.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, November 28, 2015

Tajuk 809 - Tesis cepat tak ada kualiti dan tak matang?

Berikut pernyataan yang selalu aku terima dari calon2 PhD...

“Thesis yang siap cepat selalunya kurang berkualiti”

Ye ke?

Pertama: Lambat atau cepat?
Ini logic yang kurang tepat. Kualiti thesis lebih logic dikaitkan dengan (i) isu yang dipilih yang ada urgency, significant dan novel (i) LR yang kritis (iii) ketepatan / kesesuaian pemilihan research design, termasuk analisis data (iv) perbincangan yang menyeluruh… bukan cepat atau lambat.
Maka, tentulah kurang sihat, kalau ada calon PhD yang pilih “lambat” berbanding “cepat”... sbb itu ada gesaan utk GOT - got it ? Ini bukan mcm makan sahur.... lagi lambah lg byk pahala.

Kedua: Matang?
Apa yang matang dan tak matang? Umur atau isi thesis? Kalau umur tentulah dah terlajak matang, maka tentulah yang matang tahu menyediakan isi yang juga matang. Apa pulak isi yang matang tu. Tentulah berbalik kepada yang pertama di atas.

Ketiga: Had masa
Kenapa PhD ada had masa – dulu 4 tahun, sekarang 3 tahun. Ini kerana keperluan asas menyediakan thesis yang matang adalah artikel dan buku2 yang berkualiti, yang jauh lebih mudah diperolehi sekarang.

Kalau dulu, 30 artikel perlukan 3 bulan, sekarang maybe 3jam….3 hari atau 3 minggu jer. Kalau ada budget, 30 minit pun boleh dapat artikel tersebut. Yang tak dapat, boleh pula minta library carikan atau minta dari sumber lain termasuk kawan2 di obersi. Dulu mana ada Mendeley… now semua dah online.

Setakat buku… kalau library xada, AMAZON sedia menunggu. Buatlah sedikit pelaburan. Boleh saja share sesama kawan2.

Contoh mudah buku Discovering Statistics with SPSS (Andy Field) satu buku yang lengkap dan awesome… mudah dfahami berharga 58 Pound = RM377 sedang yg ada biasiswa dapat lebih dari itu, malah boleh beli lagi beberapa artikel yang power2…. Bacalah 100 buku statistics social science yg lain... xsama dgn 1 buku Andy Field !

Jadi bacalah artikel dan bahan berkualiti... sehingga memahami dan mampu memberikan argument yang baik.... bukan mesti baca sampai ribu2... takut makin kelabu...

Keempat: 
Kalau bermula lewat, mana nak sempat matang. Sebab itu, aku suruh mulakan bacaan, penulisan wpun belum mendaftar lagi. Dulu mana kelas SPSS, AMOS, PLS, Atlas.ti di IPTA mahupun diluar IPTA utk analisis data, so joinlah mana2 yang patut seawal semester 1.

Xtahu mana satu nk ikut? Tulah... ada FB penuh gambar selfie... dari hujung tudung sampai hujung kaki... cerlah tanya kawan yg dah graduasi...

Ingat bro.... anda mungkin abiskn 3 bulan tak faham2 sesuatu yg boleh anda kuasai dlm sehari dgn hadiri bengkel ! Kalau tunggu, bilanya nak matang… yg lelaki tu jgn pula cari alasan nk tunggu wife abis pantang !

Yang dah daftar, boleh saja bermula esok harinya. Kenapa tunggu abis 1 semester baru nak mula…. Lambat bermula bukan bermakna matang.

Kelima:
Segala2 bermula dgn proposal yang baik... jadi belajarlah camner nak buat proposal. Paling tidak, ada 5, 6 proposal dalam bidang yang releven…. dan kalau dapat thesis lagi baik. Baca dan familiarize dan dapatkan idea, format dll utk menyediakan proposal.

Semua ni boleh pinjam di pusat sumber jabatan / library masing-masing. Kalau tak mula menulis, bila nak matang? Kalau main trial-n-error… tanpa panduan… ini bukan menjamin kualiti… ini menjamin anda memanjang jer tak reti !

Keenam:
MS Word tu word processor… berdesup boleh tulis thesis. Abis kalau dah guna Word pun macam typewriter electric… nak guna navigation xtahu…. split xtahu… cross-references xtahu… break page xreti… style xtahu…. Insert caption tak reti… nak customize TOC xtahu…. Grouped object xtahu…. yang tahu adalah menaip macam ayam patuk beras…. oghe kato boleh mampus keras !

Ketujuh:
Kalau nak edit pulak…. berpusing2 macam gasing… sampai pening sedang yang nak edit tu simple jer tapi jadi bersimpul-simpul ! Ini bukan matang… ini dinamakan ……. (maaf idea xdatang)

Kelapan:
Kalau dah 5, 6, 7 tahun tak siap2…. Itu aku fikir bukan matang…. itu trang tang tang…
Ini xtermasuk yg lambat siap kerana ditimpa musibah.. instrument meletup... sakit..... SV pindah uni.... yg kes cenggini.. kita simpati...

Kesembilan:
PhD hanya permulaan utk matang. Teruskan buat research... sampai tahap Prof... dan expert.... tapi percayalah ... tiada noktah pd istilah matang dlm dunia research kerana sifat knowledge yg terus bkembang...

Ke10
Itu jer nak tulis sebelum aku tido… maaf kalau tajuk post ni tak berapa nak kena.... sebab tajuk tu untuk orang2 yang matang ... oppsss... wife dah datang.... minta ditatang.... bye

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...