.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, September 23, 2014

Tajuk 655:Cara baca journal artikel - 7 bahagian vs 7 langkah !!


Pelik jugakkan.... tak ada kelaspun mengajar cara baca journal... SV pun tak pernah ajar kot.... jadi pandai2 ko lah nak baca macam mana... nak terlentang atau meniarap pun tak sapa yang kisah...

Tapi pelik juga... ramai yang bersungut.... sambil bergoyang sesungut.... susahnya nak baca journal article (JA).
Susah ker? Takkan lah susah sebab JA ni nipis jer bro.... bukan macam buku beratus2 pages..... malah JA ada satu format jer bukan ada macam2 format macam buku. Inilah SATU format JA yang established dgn 7 bahgian mudah:

1. Title: 
Pilih yang skopnya dalam bidang kajian ko... dan tajuknya menepati fokus kajian

2. Abstract
Ringkasan methods, findings, discussion dgn argument kenapa kajian tersebut signifikan utk dijalankan.

3. LITERATURE REVIEW 
Menyediakan informasi berkaitan argumentasi dari kajian lepas dan cuba dptkan kaitannya dgn keperluan kajian yang ko nak jalankan.

4. Methodology
Menyediakan informasi bagaimana study dijalankan spt: Approach – quanti (survey, experimental) or quali (spt interviews, ethnography, participant observation, or content analysis)
Siapa sample dan populasi

5. Results / Finding
Data analysis dan ringkasan data dalam Table / Chart dan analysis yang dijalankan

6. Conclusion/Discussion
Summarizes the findings and kenapa dapatan tersebut penting. Limitasi dapatan. Aplikasi dapatan (if any) dan adakalanya dinyatakan future research.

7. Citation / References / Bibliograpy
Ini utk ko snowball lah bro....
Apa yang ko nak cari dari JA yang ko kumpulkan? Ko takkan baca semuanya… huruf demi huruf… Katalah ko ada 100 artikel yang tajuknya seakan releven dgn kajian ko…. takkan ko nak baca semuanya begitu sahaja… bukan apa… takut ko giler artikel !!

Jadikan lakukan langkah berikut:

1. Bear in mind
Ketika mula membaca JA, fikirkan apa yang sedang ko cari dalam JA tersebut sesuai dgn area of investigation dan topic of interest ko. Jadi ko kena ada idea umum tentang RESEARCH QUESTION yang bakal ko kaji spt “Apakah kesan animasi terdapat perlajar berbeza pencapaian dalam memahami sesuatu konsep”.
Jadi JA yang ada statement / variable/ argument tentang pengajaran berkaitan animasi/ stail belajar pelajar berbeza pencapaian/theory berkaitan animasi adalah JA paling sesuai dianalisis.

2. Lihat nama journal
Pastikan ia indexed journal, scopus atau ada IF.

3. Lihat authors
Lihat samada author tersohor atau ko tak kenal lansung… kalau author adalah sifu… berikan priority

4. Lihat juga institusi
Kalau MIT… Monash…Colorado tentu expectation ko lebih tinggi utk membaca JA tersebut berbanding dgn UPM, UKM atau Chulalongkorn university.

5. Lihat tahun
Kalau dah lebih 5 tahun…. KIV apatah lagi yang >10 tahun. Ko akan merendahkan thesis ko kalau kupasan frontier of knowledge kajian ko merujuk kepada kajian yang dah 15 tahun ! Give priority to the latest dulu bro…

6. Dah dapat yang dicari
Selak-selak dulu…. kalau ada 3 mukasurat jer… dgn 5 citation…. kiv.. tak yahlah aku nyatakan kenapa… nanti otak ko berhenti berfikir ler pulak.Kalau > 3 pages dgn citation yang >10... kira oklah tu..

7. Bila dah kompom artikel yang cun. 
Ko baca abstact – baca argument dan kenapa author memilih argument tersebut utk dikaji. Kalau relevan / selari dgn apa yang ko nak buat berkaitan kajian ko…. boleh teruskan bacaan dulu.

Tetapi bacalah berdasarkan thema spt tajuk yang sama, variable yang sama, keyword yang sama dgn kajian ko…. sampling teknik yang ko nak tahu lebih lanjut…. dapatan kajian yang menyokong urgency kajian ko….methodology yang ko sedang fikirkan utk kajian ko…. theory yang sesuai dgn variable dan pernyataan masalah dll

Setelah menemui quotation yang sesuai lakukan proses “cite while you read”.




Contoh:
Quotation: A, B and C (2010) suggested that intrinsic motivation as behavior that is driven by inner rewards.
Paraphrasing: Intrinsic motivation is crucial for student as they need internal force (A, B & C, 2010) to keep success in academic.

Jika guna Mendeley.... semua pkataan intrinsic motivation dlm mana2 100 JA boleh dicari dlm sekelip mata....
Jangan lupa jika perlukan maklumat lanjut.... lakukan snowball bahagian citation....

Ingat..... jgn pulak bila dapat 100 artikel yang kelihatannya relevan…. kemudian ko bertapa dalam library membaca setiap satu JA perkataan satu demi satu… aku bimbang ko tak jumpa pulak pintu keluar library....sebab otak ko kehabisan memori !!


[note: bagi ex-peserta bengkel aku….inilah sebabnya ko diajar teknik FBOT dan SROT menggunakan Mendeley dan CPR kan dalam ZDOT… supaya semua langkah di atas ko lakukan tanpa tertinggal dgn cepat dan efficient sambil penulisan thesis ko juga progress…. juga cara CPR tanpa takut2...…. Cayolah cakap den !!]

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...