.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, March 3, 2020

Tajuk 1743 - Sistem Pendidikan ... sejenak bersama Rosmah

1. Kita mulakan dulu dengan Faisal dan Farid yang lahir selang beberapa minit di hospital yang sama. Faisal kelihatan sedikit chubby berbanding Farid. Kedua-duanya kemudian dibesarkan dgn penuh kasih sayang. Ketika berusia 5 tahun, Faisal dan Farid belajar di TADIKA ABC.

2. Faisal petah bercakap dan aktif bersukan tetapi sukar menumpukan perhatian. Farid lebih senyap dan mudah mengikuti apa yang diajar oleh Cikgu Fadzillah, cikgu comel disayangi murid.

3. Ketika Tahun 1, mereka berdua bersekolah di SRK Othman Talib, Terengganu. Bukan sahaja Faisal dan Farid yang berbeza personaliti dan potensi, tetapi semua rakan mereka juga yang turut belajar di Tahun 1.

4. Walau berbeza, kesemua murid Tahun 1 mempunyai hak yang sama untuk berjaya. Maka tujuan pendidikan di sekolah adalah untuk merealisasikan perkara ini. Faisal berpotensi menjadi seorang pemain bola sepak dan Farid berpotensi menjadi seorang jurutera. Begitu juga Lim yang ingin menjadi akauntan dan Suresh ingin mewarisi perniagaan kereta sewa bapanya.

5. Kurikulum dalam sistem pendidikan bukan dirangka hanya untuk Farid, tetapi ia juga untuk Faisal, Lim, Suresh, Farhana, Arif, Tan dan Rosmah. Kurikulum bagaimanakah yang dapat melahirkan pemain bola sepak, peniaga kecil, pemandu teksi, jurutera, doktor, guru yang berjaya ?

6. Farid tidak boleh jadi Lim, dan Rosmah tidak boleh jadi Faisal. Maka sistem pendidikan tidak boleh dirangka untuk Farid, untuk Arif atau untuk Rosmah. Sistem pendidikan perlu memberi ruang dan peluang yang sama yang dapat mengembangkan potensi Faisal, Lim, Suresh, Farhana, Arif, Tan, Rosmah dan rakan-rakannya.

7. Pelaboran ratusan juta setahun dari rakyat dengan kudrat ratusan ribu tenaga di institusi pendidikan tentunya bukan untuk lahirkan hanya professional yang berjaya dalam kerjaya, tetapi manusia dgn apa sahaja profession untuk berjaya dalam kehidupan.

8. Ini bukan impian yang ideal tetapi satu tanggungjawab semua pihak khususnya perangka kurikulum pendidikan yang sepatutnya terlebih dahulu mempunyai paradigma yang betul.

9. Sekolah bukan kilang dengan satu ukuran standard dengan OBE yang skema. Sekolah adalah saluran mengembangkan potensi yang pelbagai.

10. Adakah sukar untuk melakukannya? Sukar atau tidak, ia bergantung kepada iltizam dengan pemahaman yang jelas dibantu dgn budi dan teknologi.

Wallahualam.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...