.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, June 17, 2013

Tajuk 487 - Prof dan Maradona dalam VIVA PhD !

Salam dinihari,

Now pukul 1.45 am. Aku baru balik dari PPR Sentul…. bertemu sekumpulan remaja untuk satu research. Tapi aku tak nak citer pasal remaja, aku nak up skit…citer pasal Professsor.

Itu bukan up skit tu bro.... banyak tu ... tak tercapai aqal ku!!

Aku ngantuk la bro.... apa pagi yang ko nak tulis ni...

Ngantuk? Ko yang ambik PhD asyik ngantuk jer.... iskhhh...
Dah lama aku tak menulis entry blog aku ni..... sebab aku tengah siapkan buku ke3 aku tahun ni.... dah 95%..... akan aku war2kan tak lama lagi.... maybe dalam bengkel aku di UUM 19 June..... !! 

Emm nostalgia jugak tau.. sebab dulu aku pernah mengaji di Jenan Jitra.... dekat ler dengan UUM tu.... 

Buku? Apsallah ko tulis buku.... aku ni tulis thesis relex jer.... tu pasal tak siap2.... hu hu

Tapi bila ko dah lulus nanti....lama2 ko akan jadi Prof bro. Motivasilah skit. 

Prof?  Yezzzz itulah cita2 aku bro... celik skit mata aku ni... apahal pulak ko nak tulis...

Professor ni aku google maknanya dalam Wikipedia adalah “a teacher of high rank”. Tapi aku taklah suruh panggil Prof tu cikgu…. dan juga mereka dikatakan expert....

Aku agaknya terlalu banyak berfikir…. dan dalam berfikir tu aku dapati Prof dan Viva tak dapat dipisahkan. Then aku terfikir lagi…. Apakah agaknya position Prof dalam Viva?

Apa? Position? Aku tak faham?

OKlah....aku nak mulakan dengan KFC….sure ko faham...

Cam nilah…. Kalau KFC ambil position sebagai restoran “the best fried chicken” tentulah susah sebab mak aku goreng ayam pun sodap..... Oleh kerana nak jual macam2 makanan lain, KFC pun ambil position dirinya sebagai restoran “sehingga menjilat jari”. 

ASTRO pun sama… position sebagai stesen TV yang “macam-macam ada”... 

Lagi contoh bro… canggih sikit.

Petronas..... misalnya...tak ambil position sebagai syarikat pengeluar minyak…. sebab nenek akupun boleh buat minyak....tapi minyak kelapa dara lah…sebaliknya Petronas position dirinya sebagai “Energy Provider”…. barulah mantap! Yang ni nenek aku tak boleh buat sebab power dia sendiri makin kurang ditelan usia...wpun dia menjual minyak kelapa dara.....

Jadi position mesti kena pada tempatnya.... 

Apa kena mengena dengan Prof dan Viva plak?

Tulah RAM ko tu kena upgrade skit…. tak mainlah 2 Gb....kasi up lah 8 Gb ker

Cam ni.....Petronas dan tenaga tak boleh dipisahkan.. samalah Prof dan Viva tak boleh dipisahkan juga. Ada VIVA, mesti Prof kena jadi panel penilai. Jadi apa position Prof dalam Viva?

Jika Prof yang sudah 20 tahun membina kepakaran dalam dan luar negara….. dapat grant dah juta2… paper dah published punyalah banyak...lebih banyak dari rambut....... dah lahirkan ramai pelajar master dan PhD….maka Prof ada kalanya "tak perasan" akan position yang perlu diambil semasa menjadi panel VIVA.....

Dalam Viva, jika Prof ini ambil position dirinya sebagai expert (spt criteria di atas) ....maka dia akan cenderung membanding dan menilai tahap research calon PhD / master supaya mencapai tahap kepakarannya, maka jadilah Viva suatu yang phew... ko jawab ler sendiri ! Dan.. selalu juga position ni diambil masa pelajar 1st time defend proposal bro....mahu  kecut semua yang patutnya tegang bro.... fuhh....baru nak service 0-0 dah kena smash !!

Bila Prof tu mula berkata2… “Saya berpendapat mengikut pengalaman dan kepakaran saya (sambil batuk2 skit) bahawa kajian ini tidak cukup itu dan tidak cukup ini…malah tiada yang  cukup melainkan tidak cukup belaka.....” dibimbangi dan dikhuatiri dia positionkan dirinya sebagai the ultimate expert .... MELEBIHI dan MENGATASI dirinya sebagai penal penilai.

Apa bezanya tu bro.. jgn bikin wa confused !

Panel penilai kepada pembentangan VIVA PhD perlu  menilai pembentangan pelajar mengikut standard PhD, bukan mengikut tahap atau standard kepakaran yang secara tidak sedar dia miliki dan bina selama 20 tahun !!

O... cam tu ker?

Itu pendapat aku.....kalau ko tak setuju.... nak buek cam no

OKlah aku bagi analogi supaya menyala mentol lampu kepala ko yang selalu layan bolasepak sampai tengah malam tu…

Analogi 1: Viva pelajar MASTER

Ini peringkat master bro. Bila Maradona menilai pemain MALAYSIA membuat persembahan, dia perlu meletakkan standard ASIA dahulu dan bukan membandingkan pemain Argentina yang bertaraf dunia. Maradona perlu komen dan betulkan apa sahaja kecuaian dan kesalahan pemain yang bermain ala-ala stail kampung supaya mencapai  standard ASIA… at least macam standard Jepun dan Korea Selatan, yang layak masuk World Cup....bukan standard Argentina atau Holland !


Apa pandang-pandang !


Analogi 2: Viva pelajar PhD

Ini pulak peringkat PhD. Bila Messi menilai striker JEPUN yang dah sampai tahap ASIA, dia perlu perbaiki lagi skil penyerang tu supaya mencapai standard striker kelas DUNIA bukan jadi macam dia yang ada kepakaran "dalam kelasnya tersendiri”... Masakan tidak, Messi dah sumbat lebih 100 goal peringkat antarabangsa....dgn purata 2 gol setiap game sedang striker Jepun tu yang dah main lebih 100 kali dengan kelab di Argentina ... baru 2 goal jer dia sumbat !!!

Jadi kedua-dua MARADONA dan MESSI mesti position diri masing-masing sesuai dengan tugas dan tanggungjawab serta standard yang ingin dicapai… bukan standard diri sendiri !

Juga jgn pula sebagai panel VIVA, positionkan diri secara yang sempoi sangat.... apapun boleh lulus.... nanti dipanggil Prof EASY pulak..... atau semua kajian orang lain tak kena belaka... wpun bukan bidang dia.....itupun dia nak komen jugak.....dia saja yang tahu semua benda..... nanti dipanggil Prof WIKIPEDIA.....tapi position lah diri dengan sewajarnya... kerana pelajar yang VIVA tu tetap sama dengan Prof tu masa dia VIVA PhD dia dulu.....bukan siap jer tesis PhD terus jadi expert macam Prof tu....takkan Prof tu dah lupa..... 

OO....... baru cerah otak aku ni..... faham2.... 

Aku sekadar berkongsi pendapat dan rasa... dan untuk bahan berfikir dan renungan bersama.....

Oklah bro masa utk melelapkan mata….


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...