.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, July 1, 2013

Tajuk 492: Wa caya, Wacana, Wahana dan Waima: Tajuk TESIS apapun tak kisah bro !

Aku menghirup teh tarik. Melihat buih teh tarik mengingatkan aku akan nasihat Dr disebuah klinik tak lama dulu…. jgn amalkan minuman manis2… kalau teh tarik.. seminggu sekali ok… bukan hari2… emmmm aku mengelamun…

Emmmm..... sodap !

Assalamulaikum .. ini Dr OT ker?

Lamunan aku terhenti ! W’salam….. ye… sambil aku melihat wajah lelaki dihadapan ku

Boleh joint dgn Dr tak? Saya pernah ikut bengkel Dr di KUIS

Aku tersenyum…..apa hal ni… cam panik jer..

Aah nak jumpa SV… last month saya jumpa SV…. dia tolak tajuk saya

Tolak? U buat tajuk apa?

Saya buat tajuk berkaitan ZAKAT…. SV kata tajuk ZAKAT ni dah tak ada isu… mereka minta saya cari tajuk lain yang ada isu…tapi saya masih tak jumpa lagi…

OO..macam tu…. Abis dia tak cadangkan apa2 ker?

Tak adapulak…. Dia kata cari isu baru utk kajian….

Akupun cuba memberi sedikit pandangan…

Macam ni lah… saya bagi pendapat saya yang kerdil ni. Pada dasarnya, buat isu apapun tak kisah utk Master atau PhD.

Yer ker…. cam tak caya jer?

Sebab persoalan POKOK bukannya ISU itu baru atau lama atau macam2 lagilah…..tapi POKOK keperluan menghasilkan kajian pada peringkat PhD / Master adalah SUMBANGAN KEPADA KNOWLEDGE !

Tajuk hanyalah WAHANA utk menjalankan penyelidikan dengan segala WACANA yang berkaitan, WAIMA, tajuk yang dah biasa spt zakat pun tak sepatutnya menjadi masalah.

Tak fahamlah maksud Dr?

Saya bukan ahli agamawan. Namun saya boleh buat telahan wujudnya pelbagai isu dalam zakat. 


  • Zakat adalah persoalan pokok dalam Islam. 
  • Zakat adalah wajib. Zakat adalah isu dalam masyarakat Islam dari dulu kini dan selamanya. 
  • Berapa ramai yang masih tak faham zakat. Berapa ramai yang tak bayar zakat.  
  • Pungutan dan agihan zakat sebagai core business juga masih tak efisyen dan effective. 
  • Zakat tidak di computerized kan. Zakat masih belum mencapai tahap di institutinalised kan. 
  • Kajian zakat masih berpaksi kepada theory, bukan practical.  
  • Zakat masih jumud tidak berkembang selari dengan kecanggihan tamadun. 
  • Zakat tidak dirasai impaknya kepada asnaf dll...
  • Zakat sebagai mangkin pembangunan golongan miskin

Jadi banyak isu Zakat yang memerlukan kajian lebih mendalam, kajian lebih menyeluruh, kajian perbandingan, kajian kes, kajian penilaian, mixed methode, analisis pelbagai instrumen, aplikasi Rasch Model, menguji fitness of model berkaitan zakat dgn SEM / PLS dll…. termasuk bina instrument baru menggunakan Factor Analysis misalnya...

Nampaknya SV sibuk minta pelajar cari isu "baru" sampai terpaksa tolak banyak tajuk kajian pelajar sedang SV sendiri hanya mampu memberi bimbingan yang terbatas kepada kupasan buku, atau menggunakan instrumen dan analisis data ditakuk "lama" ! SV sendiri tak sibuk pun untuk menguasai isu baru dalam teknik dan perisian terkini dalam menganalisis data penyelidikan supaya dapat  membimbing pelajar tetapi sibuk ler pulak meminta pelajar mencari isu baharu dalam kajian.

Oleh kerana calon PhD perlu menguasai aspek kajian untuk menjadi penyelidik yang kompeten… dengan capability menyumbang kepada knowledge… maka apa sahaja kajian yang membawa kpd matlamat ini bukan sangat menjadi satu isu, termasuklah tajuk ZAKAT. 

Calon PhD diperlukan bagi menguasai secara kompeten kemahiran menjalankan penyelidikan dan ZAKAT adalah satu WAHANA yang boleh membantu mencapai tujuan tersebut. Waima, tajuk yang kononnya isu baru (maybe selain zakat pada tanggapan SV) tetapi tidak dijalankan secara rigorous tidak akan mencapai matlamat menghasilkan penyelidik yang kompeten yang mampu menyumbang kepada knowledge.

Saya masih tak dapat tangkap lagilah…

Calon PhD mesti menguasai DUNIA PENYELIDIKAN mengatasi DUNIA ISU semasa.  Jadi utk menguasai dunia penyelidikan, kajian mestilah sesuatu yang  bersifat advanced dan semasa…. mengatasi keutamaan bersandarkan hanya isu yang bersifat semasa sedang kajian yang dijalankan tak sampai kemana.

Zakat misalnya hanyalah WAHANA bukan matlamat !! Matlamat adalah kajian tersebut akan menyumbang aspek baru dalam pengetahuan berkaitan  ZAKAT yang dirumuskan dari dapatan kajian yang advanced dan semasa.

Saya bagi satu analogi simple...

Jika matlamat U nak pergi hospital Az-Zahrah untuk menderma darah....yang menjadi keutamaan adalah sampai ke hospital tersebut.... tak kira naik motosikal atau kereta atau bas.  Motosikal dan kereta adalah WAHANA sahaja... bukan matlamat. Matlamat u untuk dermakan darah. Kalau sebok2 nak menentukan WAHANA kereta jer sesuai, motor tak boleh.... BAHANA nya tak dapatlah nak derma darah.... 

Jadi mencari isu semasa bukan matlamat utama...kalau nak bincang pasal isu baru…. yang bombastik…. baik jadi penceramah bebas…  bukan calon PhD. Berapa ramai penceramah bebas yang boleh kupas isu semasa bukan dari pengetahuan dan dapatan kajian sendiri yang terperinci dan mendalam?

Ingat…. Tidak sukar mencari penceramah yang hebat... Dengan pengetahuan yang ada, bakat berceloteh dan sedikit "aura" akan menjadikan dia penceramah tersohor. … tetapi tidak mudah menjadi penyelidik yang hebat yang dapat menyumbang kepada pengetahuan melalui dapatan kajian sendiri...


Aku ingin melihat penceramah tersohor
bersila mendengar isi hati remaja
di tengah malam 


Menghampiri remaja sama seperti
menghampiri anak-anak kita...

Jadi sebagai kesimpulan….Bukan tajuk yang mesti kononnya bersifat “semasa” yang menjadi isu… yang menjadi isu adalah bagaimana tajuk tersebut akan membuka ruang bagi menjalankan satu “penyelidikan yang bertaraf semasa” yang dapat menyumbang sesuatu dapatan yang signifikan kepada pengetahuan dalam bidang yang dikaji !! Setuju?


Emmmmm…..betul jugak tu….sebab saya pun ada baca kajian2 SV saya tu…. saya pun tak nampak dia buat apa2 isu baru… pi mai pi mai benda yang hampir sama jugak…termasuklah zakat…. sebab tu saya pelik

Jgn pelik…. Tiada yang pelik…..so…. Itu sahaja yang saya nak katakan…. Selamat bertemu SV….

Wallahualam.... adanya....


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...