.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, November 28, 2015

Tajuk 807 - 12 sbb anda boleh berbangga dapat MAJOR CORRECTION (MC) !

Dalam bengkel aku di Canselori Universiti Putra Malaysia semalam, aku menyatakan bahawa calon2 PhD dan Master boleh berbangga wpun di ANUGERAHKAN MAJOR CORRECTION (MC) semasa viva, bukan minor !

Kenapa?

Pertama: 
Anda menulis tesis tentunya dgn baik dan berharap utk lulus dgn cemerlang dan maybe dapat minor correction. Namun… tiada siapa boleh memberi jaminan panel pemeriksa akan memberikan anda minor correction… wpun SV anda berpuas hati dgn hasil kerja anda, namun tidak kepada panel penilai / examiners - yg mungkin bbeza school of thought.. atau memang strict !!

Kedua:
Jadi, kalaupun dapat MC, anda patut berbangga kerana hasil kerja anda telah disemak, dinilai dan dibetulkan "dgn strict" oleh panel yang tersangatlah pakarnya.... atau kerana ada sesuatu yang anda overlooked - ini bukan sesuatu yang perlu ditakutkan.. macam cabut gigi yang bermasalah bro... . Anggaplah anda bertuah kerana dapat panel yang begitu prihatin sehingga meneliti segala aspek kajian dan tesis anda, lalu dianugerah MC.... bukankah ini part and partial dari proses menyiapkan thesis yang berkualiti !

Ketiga:
Oleh kerana tiada jaminan anda akan dapat major atau minor, kenapa nak resah, asalkan SV anda telah menerima tesis anda sebagai sesuatu yang menepati standard yang diperlukan, submit jer lah, jgn tunggu lama2.

Keempat:
Lebih baik submit 3 tahun then dapat MC dari submit 4 tahun tetapi tiada jaminan pun nak dapat minor correction. Silap2…. yang 3 tahun dapat minor…. yang 4 tahun dapat major - perghh !

Kelima:
Key word disini adalah – selesaikan kajian dan penulisan dgn cepat, submit dgn cepat dan jika ada dapat MC pun, anda boleh betulkan dgn cepat. Walaupun anda diberi masa 6 bulan utk correction, buat dalam masa 2 bulan dah lah. Then SV akan semak pembetulan tersebut….no big deal bro !

Keenam:
Jika ditakdirkan anda mendapat MC… anda patut berbangga kerana
a. berjaya menyiapkan tesis dalam tempoh yang ditetapkan atau lebih cepat
b. disemak dgn comprehensive oleh panel sehingga menjadikan kajian dan tesis anda lebih mantap
c. ,berpeluang belajar memurni dan memantapkan kajian dan penulisan anda sendiri
d. tesis anda menjadi lebih sempurna tanpa perlu menunggu lebih lama lagi utk disempurnakan
e. yakin dgn method, teori, analisis anda kerana telah di overhaul oleh panel
f. anda boleh menulis artikel dgn baik setelah mendapat MC dan membuat correction !

Ketujuh:
Jgn salah faham. Aku bukan nak suruh anda buat cincai2 then dapat MC atau resubmission tapi buatlah sehabis baik… katakan 2.5 tahun utk PhD, then cepat2 submit dan wpun ditakdirkan mendapat MC… anda telahpun diberi panduan dalam bentuk laporan, apa yang perlu diperbetulkan... ikut jer lah !

Kelapan:
Ringkasnya, tak perlu tunggu tesis anda SEMPURNA kerana anda sendiri tidak tahu KESEMPURNAAN tesis anda sehngga dinilai oleh pihak ke tiga !

Kesembilan:
Sempadan minor atau major correction pun bukannya jelas. Jadi jgn ler bangga dapat minor... belum tentu akhirnya thesis anda tersebut lebih baik dari yg dapat major.

Kesepuluh:
Jeng... jeng... jeng.... cubo tanyo Prof yang jadi SV... kalau lambek dan mengelat nak jawab... tu tando diopun dapek MC maso buek PhD dulu. Now dio dah jadi expert dan tersohor ... so tak do hal punyo...

Kesebelas
Mperbaiki thesis dari komen2 mbina adalah proses pbelajaran bterusan kerana selagi xgraduate selagi itu anda belajar dan menimba pengalaman.... maka proses viva adalah proses belajar dan apa sahaja keputusannya termasuk MC adalah sesuatu yang perlu utk pembelajaran....

Duabelas:
Tersangatlah susahnya utk gagal dan rare sangat utk dpt resubmission bila SV kata dah boleh submit.... so dont worry baby ... I luv u all !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...