.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 12, 2014

Tajuk 651:11 tips: Slide conference presentation aku untuk didownload !!


Sila download link berikut jika ko berminta dan teruskan membaca: 

https://www.dropbox.com/s/6u783hcuwy0jxxl/ITHET2014_york2.pdf?dl=0

Aku tak pernah kongsi slide aku sebab cara aku present berbeza... sangat berbeza. Aku dah acapkali present paper obersi, dan setiap kali aku akan present cara aku sendiri. So far so good !

Ini antara senario yang aku lihat dari pengalaman aku:
- Prof. yang bentang paper syok sendiri tanpa kesah partisipan faham atau tidak apa yang dicakap .... 
- Pelajar (samada PhD/ master) pula present semua benda yang dia buat nak bagi tahu.. macamlah patisipan nak tahu sangat.
- Yang jadi pak pacakpun ramai.... tak bergerak2 dari awal sampai akhir.
- Ada juga yang pegang kertas baca sebijik2....dari awal sampai abis
- Tak kurang yang baca semula apa yang tertulis atas slides.... dia ingat partisian semua buta huruf
- Yang gunakan slide macam viva pun ada....iskh !

Aku?

Aku datang konferens sebab nak tahu topic kajian yang menarik dalam bidang yang mungkin ada kena mengena dengan aku. Selain itu, cuba bina networking. Jika aku berminat dgn sesuatu tajuk.... dan ada kena mengena dgn bidang kajian aku, barulah aku approach presenter tersebut.

Berasaskan matlamat ini, maka akupun present cara aku sendiri sesuai utk mencapai matlamat tersebut.

Pertama:
Masa diberi 20 minit.... 15 minit + 5 minit Q & A... selalunya aku abis sebelum 15 minit tu.

Kedua:
Tajuk kajian mesti ada unsur catchy... bukan macam tajuk thesis.

Ketiga:
Slide hanya perlu jelaskan apa yang "menarik" dalam kajian utk dikongsi dgn partisipan yang lain.

Keempat:
Tak perlulah masukkan methodology dll yang menjelas2 sebab partisipan boleh baca lanjut dalam prosiding atau jumpa ko lepas ti... omputih kata keep it short and sweet !

Kelima:
Persembahan bukan nak ganti artikel atau kajian yang dibuat. Persembahan bertujuan sekadar memberikan gambaran umum yang jelas dan menariknya tentang kajian. Sebab itu aku enjoy jer cerita apa yang aku buat bro... bercakap dgn participan / audiences bukan bercakap dgn slides !!

Keenam:
Apa yang dijelaskan secara verbal LEBIH PENTING dari apa tertulis secara ringkas dalam slide.

Ketujuh:
Tarik perhatian partisipan dgn soalan2 hook, spt why... who cares.... so what.... then.. what else? Jika partisipan masih ada persoalan, mereka boleh jumpa lepas presentation

Kelapan:
Elakkan jargon2 yang kita sorang jer faham !

Kesembilan::
Dalam slide PowerPoint masukkan hanya point yang power2 jer !

Kesepuluh:
Kalau ada product.... at least ada "real picture" atau tunjukklah video supaya partisipan boleh imagine apa ko buat... atau jika ada courseware, animation dll... demo beberapa minit....

Kesebelas:
Nama tulis kat slide awal... supaya dia tahu sapa yang present dan alamat lengkap serta contact / email di slide akhir jika dia berminat nak tahu lanjut.

In a nut shell... just explain what you’re doing and why this topic is sooo interesting to share.... but pls leave out the detail...


Ada yang mintak video aku.... manalah ada... tapi at least aku nak bagi slide yang aku gunakan utk presentation. Jgn ko terperanjat akan kesempoian slide aku dah ler. Ko kena cukup berani dan faham apa ko buat.....

Cuma jgn tak tahu.... aku pernah dapat best presenter dalam satu perbentangan seminar antarabangsa di Australia 

Ini adalah cara aku present... berbeza sebab aku tak berfikir dgn cara yang sama...aku tak mahu ikut2an...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...