.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 12, 2014

Tajuk 652: Tiada skill IT tanpa 3E – Explore, Exploit dan Exercise !

Aku keseorangan. Terkebil kebil. Malam di York sungguh dingin diselaputi awan comulonimbus. Selimut yang tebal tidak boleh mengganti kehangatan kulit isteriku yang nipis dan mulus. Namun mata ini terus ku pujuk utk berehat. Tapi bukan mataku bukan saja degil…. minda dan jemariku pun sama terpanggil… maka tercoreklah 3E sambil berbaring ditepi katil !

Kenapa 3E – explore, exploit dan exercise?



Software komputer saban masa diupgrade supaya bukan sahaja semakin murah dan makin mudah juga semakin user-friendly dan versatile. EndNote ada versi 8… Mendeley 1.12.2 malah MSWORD yang aku guna ini adalah versi 2013. Bukan itu sahaja… angry bird pun diupgrade dari masa kesemasa. Maknanya kalau ko masih guna MSWORD 2007…. Ko termasuk kelompok orang lama yang selesa berada di takuk lama…. Yang lama-lama takkan kemana-mana…

Memahirkan diri dengan komputer tidak sama dengan memahirkan diri dgn skill acrobatic. 

Pertama:
Ada tak sesapa menjadi ahli acrobatik ketika berumur 50 tahun ? 
Jawapnnya – TAK ADA bro, semuanya mula dgn umur 5 tahun !! 

Kedua:
Ada tak sesapa yang mahir SEM / AMOS ketika berumur 3 ?
Jawapannya – TAK ADA bro, semuanya mula dgn umur 30 tahun !!

Jadi yang ko nak mahirkan diri adalah yang kedua itu bukan yang pertama... sebab kalau ko nak belajar acrobatik dgn usia ko sekarang....jawabnya dah tak lama lah tu !!

Belajar yang kedua.... aplikasi komputer adalah satu kemahiran yang boleh dikuasai tanpa had umur, asalkan ada pengetahuan asas diikuti dgn 3E – explore, exploit dan exercise !

Kenapa bila aku kata gunakan split view dalam MSWord utk menganalisis puluhan jadual dalam tesis, ramai yang ternganga… persis singa… tak tahu ape kebendanya? 

Ini kerana ko tak pernah explore.... dan exploit aplikasinya dalam penulisan tesis. Yang masuk bengkel aku pulak... dah tahu tak nak exercise... lama-lama jemari dan kemahiran ko pun beku macam ais.... 

Aku mengenali ATLAS.ti…. mahupun Mendeley…. pada usia lewat 47 tahun… dan aku tak pernah memasuki mana2 kelas ATLAS.ti mahupun Mendeley. Aku bukan sahaja boleh mengajar…. menulis buku.. mendapat pengikhtirafan… malah aku boleh mengajar ! 

Malah jgn tak tahu…. Perkataan “LITERATURE SEARCH” dalam MENDELEY dalam versi yang diupgrade adalah dari istilah aku…. malah MENDELEY pun nak belajar teknik FBOT dan SROT yang aku exploit spt email dari team Mendeley berikut yang aku terima beberapa ketika dulu:

“We would like to invite you to join our Mendeley Advisor Program, which is what we use for our facilitators. We will also give you an Advisor badge for your Mendeley profile and access to the members-only Advisors Group, which is a great forum for on-going training, share ideas such as for your FBOT and SROT techniques! “

Apa rahsia ko bro? 

Belajar aplikasi komputer tak ada rahsia. Yang perlu ada hanyalah sebuah komputer yang tip top…. Sedikit passion utk explore, exploit, exercise. 

Ko tak perlu gymnasium atau coach yang tough…. tapi ko memerlukan sedikit asas2 penggunaan aplikasi yang semakin user-friendly… then explore, exploit dan exercise…. consistantly.

Maka aku menyeru di pagi yang dingin di York UK ini… dgn 3E…. ko akan mendapati semuanya senang macam ABC…. bukan susah macam nak mati !!

LUV U ALL !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...