo' bila kawan2 kelas sebelah lalu. Itu zaman aku lah, zaman la ni aku agak dah tak boleh buat dah macam tu...

4. Bila texbook diwajibkan, maka ia nampaknya makin lama semakin sendat kerana dijadikan tempat memasukkan kandungan yang semakin padat kerana pakar kandungan semakin lama menjadi semakin hebat kepakarannya, dipadatkan dgn nilai murni, nilai perpaduan, sayangi Msia, majulah sukan untuk negara, belilah minyak sawit Msia, semangat keusahawanan, patuhi peraturan jalan raya, jaga lah kebersihan pantai, hormati ibubapa, tutup lampu jika tidak digunakan, kurangkan penggunaan plastik ... kepada pemikiran kritis, kreatif, abad 21, computational, KBAT etc, apa sahaja yang boleh difikirkan oleh orang dewasa... 😎

5. Bagi aku, buku teks adalah tools, memang perlu dan baik utk panduan guru dan murid... namun guru dan murid tak sepatutnya terikat dan tertumpu kepada satu-satu buku yang diwajibkan... tambahan ada pelbagai sumber lain yang ada kalanya dipermudahkan, realistik dan interlink dgn pelbagai sumber lain... on-line dan off-line.

Itu je...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...