Apsal ko tiba2 minat chief ni?
Aku minat semua... tapi aku nak bawa ko ke zaman dulu2... zaman nenek ko dulu…. memasak memang syahdu… memang sentimental…tangkap lentok bro....dgn dapur kayu dan periuk tanah. Mula2 ambil kayu api, kupas dan kukur kelapa, perah santan…. giling chili, cari serai, hidupkan api… tiup..tiup sampai hitam muka nenek ko…..Kalau pukul 8 mula ke dapor…. pukul 12 baru siap bro…4 jam tu !!
Cam ni ler lebih kurang nenek ko dulu masak... berasap !! (Photo: kfk.kompas.com) |
Aahlah…. sekarang ni masak 30 minit… dulu berjam2 bro !!
Aku cuba nak kaitkan dengan satu isu yang sering bermain2 dan dimomokkan kepada calon master / PhD.
Karipap pun dah ada yang ready made.... 2 minit jer goreng dah siap... sodap jugak hingga licin !! (pic masa break bengkel Penulisan Cepat Tesis K. Kinabalu) |
Isu masak ke?
Iskhh…. Bukanlah tapi isu momokan apabila ada pelajar yang nak buat kajian kualitatif .... ada saja statement “Jgn buat kajian qualitative sebab susah dan memakan masa yang lama” !!
Kenapa ni berlaku?
Contohnya seorang pelajar, A bercadang untuk membuat kajian kualitatif….. lantas disanggah oleh SVnya “Jgn buat kajian qualitative sebab susah dan memakan masa yang lama”. Pelajar A pun kata kepada pelajar B “Jgn buat kajian qualitative sebab SV aku kata susah dan memakan masa yang lama”.
Pelajar B pulak kata kat pelajar C “Jgn buat kajian qualitative sebab SV kawan aku kata susah dan memakan masa yang lama”… then pelajar C tanya kat aku pulak “betul ker kajian qualitative susah dan memakan masa yang lama ?”…maka bersambung2lah rumours ini meniti mulut ke mulut... persis burung kakak tua yang menyebut sesuatu yang dia sendiri tidak faham.... sehingga menjadi satu STIGMA dan mendatangkan DILEMA !
Contohnya seorang pelajar, A bercadang untuk membuat kajian kualitatif….. lantas disanggah oleh SVnya “Jgn buat kajian qualitative sebab susah dan memakan masa yang lama”. Pelajar A pun kata kepada pelajar B “Jgn buat kajian qualitative sebab SV aku kata susah dan memakan masa yang lama”.
Pelajar B pulak kata kat pelajar C “Jgn buat kajian qualitative sebab SV kawan aku kata susah dan memakan masa yang lama”… then pelajar C tanya kat aku pulak “betul ker kajian qualitative susah dan memakan masa yang lama ?”…maka bersambung2lah rumours ini meniti mulut ke mulut... persis burung kakak tua yang menyebut sesuatu yang dia sendiri tidak faham.... sehingga menjadi satu STIGMA dan mendatangkan DILEMA !
Fuhh… sungguh sadis !
Apa yang sadis?
Mana tak sadis… A, B, C termasuk SV A sendiri TAK PERNAH pun buat kajian kualitatif…. Bukan sahaja NVIVO dia tak tahu….ATLAS.ti tu dia ingat buku peta !! Sama spt ko yang tak pernah masak lomak cili api…. tiba2 bagi nasihat .... “Jgn masak lomak cili api sebab susah dan memakan masa yang lama”... banyak ko punya cantik !!!
Taklah hairan jika SV yang expert kuantitatif tak tahu amende NVIVO dan ATLAS.ti…..sebab tak pernah buat kajian kualitatif…. tapi jgn ler buat andaian….menakut2kan supervisees... hanya kerana nak tutup kelemahan sebab tak tahu kualitatif... !!
Malah satu lagi bro…..SV yang konon2nya cenderung ke arah kualitatifpun ada juga yang tak tahu NVIVO apatah lagi ATLAS.ti…..konon2nya mereka dah selesa "masak cara lama"....sebagai cara terbaik....sehingga pelajar yang nak buat guna ATLAS.ti pun disanggahnya !!
Sodap ko cakap bro…. nak kono cili api ke mulut ko tu?
Baca buku ini jika nak tahu apa itu ATLAS.ti |
Kenapa? Salah ker? Kalau salah betulkan lah… aku pun nak tahu… asal jangan spread rumours yang kita sendiri tak tahu hujung pangkalnya. Kalau budak2 remaja tulis dalam FB pasal rumours Heliza AF nak kawin dgn OT… tak apalah…. Ini SV bro…. SV….yg buat rumours yang dia sendiri tidak jelas !!
Kajian baik kuali mahupun kuanti ada peranan masing2 bergantung kepada nature kajian. Malah peranan keduanya sering melengkapi. Kajian kuali perlu bagi mendapatkan data non-numerical spt pendapat yang mendalam, perasaan atau analisis temubual, pemerhatian, catatan lapangan, transkrips, document, audio, video, photo… yang tak dapat diproses oleh kajian kuanti. Jika kajian ko memerlukan pemahaman terhadap sesuatu fenomena, budaya, isu ataupun proses secara mendalam dan specific , jalankanlah kajian kualitatif. Sample selalunya adalah kecil dan specific.
Sebaliknya kajian kuanti pula dijalankan bagi mengetahui variables (IV, DV, mediator, moderator…) dalam kajian dan membuat inferens kepada populasi. Sample selalunya besar dan representative kepada populasi.
Pokoknya – samada nak buat kuali atau kuanti…. yang pertama perlu jelas adalah objektif kajian. Kalau objektif kajian tersebut sesuai terjawab dengan kajian kuali, maka itulah pendekatan kajian ko… maka momokan spt “Jgn buat kajian qualitative sebab susah dan memakan masa yang lama” tak sepatutnya keluar dari mulut sesiapapun… apatah lagi dari mulut mereka yang tidak pernahpun membuat kajian kualitatif. Dgn bahasa yang mudah - diam sahaja kalau tak tahu !!
Kenapa kajian kualitatif susah? Kenapa makan masa yang lama? Tak sedarkan ko bahawa menghasilkan proposal yang patutnya 1,2 semester pun disusah2kan sampai menjangkau 5, 6 semester !! Aku nak cabar ko…. berapa ramai pelajar yang buat proposal kuantitatif yang kononnya kajian tu mudah berbanding kualitatif TETAPI penghasilan proposal jer dah berlanjutan sehingga 3, 5 semester ! Kalaulah buat proposal pun sampai berlanjutan begitu lama…. jangan salahkan pula kajian kualitatif dengan momokan “susah dan lama”.
Susah dan senangnya kajian samada kuali mahupun kuanti sangat bergantung kepada pemahaman proaktif pelajar tentang kajian yang mereka ingin jalankan. Jika kajian mereka sesuai dengan pendekatan kualitatif..... menguasai aspek coding, themes, triangulation.... yang dipermudahkan dengan kemahiran perisian NVivo mahupun Atlas.ti adalah satu kemestian. Dgn penguasaan ini.... kajian kualitatif bukanlah sesuatu yang "susah dan lama....."
Emmm…
Aku nak sentuh sikit pasal statement “Jgn buat kajian qualitative sebab susah dan memakan masa yang lama”. Statement ini maybe releven 5, 10 tahun dulu… ketika NVIVO dan ATLAS.ti begitu asing… sama spt nenek ko berhempas pulas utk masak lomak cili api....... Dengan bantuan ATLAS.ti misalnya…. kerja2 open, axial dan selective coding dulu yang makan masa berjam2 telah dipermudahkan menjadi bbrp minit sahaja.
Malah, ko boleh gunakan ATLAS.ti utk menguji reliability data ko dengan Cohen Kappa misalnya. Dengan ATLAS.ti juga, ko boleh bina “model” dengan networking… secara visual… explicit…. Jauh lebih meaningful dari data2 kuantitatif …. Sama spt tukang masak yang mahir menggunakan segala peralatan bagi memasak lomak cili api…
Lagi bro?
Bukan sahaja kerja2 coding jauh lebih mudah dgn ATLAS.ti…. Sample juga bersifat non-random, purposive dan convenience…. Katakan seramai 10 orang…. dan ini menjadikan kajian ATLAS.ti relatively lebih mudah. Jangan ler buat kajian utk interview gengster atau along...atau Siti Norhaliza.... payah ler ko nak jumpa bro !!
Aku nak tanya ko?
Mana lebih mudah…. Interview 10 orang ataupun mengedarkan soal selidik kepada ratusan responden yang ko tak kenal… yang tiada jaminan akan memulangkan soal selidik ? Jadi sekali lagi… susah senang lama atau cepatnya kajian kualitatif… ataupun kuantitatif…. yang penting adalah penguasaan ko sendiri kepada kemahiran dan pengetahuan kajian ko sendiri.
OT - adanya