.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 30, 2013

Tajuk 502: Menjejaki artikel author tersohor dan journal dalam bidang anda dlm sekelip mata !!

Sebelum aku tulis berkaitan tajuk... berikut ada email yang aku terima jam 3.30 petang tadi.... aku ringkaskan sahaja.......namun ada pengajaran yang boleh dikongsi bersama...kepada MM tahniah kerana akan berkonvo selepas raya.... 

Email lagi?

Aah...inilah email MM

Assalamualaikum wbt.....

Tujuan saya menghantar email ini adalah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr kerana blog dan bengkel Dr telah banyak membantu saya dalam menyiapkan tesis master saya dalam tempoh 2 tahun walaupun saya merupakan pelajar part time....


Saya mula menulis pada semester pertama sepertimana yg Dr selalu tekankan. Semester pertama bukan honeymoon bagi saya...walaupun SV tak nak jumpa (OT - pernyataan ini membenarkan fenomena yang tertulis diblog ini) tetapi saya tetap meneruskan usaha mengumpul bahan dan menulis dalam zero draf (pada masa itu Mendeley blm famus) dan akhirnya di akhir semester 3 saya berjaya menyiapkan final draf tesis dan menghabiskan course work.

Walaupun pelajar sepenuh masa yang sama batch dengan saya masih belum siap tesis.......kini saya sedang mengumpul bahan untuk PhD menngunakan mendeley seperti mana Dr cadangkan dalam buku Menndeley . Sekian terima kasih.

MM

Jadi apa citer ko kali ni.... kejap kerdipan mata now tajuk ko sekelip mata..... ko ingat buat research ni macam silap mata ?

Ko baca ler dulu sampai abis.....jgn tengok sebelah mata... aku ingin memperkenalkan kepada newbies yang belum tahu...satu cara mencari "semua" artikel yang ditulis oleh penyelidik tersohor atau sifu dalam bidang masing2. 

Bagi contoh bro...dan kenapa perlu tahu penyelidik tersohor?


Contoh.... ok.....dalam pendidikan sains khususnya pendidikan kimia... Prof David Treagust adalah penyelidik nombor wahid seantero dunia. Aku turut berbangga sebab beliau adalah external examiner tesis aku dulu yang mendapat minor correction. Kalau ko tahu intisari kajian penyelidik tersohor... ko akan dapat panduan yang mantap kajian terkini dalam bidang kajian ko.... maklumlah ko baca semua artikel tok guru ko !


Aku dan Treagust di Adelaide bertemu dalam satu konferens....selepas 3 tahun dia masih ingat tesis aku yang dia semak !!

So?

Katakan aku ingin membuat kajian dalam pendidikan kimia dan tentunya Prof Treagust telah mendahului penyelidikan dalam bidang ini. Maka aku perlu membaca "semua" artikel beliau utk mendapatkan hala tuju kajian aku... supaya selari dgn sifu aku tersebut.

Ok.... then?

Ko bukan website Microsoft academic search di
academic.research.microsoft.com then taip nama Treagust spt screen shot berikut:



Screen shot ini menunjukkan ada 996 artikel termasuklah (i) artikel yang manaTreagust sebagai author dan (ii) aertikel yang mana nama Treagust di cited dalam article tersebut....oleh kerana banyak sangat, ko limitkan hanya kepada tahun > 2009 dan inilah hasilnya iaitu sebanyak 277


Bukan sahaja ko tahu artikel / penulisan akademik yang berkaitan dengan sifu ko... ko juga tahu journal mana yang menerbitkan artikel sifu ko... maka secara tak lansung ko pun tahulah senarai journal yang releven dalam bidang kajian ko... 

Oooo cam tu pulak....patutlah sekelip mata....

Berikut aku extract journal2 yang dimaksudkan... jadi dengan tak semena2 aku dah tahu journal yang terlibat dalam science education...
  • International Journal of Science Education
  • Research in Science & Technological Education
  • International Journal of Science and Mathematics Education
  • Research in Science Education
  • Science and Education
  • Cultural Studies of Science Education
  • Studies in Science Education

Fuhh...... bergeliga otak ko bro....

Bukan bergeliga.... tapi berfikir tanpa memerlukan minyak geliga ! 

Aah bro... dah lama aku tak dengar nama minyak geliga yang nenek aku selalu pakai....ala-ala minyak cap kapak juga !

Bukan itu sahaja.... sebenarnya banyak lagi journal dalam science dan chemistry education.... yang kat atas tu sebagai permulaan jer. Malah ko boleh klik dan download article2 tersebut jika di subscribed oleh IPTA ko lah. Sebab tu jgn buka kat rumah guna wifi ko tu......



Ini bukan sekelip mata atau silap mata.... ini namanya bertentangan mata !!

Jika ko nak tahu... jika dibaca beberapa artikel yang ko download di atas....ko akan perolehi banyak lagi journal dalam science education untuk literature search... antaranya adalah

1.   Cultural Studies of Science Education
2.   Electronic Journal of Science Education
3.   International Journal of Environmental & Science Education
4.   International Journal of Science Education
5.   Journal of Computers in Maths and Science Teaching
6.   Journal of Science Education and Technology
7.   Journal of Science Teacher Education
8.   Research in Science & Technological Education -
9.   Science Education
10. Science & Education
11. Journal of Research in Science Teaching
12. Journal of Science Teacher Education
13. Research in Science Education
14. School Science Review
15. Science Educator
16. School Science and Mathematics
17. Science Scope
18. Science Teacher
19. California Science Teachers Association Journal
20. Journal of College Science Teaching
21. Journal of Environmental Education 
22. Journal of Chemical Education



Mak ai.... banyak nyer bro....

Sebab itulah kalau ko buat proposal dalam bidang science education... kat belakang proposal ko ada rujukan 3, 4 journal jer dan lain2 tu buku2 teks ntah apa2.... tu maknanya ko memang nak kena ... sebabnya ada 22 journal dalam science education... belum masuk lah journal umum lain dalam education spt Educational Review, Teaching and Cognition, Educational Researcher, Psychological Review, Journal of Psychological Education, Cognitive Science dll...dan ini hanya contoh dalam science education so ko buat ler sendiri dalam bidang ko....

Ok..ok.... aku akan buat bro...

Jadi jgn salah sesapa.... klu tesis dan proposal ko tak ada  kualiti sebab sikit journal dan tak ada isi.....dan tulisan ini hanyalah satu cadangan sahaja utk mengetahui journal yang sesuai... maybe ada byk cara lain lagi... so pandai2lah ko cari sendiri....aku nak beradu..... jam dah pukul 1.... 

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...