.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, June 30, 2013

Tajuk 491: Proposal 5 minit vs Proposal 5 Semester - Aku bukan Nujum Pak Belalang !

Citer skit bro...best tak masa ko berkenal2an dgn bakal isteri ko dulu?

Aku jatuh hati dgn awek aku tu masa di kampus…..tapi lain2 IPTA.... hp masa tu tak ada… emel pun tak ada… yang ada hanyalah pondok telefon yang uzur penghubung rasa…..dan surat pengubat rindu ! He he rindu konon..... then sampai 5 semester aku angau baru berani aku proposed dia….tu pun secara indirect gi rumah jumpa mak dia!

He he… penakut jugak ko ni yer…

Mana tak nya… takut aku ni tak capai "standard" dia yang cun dan jadi rebutan ramai jejaka masa tu !

Dipendekkan cerita?

Pendeknya....pada semester 5 tulah akhirnya aku berjaya cair dia bro… he he … cair dengan ayat2 cinta aku.... tapi ayat cinta yang "standard" jer aku guna....bukan jiwang2  cam ko...siap tulis "setiap hela nafasku ada cintamu.... setiap denyut nadi ku adalah degup jantung mu..." 
Apa hal ko ni…. menyingkap nostalgia aku pulak?

Saja…. Tapi bila ko sebut 5 semester tu…. Aku sedih…. terasa macam ko sengaja nak perli aku…

Ah sudah….. jiwang lak mamat ni.....aphal dengan ko ni?

Ko nk tahu tak….dah 5 semester aku buat proposal…dan 120 pages….. masih tak mencapai "standard" SV aku....so dia tak nak terima proposal tersebut selagi tak capai standard dia…

Hah!! Dah sampai 120 pages lom sampai standard? Standard apa tu? Ko ni tulis proposal ker buat novel?

Entah…. SV aku tak cakaplak terus terang… sekadar …. “proposal ni tak boleh terima…masih belum capai standard”… tu jer?

Cengginilah….. ko tanya baik2 SV ko yang standard tu…. Kat mana lagi proposal ko yang tak capai standard tu…? Ko tahu tak…. Masa awal2 semester nilah tugas SV jelaskan pada ko… membimbing ko….. Bukan komen jer then biarkan supervisee bermain dengan teka teki. Dia ingat ko nujum pak belalang ker tahu apa yang dia fikir?

Tulah pasal…..

Diawal2 semester jugalah penyediaan proposal menjadi keutamaan SV utk beri bimbingan....inilah waktunya SV dan ko bekerja dgn erat…. rapat dan transparent sebab inilah blue print kajian ko yang SV ko akan supervise. SV perlu pastikan proposal ini mencapai merit akademik samada PhD mahupun Master dan menjadi workable research. Kalau dia nak biarkan ko buat semua kajian ko sendiripun.....biarlah SELEPAS ko mempunyai proposal yang mantap …. bukan SEBELUM  macam yang ko hadapi skang.... ibarat tergantung tak bertali.... terapung2 diawang2an !!

Aah kan…. Tu lah yang aku pelik….

Kalau dia biarkan ko berteka teki semasa menyiapkan proposal ….. apa expectation ko pada SV jenis macam ni semasa ko buat kajian nanti?

Tapi dia baik bro? Tak marah2 dan tak paksa2….

Baik cam ner tu? Biarlah dia tak baik dimata ko….tanpa kata2 manis….tapi dia supervise ko awal2 lagi sampai mantap proposal ko… tak biarkan ko berteka teki… ini lagi baik bro !!

Emm….betul jugak !

Proposal yang baik adalah proposal yang “ringkas tapi jelas”. Proposal yang tebal2 macam ko ni….sampai 120 pages pun masih tak jelas2. Jadi aku pun terfikir…ko yang tak jelas atau SV ko tak jelas apa yang ko nak buat?

Jgnlah cam tu...... takut aku dgn komen ko ni…

Tulah ko….sikit2 takut……

Proposal adalah naskah yang sepatutnya RINGKAS dengan pernyataan masalah, objektif, methodology dan contribution to the body of knowledge yang JELAS…... Proposal bukan static atau rigid sehingga tak boleh diubah.... ddiupgrade atau dimodified. Proposal pulak tidak boleh terlalu khusus dan mendalam....sebab ianya hanya blue print....kalau nak mendalam biarlah dalam THESIS bukan PROPOSAL!! 


Inilah tahap paling kritikal… yang memerlukan kepakaran SV… khususnya diawal2 semester… bukan dah sampai 5 semester masih tak capai “standard” yang SV sahaja tahu.

Jadi?

Come on bro….… proposal yang baik adalah ringkas tapi jelas,
bukan makin  tebal makin kabur….  Sebab itu ko kena defense proposal tu…. supaya ko sendiri dipastikan jelas apa yang ko nak lakukan menepati  standard  PhD atau Master ..... bukan standard SV ko yang dia sendiri tak dapat nak jelaskan…. Ada pulak macam itu !!

Aku nak bagi ko satu analogi proposal spontan.... dalam 5 minit.... ko nilai proposal aku ni....

Katalah aku nak buat proposal "Menaiki bukit Broga di Semenyih dgn basikal"

Ha ha.... aku suka aku suka.... ko ni memang analogist !!

Aku nak cabar proposal ko.... 


1. Naik basikal - apa yang barunya bro, dah berbilion2 org naik basikal? Cakap?

Ni bukan sebarang basikal... basikal yg akan aku modified berciri motocross....utk naik gunung... bukan basikal tua...atau basikal lumba bro, apatah lagi bagi BMX atau basikal Chooper yang dinaiki awek gedik tu!

2. Kenapa naik Bukit Brogra, dah ribuan2 ramai orang naik...apa yang uniknya?
.
La....org naik jalan kaki lah... bukan naik basikal berciri motocross macam aku nak buat ni....unik lah tu!

3. Kenapa naik Bukit Brogra.... naik ler gunung ker baru standard? 

Ini proposal master ler..... cukuplah standard bukit..nanti buat PhD barulah naik Gunung Kinabalu....  dgn basikal modified dgn ciri glider pulak.... baru terserlah originalitynya !

4. Ada sumbangan pada knowledge proposal naik basikal ke Bukit Broga ko tu? 

Mestilah ada, aku nak gabungkan teori basikal biasa dengan ciri motocross....yang tiada seumpamanya di Malaysia lagi dgn mencuba teknik pendakian terbaharu iaitu teknik "dakisikal" . Inilah sumbangan aku.

Oklah... memang ringkas tapi jelas. Aku terima proposal ko ni....tak yah tunggu 5 semester....dgn proposal 120 pages..... 5 minit pun cukup !! hehe

OT





1 comment:

  1. tq for this post Dr...analogy help a lot to understand the circumstances in research

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...