.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, January 13, 2013

Tajuk 437: VIVA VOCE – Memantap atau menghukum !!

Viva Voce, VV secara simple adalah sesi soal jawab lisan mempertahankan tesis sebelum layak dianugerahkan sesuatu ijazah. VV bertujuan antara lain utk menguji kefahaman pelajar terhadap kajian mereka sendiri dan memastikan sumbangan kajian  dalam bidang masing-masing. 

Saya ingin mencoret sesuatu yang mungkin menjadikan VV seperti satu proses yang menggusarkan pelajar... persis  berada di kandang orang salah .. menunggu verdict "Your are found guilty !!"

Sebelum itu, teliti 2 perkara berikut secara rasional....spt yang dilalui oleh kebanyakkan pelajar yang normal (iaitu tidak termasuk yang plagiat, yang upah org lain tulis tesis atau yang beli tesis online dan yang sewaktu dgnnya...)

1. Tesis yang dihasilkan oleh pelajar tidak wujud overnite! Selalunya thesis dihasilkan dgn segala penat jerit pelajar utk satu tempuh yang panjang ( 3,4 dan 5 tahun... ) selepas melalui  pelbagai peringkat kematangan dari proposal, dari presentation demi presentation ke publication hingga penghasilan tesis.

2. Tesis yang dihasilkan oleh pelajar sebagai penyelidik yang novice sudah barang pasti mempunyai limitasi dan pelbagai kelemahan.

Kenapa saya bangkitkan hal ini? 

Saya sekadar memikirkan bahawa 2 perkara di atas jika diteliti akan menjadikan VV satu proses yang lebih cenderung kepada “memantapkan” kelemahan tesis pelajar tersebut supaya pelajar lulus (wpun bersyarat) melebihi proses “menghukum” pelajar akibat kelemahan tesis tersebut. 

Jadi panel VV yang professional adalah panel yang bersikap terbuka dan tidak terlalu rigid dgn stand, school thought dan kepakaran masing-masing sehingga VV secara sedar ataupun tidak boleh menjadi medan menunjukkan kepakaran kepada pelajar.

Wpun ini bukan sesuatu yang lazim berlaku tetapi ada kes terdapat panel yang juga ingin menunjukkan kepakaran sesama ahli penal sehingga apa sahaja yang ditulis pelajar tidak betul dan tidak menepati standard panel-panel tersebut....lalu pelajar terkedu, terkeliru dan tertunduk pilu....sambil hati berkata2 "abislah aku....". 

Kadang2 otak ini terfikir juga.... bagaimanakah ahli panel membina kepakaran mereka? Tentulah bertahap, bermula dari menghadiri VV juga. Adakah dalam VV tersebut semua ahli panel yang tersohor kepakarannya sekarang lulus cemerlang dalam VV masing2 tanpa sebarang kecacatan? Adakah mereka lulus dgn minor correction atau lulus tanpa sebarang correction sehingga selepas puluhan tahun membina kepakaran lalu melihat tesis pelajar dalam VV (yang disiapkan dalam tempuh 3, 4 tahun selepas berhempas pulas) mesti mencapai tahap yang menyamai kepakaran mereka sekarang. Panel-panel tersebut tentu dah published banyak paper tapi yang pasti sebahagiannya adalah hasil tesis pelajar mereka - tak begitu ? 

Jika anda tak terfikir begini.... tak apalah....  mudah2an anda berjaya dalam VV yang bakal anda lalui dan berhadapan dgn panel yang profesional...amen....


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...