.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, December 2, 2014

Tajuk 689 - Thesis adalah modification – refinement, addition, substitution

Bila aku bercakap pasal duplikasi.... seorang calon PhD bertanya dgn nada hairan sambil keningnya terangkat ala2 Ziana Zain "boleh ke kita buat kajian secara duplikasi kajian2 lepas?"

Anda faham maksud soalan tersebut? Bukan dia seorang sahaja yang hairan bila aku bangkitkan soal duplikasi ini.... malah ramai tidak akan bersetuju kajian PhD adalah duplikasi... sesuatu yang menjadi amaran sebagai "pantang larang no 1" dalam mencari tajuk kajian !

Aku tak salahkan mereka, sebab itulah ajaran yang mereka terima.... dan diturun termurunkan sejak sekian lama.... dan dipertahankan tanpa banyak bicara....

Jadi izinkan aku menyentuh soal duplikasi ini. Kajian peringkat PhD / master adalah duplikasi walaupun ramai yang tak mengakui, tidak percaya dan takut mengakuinya. Ketakutan ini mempunyai asas kerana mereka dimomokkan bahawa kajian PhD mestilah original, malah mereka diajar pula utk menggunakan perkataan spt “kajian ini belum pernah dibuat lagi” atau , “kajian ini kurang dijalankan” atau “kajian ini tidak mendapat perhatian” atau “kajian sebegini tidak banyak dalam LR” dan seumpamanya utk "menyerlahkan" keoriginalan kajian mereka yang jika dibaca penuh dgn duplikasi.




Percaya atau tidak, kajian atau research adalah duplikasi, malah unsur duplikasi adalah satu keperluan. Cubalah buat ayat yang ada unsur “quantify” atau "strong statement" pasti akan disergah dgn komen “mana citation?” atau “ siapa awak nak dakwa dan tulis ini dan itu?”, “ada kajian lepas ke yang guna variable ini” atau “kenapa tak guna ANCOVA jika guna quasi experiment?”, "cuba cari theory yang guna construct ini" dll yang mengisyaratkan supaya anda merujuk, menjadikan kajian lepas sebagai rujukan dan sandaran..... ini adalah unsur duplikasi - menggunakan variable / construct dari theory yang sama, atau research design yang sama dari kajian lepas.

Secara ringkas, unsur2 duplikasi perlu dilakukan sekurang2nya dari aspek berikut:
1. Theory – rujuk kajian lepas
2. LR – mengupas kajian lepas
3. Methodology / research design – spt kajian lepas
4. Analysis data – yang dah ada dalam kajian lepas

EMPAT komponen ini roughly menyumbang 90% kpd weightage sesuatu thesis. Tanpa 4 unsur ini, maka tiadalah thesis anda.

Ada sesiapa boleh dakwa bahawa kajiannya menggunakan theory ciptaan sendiri yang tidak ada sebelum ini atau methodology rekaan sendiri atau menggunakan analisis data yang belum pernah dicuba sebelumnya atau menggunakan teknik persampelan ilham dari neneknya?
Dapatan kajian yang dikatakan unsur novel pun hanyalah berkisar kepada penghasilan prototype separuh masak, partial simulation, secebis mathematics formulation, fitness of model "yang dimodified", "relation yang significance".... yang semuanya bukanlah evident dalam real life yang boleh memberi sebarang impak secara direct, sekadar menambah sesuatu kepada knowledge yang sedia ada.

Jadi thesis hanyalah satu research yang dimodifikasi dari kajian2 lepas dgn 3 proses berikut:
1. refinement – eg: menghalusi model dgn menambah moderator / mediator
2. addition – eg: menambah IV dalam model, DV dalam MANOVA
3. substitution – eg: mengganti variable / construct yang kurang releven

Jadi… straight to the point, PG perlu fahami aspek2 ini, jgn terdesak utk membuat sesuatu yang tidak realistic. Dalam bidang pendidikan umpamanya, hampir semua PG tercari2 novelty, originality…. impak itu dan ini….sehingga menjadi mimpi ngeri... sehingga tanpa ini PhD spt tidak bermakna lagi.
Bukan sahaja aspek duplikasi, pemahaman yang sama juga terbawa2 kepada implikasi kajian. Katakan bidang pendidikan. Saya hampir tidak pernah membaca satupun implikasi yang menyentuh aspek “advancement of knowledge”…. bayangkan hampir semua dapatan dalam kajian pendidikan akhirnya ditulis dalam thesis dengan implikasi berbunyi:

Pertama, dapatan kajian ini akan memudahkan / membantu KPM utk melaksanakan bla bla bla. Kedua, dapatan kajian ini juga dijangka akan membantu pentadbir / guru disekolah utk bla bla bla. Akhirnya dapatan kajian ini akan menyedarkan pihak bla bla bla… statement yang pada saya sekadar menyalin secara klise pernyataan dalam thesis2 lepas... satu lagi unsur duplikasi !
Betulkah dakwaan di atas jika hanya 2 orang sahaja yang tahu dapatan kajian PhD tersebut iaitu pelajar dan SV….ditambah akhirnya thesis tersebut dgn dapatannya sekali tersimpan rapi dalam library....sehingga implikasi yg juga diduplikasi tidak membawa apa2 makna lagi....
Jika nak SHARE.... silakan....buatlah banyak2 duplikasi !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...