.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, December 6, 2014

Tajuk 694 - Kenapa otak PG mesti diserabutkan - Originality dan novelty yang sukar dimengerti !

Aku tak nak komen apa yang byk ditulis atau didefinisikan oleh sarjana serata dunia tentang thesis yang original dan novel sebab sejak dulu lagi aku tak faham amende yang semua sarjana tersebut maksudkan. Ada yang kata cenggini dan cenggitu, tanpa sesuatu yang konkrit utk aku faham.
Jadi, lebih baik aku ikut pemahaman aku sendiri…. wpun tidak dipersetujui oleh sarjana satu dunia tersebut termasuk anda juga.

Jadi aku akan definisikan ikut kepala aku sendiri.

Original:
Benda yang anda buat SENDIRI (independent) sesuatu yang walaupun telah banyak dibuat oleh orang lain sebelum anda - apa yang anda lakukan sendiri tersebut adalah original dari anda !

Anda melakonkan sendiri watak bujang lapok P. Ramlee.... maka lakonan anda adalah original kerana anda yang lakukan, bukan orang lain !!

Anda nyanyikan lagu Siti.... bukan miming.... maka nyanyian anda wpun sumbang adalah hasil usaha anda yang original...

Situasi A:
Penyelidik terdahulu buat survey utk kajian mereka menggunakan instrument X, anda juga buat survey dgn melakukan adapt / adopt instrument yang sama. Ada sendiri jalankan kajian dari mula sehingga selesai mendapat data, maka itu adalah hasil kerja yang original..data anda original maka thesis anda juga original.

Situasi B:
Ada berjuta penyelidik telah guna ANOVA utk analisis data kajian experimental pre-post mereka…dgn menggunakan persembahan Power Point sebagai intervention. Anda juga jalankan kajian yang sama tetapi dalam kontek sample yang berbeza, bermula dari memahami konsep kedua2 analisis, menjalankan kajian, mengumpul data, menggunakan Power Point sebagai intervention dan run ANOVA tersebut dgn SPSS …. hasil kerja anda adalah original... thesis anda juga original.

Novel:
Benda yang sama tetapi bila di upgrade, added value, refinement, advancement… maka wujudlah novelty.
Kereta Toyota keluarkan "New Model" hanya kerana membuat upgrade engine dan sedikit cosmetic kepada body sedang 90% adalah kereta asal. Advancement yang sedikit ini adalah satu novelty sehingga Toyota boleh dakwa sebagai "New Model"

Situasi A:
Anda menjalankan survey dgn menggunakan gabungan construct dalam bebrapa kajian lepas utk membina satu instrumen baru. Apabila anda membina instrument "baru" dan menjalankan kajian tersebut sendiri, kajian anda adalah original dan ada unsur novelty kerana melibatkan juga pembinaan instrument “baru”.

Situas B:
Anda telah guna ANOVA utk analisis data kajian experimental pre-post sebagaimana kajian lepas namun kajian anda telah menggantikan intervention Power Point spt kebanyakkan kajian lepas kepada Self-Regulated Animation yang anda bangunkan sendiri. Hasil kerja anda adalah original dan ada novelty kerana menggunakan intervention yang “baru” !!



Jadi?

Original bukan bermaksud sesuatu yang tidak pernah ada atau tidak pernah dibuat lagi, tetapi original kerana anda lakukan sendiri (independent) iaitu kajian tersebut adalah “hasil kerja” anda yang original, bukan diupah atau diminta pihak lain yang sediakan untuk anda.

Originality adalah satu syarat utama, sebab itu plagiat sgt dilarang yang membawa maksud anda hanya mengambil “bulat2” pernyataan orang lain. Namun, jika anda lakukan paraphrase dgn betul diikuti dgn citation, bermakna anda telah menggunakan pemikiran anda sendiri utk memahami idea kajian lepas dan menulisnya semula mengikut pemahaman dan ayat anda sendiri. Inilah original.

Namun, selain originality, kajian peringkat PhD terutamannya mendambakan juga novelty…. Satu advancement yang boleh contribute kepada knowledge spt:

Kajian dgn kombinasi beberapa theory
Bina instrument baru 
Bina model baru
Bangunkan software lebih maju
Menguji mediator dan moderator
Menguji algorithma baru / simulasi / formulasi mathematik dll

Sebab itu pemikiran PG haru biru bila diminta membuat kununnya mengkaji sesuatu yang original dgn maksud yang tiada sepertinya dibuat lagi ataupun dituntut mencari novelty yang tidak pernah diberikan pengertian yang pasti !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...