.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, November 28, 2015

Tajuk 805 - Jenis-jenis SV

Aku nak tulis enam “kecenderungan” SV… maybe tak sama dgn yang anda pernah tahu… macam anda belajar style leadership .. ada authoritarian, democratic, laissez-faire…. sebab style ini semua orang dah tahu !

Ketahuilah... SV ni bukan macam beli hp, boleh kita pilih brand atau warna … dan kalau tak sesuai boleh tukar lain….

1. Im always right
Anda kena tahan skit…. banyak kena ikut cakap SV…. Bukan sekadar ikut.. buat homework dan fahami apa yang dia bagi tahu… dan jgn cakap “saya tak tahu” atau “saya tak faham”…. siaplah … kalau anda ada second opinion, kena bincang molek2 sebab dia suka guna perktaan "Who is your SV?"
Kelebihan - SV akan pastikan anda faham apa yang dia anggap terbaik !

2. Nobody is right
SV jenis ni relex skit! Emmm… yang ni anda boleh buat bincang…. open minded … tapi anda kena ada backup dgn previous studies bila tulis atau bincangkan sesuatu….suka guna perkataan "Read more... read more.. explore .."
Kelebihan - anda boleh explore berbagai kemungkinan dalam research

3. We are always right
Anggap anda macam kawan2 jer…. tak ada masalah idea datang dari anda pun…. malah bersedia belajar dan bertukar fikiran.... suka guna perkataan "This is beyond me..."
Kelebihan - mudah wujud mutual understanding

4. If I can, why dont you?
Selalunya baru dpt PhD, tengah panazzz... dah lama dia mengidam title Dr. tu... bila dapat jer... fulamak...nak tunjuk ler sikit susahnya buat PhD... beri arahan pun ada style skit….suka jer guna ayat ni sebelum bagi komen "When was in UK.... US... London dll" ceewahh….
Kelebihan - tak banyak lagi responsibilities dan energetic untuk bantu anda!

5. Im the only one
SV otai… sangat berpengalaman ….kalau bab bercakap dan bagi nasihat... fuhhh... sebab otailah katakan... bagilah apa tajuk sekalipun… dia dah boleh jangkakan apa yang bakal berlaku… suka guna perkataan "Im an expert !" he he
Kelebihan… namanya dah established so bolehlah anda tumpang sekaki !

6: Bolayan (ada ke perkataan ni?)
Ini kecederungan semua SV dari jenis 1-5 atas yang dah tak kuasa dah nak melayan anda jika anda asyik beri alasan, tiada progress, tenggelam lebih lama dari timbul dan kelam kabut , semuanya tak tahu nak buat dan tak tahu macamana nak cari apa yang nak dibuat dan kalau buatpun cincai jer… asal ada.

Aku nak bagi tahu… satu contoh “kepantangan” bagi semua SV di atas.. bila menerima draft proposal anda yang dihasilkan macam tak pernah tengok proposal orang lain – format tak betul… spelling mistake bersepah sana sini.. tak proofread, rujukan pulak dimasukkan dalam teks main suka hati…. paling best, senarai reference pun tak ada… dgn muka selamba berkata “Eh… saya ingat reference boleh hantar kemudian !”
Kelebihan – Utk sedarkan anda yang mungkin tak sedar2 diri !

Kesimpulan... pandai2lah bawa diri, manfaatkan kelebihan SV dan perbaiki kelemahan diri dan percaya juga akan rezeki mendapat SV yang byk membantu dlm dunia PG yang uniq.... life must go on !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...