.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, February 3, 2014

Tajuk 552: Supervision: Lesson plan vs Batu nesan.

Supervision bukan sangat mengikut procedure, macam guru mengajar dalam kelas, ada lesson plan. Ini adalah SALAH SATU contoh "lesson plan" seorang SV !!

1. SV perlukan perjumpaan setiap minggu utk 1 bulan pertama diikuti dengan 2 kali seminggu sehingga akhir semester 1. Selepas itu, perjumpaan akan dijalankan mengikut keperluan sekurang2nya 1 kali dalam sebulan. Jika anda tak bersedia dan telus …baik jgn jumpa terus !

2. Anda perlu tunjukkkan sufficient familiarity on your area of investigation. Jangan jawab “tak tahu” atau “belum baca’ jika soalan-soalan basic bidang kajian anda ditanya contohnya “ Teori apa yang selalunya releven dgn bidang kajian ini?” Jika anda jawab tak tahu… SV lagi lah tak nak tahu !!

3. Ramai SV tiada masalah menerima sms bila-bila masa utk memastikan perjumpaan dapat diadakan 80% dari expectation di atas… Jika anda ada masalah utk hantar sms …. selesailah masalah SV.

4. Jgn kata anda nak buat PhD atau master, jika anda tak master semua nama journal dan leading authors yang berkaitan dengan bidang kajian. Jika tidak, baik plaster jer mulut anda yang kata nak buat master tu !

5. SV tidak akan melayan soalan-soalan asas yang anda sendiri boleh baca. Soalan spt “Apa yang dimaksudkan dengan reliability dan validity ?” adalah soalan bodoh dari seorang siswazah yang cerdik.

6. Bagi kebanyakkan SV, selepas diadakan perbincangan dan plan of research, penyediaan proposal lengkap perlu disegerakan. Jika anda gagal siapkan proposal lengkap, salahkan diri anda dan jangan menyesal.

7. Sebagai pelajar anda kena ikuti bengkel khusus analisis data kuanti dan kuali…. Tapi jika anda lebih minat kursus buat cup cake, SV hanya akan simpati sikit kalau kemudian nanti anda sakit. 

8. Jika anda senyap, ada SV akan hubungi anda. Jika anda memang species suka mendiamkan diri dan sukar dihubungi…..SV pun tak mahu buang masa dgn species nocturnal begini

9. Jika SV tidak dapat merasakan adanya commitment dari anda…. tak nampak progress yang signifikan.... walaupun anda dakwa kerja kuat.... sampai dah abis kudrat yang empat.... sampai nak bermesra dgn pasangan pun tak sempat.... ke sana kemari terlompat2.... SV sebaliknya akan merasakan anda membuang masa dia sebab satupun progress pun dia tak dapat....

10. Tolong jangan menjadikan hal keluarga, peribadi dll sebagai alasan jika anda tidak bersedia utk menunjukkan sebarang kemajuan dalam penulisan / kajian anda, sebab semua orangpun ada masalah yang sama... malah ada kawan anda yang mungkin lebih tragis... sebab itulah cari jalan.....elakkan memberi alasan… kalau tidak itu tandanya kajian anda perlukan sebuah batu nesan....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...