.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, May 24, 2015

Tajuk 745: 4 TIPS utk Literature Search: Citing + Cited

Read and SHARE because it is RARE !

Mencari literature semakin mudah dan cepat. Kehadiran google scholar, reference manager spt Mendeley, online databases (ScienceDirect, Wiley. PubMEd dll) serta bibliographic databases (scopus, ISI) menjadi proses lit search menjadi semakin mudah. Kalau ada yang kata susah… itu mengada2 namanya !

Ini hanya tip…. Nak ikut ok tak ikut pun ok…. Tapi kalau tak buat apa2 itu KO !

Pertama:
Mulakan dengan keywork utama dalam kajian yang anda nak lakukan spt risk management (Business), cancer (Psychology / Therapy), multimedia (Sc. Education), injury (Sport science) dll.

Kedua:
Kenalpasti jurnal poular high impact dgn thema paling dekat dgn bidang kajian anda. Boleh sahaja bermula dgn satu atau dua journal sebagai permulaan. Contoh bidang kajian “multimedia in Science Education”. Mendeley boleh sahaja membantu anda melicinkan proses pencarian ini. Ini contoh 2 jurnal tersohor dgn IF dan quartile yang tertinggi dalam Sc. Education.
a. Science Education (Q1, IF > 3) – popular dgn artikel high impact dalam Science Education
b. Learning and Instruction (Q1, IF > 3) – popular kerana banyak artikel high impak sifu dihantar disini spt Mayer, Moreno, Kalyuga dan Sweller.

Ketiga:
Mulakan dgn beberapa artikel (3 pun ok, kalau ada 30 perghh…. itu dah terlampau ok) dgn syarat artikel dari jurnal high impact ini adalah yang paling releven dgn apa yang anda intended to study sekitar beberapa tahun… katakan dari 2005 – 2015.

Bagi artikel terkemudian – anda akan lakukan pencarian kehadapan (citing)
Bagi artikel terkini – anda akan lakukan pencarian kebelakang (cited)



Keempat:
Cited – proses pencarian kebelakang ini paling mudah kerana pembacaan anda kepada argument2 terkini yang dipetik (cited) akan membawa anda kepada artikel2 yang lebih terdahulu. Tugas anda hanyalah menyenaraikan artikel2 yang dominant, ditulis oleh sifu atau author tersohor (selagi boleh), dalam jurnal high impact. Lakukan ini dgn bantuan dan menyemak dalam Scimago atau WoS.

Citing – proses pencarian kehadapan dilakukan hasil proses cited di atas. Semasa membuat pencarian kebelakang (cited), anda akan menjumpai dan diperkenalkan dgn theory, nama2 authors, jurnal aatau sebarang indicators yang membolehkan anda mencari artikel berdasarkan indicator2 tersebut.

Contohnya, anda dimaklumkan dari pembacaan bahawa theory ABC diasaskan oleh author X, maka anda perlu mengesan semua tulisan author X dan semua tulisan author lain tentang theory ABC samada dalam buku, proceeding, handbook, artikel sehinggalah yang terkini.
Nak cari kat mana pulak tu? Guna sahaja Mendeley, Google Scholar.. atau melalui online data bases.... atau database library.... apa sahaja... takkan itupun aku nak bagi tahu bro !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...