.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, September 23, 2014

Tajuk 658: Thesis dan GPS - London dan Rembau tiada bezanya

Aku sewa kereta…. menjelajah York, Manchester, London…. Aku memandu seorang diri ratusan batu, menyusuri bandar York yang bersih yang sangat “English”, ke Menchester…. Old Trafford melihat orang siuman menjadi sedikit giler bila terlihat stadium MU, ke Uni of Manchester, Uni of Salford… meredah malam di Kota London yang jalannya simpang siur penuh kenderaan dan terlalu asing… menyusuri nama2 Birmingham, Liverpool, Stoke… akhirnya aku selamat sampai Chelsea !
Kenapa aku penuh selamba menjelajah 3 kota besar England wpun ini kali pertama aku memandu di UK? Malah memandu di Kota London… persis memandu di Rembau !
Kalau di Rembau aku tak sesat….. inikan pulak di Kota London….. gurauan lama ini akhirnya terbukti benar !

Kenapa ni terjadi? Semua perjalanan yang dulunya mustahil utk dilakukan tanpa peta dan tanpa tersesat….penat dan panik….sehingga perjalanan 1 jam menjadi 5 jam…. kini begitu simple. Dgn hanya menaip postcode….. ko dgn penuh bergaya ko akan sampai ke depan pintu destinasi ke seluruh UK ! Semuanya cepat… tepat ! Semuanya kerana GPS !!



Apa kaitan GPS dgn thesis?

Menulis thesis cara “lama” sama seperti meredah bandaraya asing tanpa GPS. Jika ko hanya berasaskan peta… yang tidak interaktif… peta akan membiarkan ko sesat tersalah jalan tanpa ko sedari. Jika ko malu bertanya, maka ko akan terus dalam kesesatan…. Malah ko akan hilang fokus dan mengundang kecewa. Perjalanan yang mulanya ceria boleh bertukar duka dan nestapa. Ko boleh ambil teksi…. dgn meternya bergerak laju mengikut waktu sambil wajah ko pucat dan gelisah melihat angkanya yang cepat meningkat. Malah diwaktu puncak… pemandu teksi akan jual mahal…. membiarkan ko terkial-kial. Ko akan tetap sampai ke destinasi… tetapi setelah banyak waktu terbuang….. wang melayang.

Menulis thesis kini memerlukan GPS. Langkah pencarian artikel yang dulunya menjerihkan…. sering gagal mendapatkan apa yang diperlukan…. jenuh menggoogle…. akhirnya menjadi mudah, sensitif, selektif dan interaktif dgn MENDELEY. Inilah GPS.

Mendeley menyediakan semua bacaan yang releven supaya supervisee ada harga diri..bukan mengemis info dari yang lupa diri… Penulisan yang panjang dgn editing yang spt tidak pernah abis menjadikan motivasi terhakis…..kini dipermudahkan dengan Navigation Pane. Inilah GPS.
Coding yang dulunya menjela2 dgn data audio, video dan tanskript yang panjang berhasta…. Kini dipermudahkan dgn beberapa klik sahaja oleh Atlas.ti yang bijaksana.Inilah GPS.

Semua tool dalam penulisan thesis ini… Winstep, xmind, SPSS, AMOS, PLS, NVivo…. dll adalah GPS...yang WAJIB ko dikuasai supaya akan menjadikan penulisan thesis satu perjalanan cepat dan tepat menuju destinasi tanpa ragu2 dihati….

Jika ko masih selesa dgn peta… dan tak kisah lambat, penat dan tersesat…. dari mempelajari GPS yang user friendly… ko terpaksalah terima kemungkinan yang ko bukan sahaja akan tersesat di Kota London…. ko mungkin juga hilang punca dan melilau berada Kota Rembau !
Kpd peserta bengkel di YORK... MANCHESTER.... LONDON syabaz kerana mpelajari GPS dlm penulisan thesis !!

Othman Talib - Chelsea

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...