.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, June 25, 2013

Tajuk 489: Thesis PhD, bibik, ibuku, ayahku, Kinabalu dan kerikir dikakiku….

Jam menunjukkan pukul 11.45 am. Aku termangu di kaunter 32, kedutaan Indonesia, Ampang. Di luar kabur… jerebu! 

Aku menunggu giliran dipanggil utk menguruskan pembantu rumah bercuti raya. Sebagai majikan, aku tahu kerinduan “bibik” terhadap anak dan keluarganya di Jakarta... sebagaimana sewaktu aku belajar di Adelaide dahulu juga. 

Aku sediakan pembantu rumah untuk ibuku dikampung…. sementelahan dia sudah uzur .... namun kasihnya pada anak2 tak pernah luntur....


Titis suci kasih ibu

Sedang ayah masih tidak mahu pencen2…mengerah kudrat menoreh getah. Mungkin darah dalam dirinya akan terus mengalir, bagaimana mengalirnya susu getah. Mungkin dia tak betah berehat…. kerana sepanjang hidupnya dia memang tak pernah berehat. Mencari nafkah keluarga adalah keutamaan yang mengatasi segala lelahnya. Bekerja itulah cara ayahku berehat ! SubhanAllah....


Keringat ayah.....

Suasana masih sesak di kedutaan…. pelbagai wajah aku lihat… lelaki dan perempuan… juga anak-anak kecil yang tak mengerti kesusahan ibu bapa berada di negara orang mencari nafkah. Tak tahan dengan angka nombor giliran yang seperti tidak bergerak2 aku menyusur dan menyusup keluar… mencari segelas “teh peng” penghilang dahaga dan resah.

Resah ? 

Resah kerana masa begitu cemburu. Aku tahu ini jugalah keresahan calon Master / PhD yang bukan resah di kejar SV tapi resah dikejar masa. Masa yang berdetik tanpa henti walaupun sesaat untuk menyiapkan tesis. Persis keresahan pendaki Gunung Kinabalu mengejar masa untuk sampai ke puncak sebelum mentari terbenam. 

Wo wo…. Lain macam jer entry ko kali ni bro… macam cerpen lak. He he…. 


Aku nak menganalogi perjalanan calon PhD / Master menulis tesis.… persis perjalanan pendaki gunung….. sebagaimana aku mendaki gunung Kinabalu… suatu ketika dulu…sebagaimana calon PhD/Master, pendaki juga menghadapi beberapa cabaran …


Pertama:
Cabaran pengetahuan. Mengetahui the dos dan the donts sebelum mendaki. Jangan sampai naik gunung pakai kasut sneaker dengan jean ketat….dah ler…. Lebih lelucun kalau berbaju kebaya ketat nyonya Melaka….begitu calon master / PhD, mengetahui syarat2 menjadi calon… pengambilan kursus serta memenuhi segala pra-syarat yang berkaitan.

Kedua:
Pendaki mesti mengetahui tahap fitness – samada fit untuk mendaki atau tidak. Jika lelah atau ada masalah sakit sendi…. mendaki bukan bidang yang patut diceburi. Calon master / PhD juga kena mengetahui tahap fitness, bukan sangat fitness fizikal tapi fitness spiritual dan cognitive. Kalau jadi calon master / PhD sekadar isi masa lapang…. atau kerana jeles dgn kawan2…. lebih baik blaja buat kek cawan.... 

Ketiga:
Keazaman yang tinggi dan tidak takut hadapi risiko serta sanggup melalui jalan berliku. Kalau nak tulis satu ayat dalam thesis pun takut2 sampai tak tulis2…. nak tunggu semuanya perfect…. maka itu dah tertulis yang calon tersebut tak layak buat thesis…..sedang yang masuk cat walk jalan atas stage lurus dan ratapun terpaksa harungi cabaran berliku.. nikan pulak menulis tesis yang diibarat naik gunung yang berliku-liku…

Keempat:
Menguasai kemahiran mendaki. Jgn sampai memijak ranting, batu licin, malah kerikir …. Ambil langkah satu demi satu… atau one at a time (dgn izin). Spt menulis thesis…. perlu ada kemahiran khusus dan jgn anggap kemahiran ini wpun kecil sebagai remeh.

Lagi bro?

Cukup ler…. Aku nak tambah lagi yang keempat tu. Jgn sampai mendongak ke puncak…. sampai lupa kerikir di kaki. 

Maksud ko?

Mendaki gunung spt gunung Kinabalu, tidak sesukar mana kerana ribuan pendaki menaklukinya saban tahun. Ko ada stamina, pakaian ko sesuai dan ada sedikit keazaman…. Ko akan sampai ke puncak… aku gerenti. 

Tapi terdapat ramai juga yang hanya sekerat jalan kerana tergelincir, tercedera atau terseliuh. 

Kenapa? 

Kerana keghairahan mendaki dan mendongak ke puncak Kinabalu yang indah sampai terlupa kaki memijak kerikir halus dibumi. Kerikir inilah yang menggelincirkan ramai pendaki. Kerikir inilah yang melelahkan. Kerikir ini juga lah yang menyakitkan.. malah kerikir inilah juga yang melukakan...

Tak fahamlah bro… analogi ko ni terlalu abstrak….

Perjalanan menulis tesis, bukan sekadar mengikut arus sebagaimana pendaki mengikuti lorong-lorong pendaki sebelumnya….. sekadar bertemu SV dan menghabiskan coursework, juga bukan sekadar mencari tajuk kajian. 

Perjalanan menulis tesis memerlukan pengetahuan khusus yang seringkali tidak didedahkan … ibarat kerikir dibawah kaki yang tidak pernah mendapat tumpuan. Kerikir2 ini termasuklah mengoptimumkan kemahiran MS Word atau LaTex, mengoptimumkan kemahiran mencari artikel secara extensive dan intensive, mengurus artikel secara efective, membaca secara focus dan selective, membuat review secara comprehensive dan menguasai analisis secara inclusive. 

Jgn hanya GAH dengan title PhD candidate… menuju puncak untuk bergelar Dr… sedang kerikir-kerikir ini tidak dikuasai pun. Kerikir inilah yang menyebabkan puncak yang diidam gagal digapai… kerana kehabisan tenaga dan cedera akibat tergelincir....kerana kerikir....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...