.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, February 25, 2014

Tajuk 568 - APA ITU CITATION_INDEXED JOURNAL ?

Selalunya SV akan biarkan supervisee mencari sendiri jurnal - pandai2 ko lah nak cari kat mana - betul tak?

Supervisee pun apa lagi "Google" aja lah.... asal ada perkataan "Journal" kira dah boleh rujuk - betul tak?

Lepas tu... lebih syahdu bila semak proposal atau thesis.... ada SV yang tak kisah apa jenis journal yang ada dlm senarai References - betul tak?

Kalau ada berpuluh buku teks yg dirujukpun SV buat derk jer - betul tak?

Aku dah awal2 lagi bagi tugasan kuliah pertama aku – cari atleast 10 journals dalam bidang masing2 siap dgn publisher sekali. Timbul soalan dibenak fikiran pelajar aku...

Bagaimana nak tahu jurnal mana yang baik !

Meh aku jelaskan dgn ringkas....

Journal yang baik adalah journal C.I.J - “Citation-Indexed Journals” Journal ini di index mengikut syarat tertentu spt refereed dan consistent bagi menjamin kualiti. Banyak organisasi yang memberi index kpd journal spt PubMed, SCOPUS, EBSCOHOST, SCIRUS, DOAJ, Pro Quest, Ulrich’s , ISI, Google Scholar …. 

Lazimnya IPTA di Msia meminta calon PhD / Master merujuk kepada jurnal yang di indeks oleh SCOPUS (managed by Elsevier) ataupun Web of Knowledge atau ISI Thomson (managed by Thomson-Reuters) .

Macamana nak tahu tu?

Buka lah homepage jurnal tersebut dan cari “INDEX”. Satu jurnal mungkin diindeks oleh beberapa organisasi…. Bagi sosial sains…. jika ada index SCOPUS atau ISI Thomson dalam senarai tersebut maka jurnal tersebut sesuai dirujuk.

Byk IPTA juga menerbitkan journal. UPM contohnya terbitkan PERTANIKA dgn mengandungi beberapa journal seperti Journal of Social Sciences & Humanities. PERTANIKA adalah international peer-reviewed journal yang telah diindeks dalam SCOPUS (Elsevier)

Publisher tersohor spt SAGE, Wiley, Taylor and Francis, Emerald, IEEE dll memang mempunyai jurnal yang terindex dgn SCOPUS atau ISI maka tiada masalah utk merujuk atau submission. 

Bagaimana dengan proceeding?

Proceeding ni lazimnya tidak melalui proses refereeing yang rigorous sebab panel hanya menilai kesesuaian artikel untuk thema2 dalam conference. Namun ada proceeding seperti yang diterbitkan dalam Procedia (Elsevier) di indeks oleh SCOPUS… so bolehla rujuk.

Ingat ada banyak juga non-CIJ spt Jurnal Penyelidikan Pendidikan keluaran KPM yang aku dapati tiada sebarang indeks…. Atau jurnal sewaktu dgnnya yang diterbitkan diluar negara.

Ini langkah pertama… mengenali jurnal dalam bidang kajian anda dahulu… ketahui statusnya.....Ingat… jurnal adalah sumber primer rujukan dan menjadi keutamaan. Jgn ler pulak rujuk buku2 teks yang umum…. buat malu jer !! Lagi malu bila dah masuk semester 3... nak sebut SCOPUS tersebut OCTOPUS.... !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...