.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, September 23, 2014

Tajuk 657:Apakah impak kajian anda kpd society? Soalan ini utk supervisor atau supervisee?

Aku masih di Chelsea selepas stay 3 hari di Manchester dan 3 hari di York. Ramai yang gilakan Chelsea.. dan MU.... sanggup menghuni kedai mamak sampai dinihari menyaksikan perlawanan dua gergasi ini...wpun mereka tidak pernah sampaipun ke Chelsea mahupun Manchester !! Biarlah mereka dgn kegilaan tersebut... maybe kegilaan yang ikut2an...

Aku menitip lagi tinta digital ini… menyusuri perjalanan ribuan postgraduate membuat master / PhD secara ikut2an tanpa tahu hujung pangkalnya. Persoalan asas spt “Kenapa buat master / PhD” pun tidak mampu dijawab dgn yakin oleh sebahagian besar postgraduate atau sekadar memberi jawapan yang didengari bukan difahami. Maka wujudlah persepsi illusi bahawa PhD perlukan “kajian yang tidak pernah dibuat lagi” atau “kajian mestilah memberi impak kepada itu dan ini”…. sehingga mengundang gundah gulana yang tidak berguna dalam pemikiran postgraduate.

Izinkan aku mengutarakan satu soalan di malam dingin di Kota London ini – Adakah “kajian yang tidak pernah dibuat lagi” atau “kajian mestilah memberi impak kepada itu dan ini”…. layak diajukan kepada supervisee atau sebenarnya untuk SV sendiri ?

Aku ingin menulis secara mudah… sama spt post2 aku yang lain… sebab postgraduate mudah confused dgn soalan2 yang susah. Aku pernah bertanya soalan mudah - beza antara artikel dan jurnal .. ramai yang tergeliat lidah untuk menjawabnya !

Pertama:
Supervisee seorang yang novice…. Oleh itu perlu membuat kajian yang berada dalam skop the frontier of knowledge yang telah wujud dalam mainstream bidang masing2. Dia juga diperlukan untuk menulis thesis ratusan mukasurat dgn menyediakan literature review yang mendalam dan panjang lebar supaya terbina kemahiran membuat analisis dan critical review – what has been done dan what else need to be done !
Kedua:
SV seorang yang so-called expert… Oleh itu sayugialah SV lebih diperlukan utk membuat kajian “beyond the frontier of knowledge” atau "yang tak pernah dibuat orang" dan melaporkan dapatan kajiannya dalam bentuk artikel journal setebal beberapa muka surat tanpa memerlukan kupasan dan analisis kajian lepas secara mendalam dan terperinci

Ketiga:
Supervisee baru mula berjinak dgn “kerjaya” sebagai penyelidik, baru menguasai algorithm basic research methodology …. belum mencapai tahap heuristic yg mampu melihat bidang kajiannya secara comprehensive. Mereka hanya “student” postgraduate yang berstatus “full time” atau pun “part-time”.

Tentulah satu kejanggalan meminta “student” membuat kajian yang boleh memberi impak keluarmelewati dunia kesarjanaan bidang kajiannya !

Keempat:
SV telahpun memulakan “kerjaya” sebagai penyelidik, bertahap “tetap dan berpencen”, yang lebih berpengalaman…. Tentulah lebih afdal SV didambakan utk menghasilkan kajian yang berimpak ini... bukannya supervisee.

Kelima:
Supervisee jika bernasib baik akan diberikan bantuan kewangan…. Yang tidak banyak… sekadar cukup2 makan. Jika ada yang mendapat geran kajian pun…. peratusannya spt boleh diabaikan. Tanpa sumber kewangan…. ditambah membuat kajian secara SOLO… maka kapasiti dan momentum yang ada tentulah lebih terbatas kepada modifikasi dan meneruskan kajian yang ”sedia ada” sambil memberi added value dan pemahaman lanjut kepada kajian yang dijalankan.

Keenam:
SV memang selalu bernasib baik kerana disediakan pelbagai bentuk geran yang dibiayai oleh pelbagai agensi spt MOSTI, KPM. MITI, MTDC. MIDA, MDC, SMIDEC, MAFCAP dll….termasuk dari pelabur dan sumber luar negara… yang setiap satunya menawarkan perbagai kategori bantuan kewangan. Bukan sahaja mendapat geran…. SV juga membuat penyelidikan secara berkumpulan…. two, three and four experienced heads are far-far better than only one novice head !!

Tarik nafas..

Timbul pula persoalan…. Abis tu kenapa PhD dinilai sebagai satu kajian bertahap tinggi yang diperlukan originality serta mampu memberi impak kepada society !

Aku nak jawab persoalan tersebut dgn satu persoalan lain - Apa maksud originality dan sapa kata kajian PhD mesti memberi impak kepada society? Kalau SV yang bagi tahu.... adalah jawapan tersebut valid yang dirujuk kepada satu sumber yang juga valid?

Entah dimana puncanya, originality spt difahami bahawa kajian mestilah satu kajian yang belum pernah dibuat lagi sedang apa yang diperlukan oleh supervisee adalah kajian "yang pernah dbuat" yang kemudiannya perlu dikupas dalam literature review utk mendapatkan satu skop bagi memantapkan kajian sedia ada tersebut. Inilah kajian PhD dan master.

Pertama:
PhD adalah satu proses akademik….disupervised oleh academicians. Yang ada kerja kursus dan penilaian lalu dianugerahkan sijil kelulusan melalui penganugerahan ijazah. Kalau setakat pakai jubah konvo… itu tidak ada apa2 keistimewaan sebab anak aku ditadika pun pakai jubah konvo bro dan semunya pulak GOT (Graduate on time) !

Kedua:
Bila ia proses akademik… tentulah tujuan asalnya utk meningkatkan pengetahuan…. Maka bagi supervisee yang diperlukan adalah peningkatkan pengetahuan selok belok membuat kajian secara berdikari dan menulis thesis serta mempertahankannya.

Ketiga:
Tentulah harapan yang tinggi diletakkan utk melahirkan bakal penyelidik yang “memiliki pengetahuan asas dalam dunia penyelidikan dan penulisan laporan penyelidikan (thesis)” MENGATASI utk mendapatkan impak kpd society dari penyelidikan dan penulisan thesis tersebut. Melahirkan penyelidik yang tersohor… memerlukan masa dan pengalaman serta sumber kewangan yang munasabah.


Keempat:
Jika ada pihak yang berminat dengan hasil penyelidikan, maka kumpulan yang mereka approach dan biayai adalah sekumpulan pakar / SV / pensyarah, bukannya pelajar postgraduate. Maybe ada satu dua kes pelajar post graduate diminta membuat kajian tertentu yang khusus namun sekali lagi, bilangannya yang terlalu sedikit tidk signifikan dan boleh diabaikan sahaja. Tak byk manfaat bincang pendidikan 2, 3 pelajar super genius melebihi perbincangan utk memberi pendidikan kepada 3, 4 juta pelajar yang lain.

Kelima:
Siapa SV? Siapa expert? Mereka inilah beberapa tahun sebelum itu adalah supervisee-supervisee. Jadi persoalan membuat kajian yang memberi impak kepada polisi, society, organisasi dll tersebut tentunya masih relevan tetapi bukan ketika mereka sebagai supervisee tetapi ketika mereka mejadi Sv !! So no big deal !

Keenam:
Biarlah supervisee menimba ilmu, mendapatkan sedikit pengalaman awal penyelidikan dgn supervision yang mantap…. diperhalusi langkah penyelidikannya…. diberikan sokongan dan segala kemudahan… supaya sepanjang tempuh candidacy mereka mendapat bekal secukupnya dengan menjalankan kajian yang “sesuai dgn tahap akademik tertinggi” dgn impak maksimanya diterima oleh mereka dahulu !

Usaha melatih supervisee utk publish dan present paper local dan international… tentunya mengatasi bebanan yg diletakkan kepada mereka utk kononnya kajian mesti memberi impak kepada society.

Ketujuh:
Kalau macam tu tak bergunalah kajian PhD jika tak ada impak kepada itu dan ini? Kalau ko beranggapan begitu, ko telah menyentuh perasaan SV yang dulupun adalah supervisee... termasuk aku sendiri.. sedangkan kajian2 SV aku percaya tak apa impak apa2 yang ketara selain menambah pengetahuan dalam selok belok penyelidikan kepada diri supervisee. Selebihnya tersimpan rapi dalam thesis yang tersusun rapi dalam library. Ini termasuklah thesis aku juga.

Kelapan:
Supervisee perlu difahamkan bahawa hanya dapatan kajian mereka yang menjadi element "original" yang perlu menghasilkan sesuatu yang akhirnya "contribute to the body of knowledge" dalam bidang kajian yang mereka jalankan. Oleh kerana PhD / Master masih berstatus "akademik" maka selayakknya hasil kajian memberi impak kepada diri pelajar sendiri dalam bentuk peningkatan pengetahuan dan kemahiran serta berupaya menyumbang sesuatu kepada "body of knowledge".

Kesimpulan:
Aku berhenti dahulu disini…maka ko jawablah sendiri persoalan tajuk di atas…. Maybe elok juga ditanya kepada SV masing-masing.... utk pemahaman yang lebih lagi..... Apakah impak nyata kajian mereka selama ini kepada society? Jika mereka menjawab dgn menyenaraikan bilangan jurnal yang panjang... teori yang menjela-jela.....katakan itu adalah sumbangan kepada "body of knowledge" !

Aku memohon mengundur diri. Ini mungkin catatan terakhir aku di Kota London, esok aku akan terbang balik ke tanah air tercinta. Kajian PhD dan Master jika dirancang dgn baik.... utk tujuan contribute to knowledge.... tetapi jika berupaya dlm masa yang sama memberi impak sekecil mana sekalipun adalah satu bonus !! Walaubagaimanapun.... bila kita minta kerja... kita utamakan dulu gaji pokok bukan bonus !

OT - Chelsea, London

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...