.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, February 13, 2014

Tajuk 561: Pernyataan masaalah: SYMPTOM VS PROBLEM

Jgn jadi mcm nenek aku !

Ramai calon PhD yang bakal jadi "Dr" kantoi bila menulis problem statement - bhg paling penting dlm tesis.

Kenapa?

Sebab yg ditulis menjela2 tu adalah SYMPTOM bukan PROBLEM. 


Nenek akupun tahu symptom, mkn 2 biji panadol settled... tak perlu buat PhD atau jadi Dr !

Ada yang confused antara sympton dgn problem. Confused adalah "symptom" yang sering ditunjukan oleh calon master /PhD..... mungkin timbul dari problem yang dihadapi mereka seperti "Permanent head Damage"... agaknyer lah...

Oleh kerana aku tak nak menambahkan lagi sympton dari problem PhD tersebut... aku bagi contoh mudah dan simple2....contoh tahap tingkatan 5.... pandai2lah generate sendiri utk tahap master / PhD utk bezakan symptom dgn problem ! 

1. Sukar memahami konsep sains yang abstrak (problem) - gagal dalam peperiksaan (symptom)

2. polisi pinjaman bank terlalu mudah (problem) - ramai bangkrup (symptom)

3. peraturan asrama terlalu ketat (problem) - pelajar memberontak (symptom). 

4. pengajaran sains/maths terlalu kurang aspek pemikiran aras tinggi (problem) - Malaysia tercorot dalam ujian PISA / TIMMS (symptom)

Persoalan debatable adalah

1. Bagaimana nak atasi kesukaran memahami konsep sains yang abstrak?

2. Bagaimana nak meluluskan pinjaman secara efektif?

3. bagaimana nak menyediakan peraturan asrama yang lebih fleksibel?

4. Bagaimana mengajar sains / maths dgn pemikiran aras tinggi?

Bukannya:

1. Bagaimana nak kurangkan kegagalan tapi tidak melihat problem kesukaran pelajar memahami konsep sains yang abstrak?

2. Bagaimana nak kurangkan bangkrupsi tanpa melibatkan cara meluluskan pinjaman?

3. Bagaiman nak kurangkan pemberontakkan tapi tidak menyentuh peraturan ketat asrama yang menjadi punca?

4. Bagaimana nak naikkan ranking PISA / TIMMS tanpa mnjelaskan keperluan kaedah mengajar sains / maths dgn pemikiran aras tinggi? 

Jadi gagal peperiksaan, ramai yg bangkrup, fenomena memberontak dan keciciran dalam PISA / TIMMS adalah symptom tetapi inilah yang ditulis menjela2 sebagai masalah.... sedangkan problem sebenar tidak dijelaskan... !!

Ada faham ker atau masih confused ? Kalau confused samalah macam nenek aku yang selalu gak confused !

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...