.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, December 25, 2014

Tajuk 698: Boleh ke convenience sample guna statistics parametric ?

Sampai kepada ku soalan berkaitan persampelan convenience dan statistic parametric. PG yang bertanya ditegur oleh panel semasa suatu pembentangan kerana menggunakan statistic parametric utk menganalisis data dari convenience sample dgn alasan hanya random sample sahaja yang boleh menggunakan statistic parametric.

PG tersebut tak tahu nak jawab apa... lalu menghantar PM kepda aku.

Aku bukan dari bidang statistics malah “tidak dibenarkan” mengajar statistic... tapi soalan yang ditanya menarik perhatian aku. Jadi akupun dgn segera menjawab pertanyaan pelajar diatas dgn jawapan ringkas “Boleh” - tentulah dgn syarat yang perlu dipenuhi !

Tentu aku ada rasional dan alasan wpun bercanggah dgn panel expert yang kata “tak boleh”. Dalam dunia scholar, perbincangan dan pandangan yang berbeza perlu dialu2kan. Ini jawapan marhein dari aku, pandangan individu yang bukan pakar statistik....

Pertama:
Definisi - Convenience sampling is a non-probability sampling technique where subjects are selected because of their convenient accessibility…. Ini tidak bermakna sample tidak mewakili populasi.

Contoh:
Sample penagih dadah diambil dari satu sahaja pusat serenti yang berdekatan dgn kediaman penyelidik, setelah menghadapi kesukaran utk mendapatkan sampel secara random (spt cluster) dari beberapa pusat serenti lain yang jauh antara satu sama lain. Oleh kerana penagih dadah di pusat tersebut datang dari seluruh negara, dengan pelbagai latarbelakang, maka data masih boleh mewakili populasi.

Kedua:
Pemilihan statistic pada aku bergantung kepada jenis skala data yang digunakan. Kalau lah data pada skala nominal ... tak bolehlah guna statistic parametric yang memerlukan data tertabur secara normal wpun menggunakan sample random, apatah lagi sample non random.

Ketiga:
Jika data interval wpun datang dari convenience sample dgn sample size yang mencukupi dan tertabur secara normal, boleh sahaja guna statistic parametric. Jika tak normal, barulah guna statistic non-parametric.


Keempat:
Sampling dijalankan kerana mustahil utk dapatkan data dari seluruh populasi. Jika cara random tak dapat dilaksanakan, maka bolehlah pilih cara convenience. Jika convenience sample tersebut melibatkan satu ciri sample…., gunakan dulu descriptive statistic utk jelaskan ciri sample tersebut, dan limitkan generalisasi kepada populasi dgn ciri tersebut sahaja… bukan generalisasi kepada seluruh populasi (spt sample random).

Kelima:
Jika data dgn skala interval dari sample random mahupun sample tak random dan tidak tertabur secara normal, kedua2pun perlu guna statistic non parametric.

WaAllahualam...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...