.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, November 25, 2012

Tajuk 412: Atlas.ti – Tiga langkah asas bina codes dan themes..

Bro....apa sebenarnya yang kita nak cari dari analisis data kualitatif ni? 

Kita nak jawab persoalan kajianlah. Jadi ko kenalah interview responden supaya respon mereka dapat menjawab persoalan kajian ko. Then ko transkrip jawapan yang macam2 dan panjang tu...


Taman Botani Putrajaya 1:
Menganalisis data kualitatif ibarat satu perjalanan yang panjang

Contohnya?

Katakan ko nak buat kajian, utk tahu kenapa berlakunya “penagihan berulang”, sedang lulusan pusat serenti ini telah mendapat segala bentuk rawatan zahir dan batin dari menagih semula. Tak kurang yang menyatakan seribu penyesalan sehingga jiwa mereka kosong setelah terlibat dengan fenomena “pandai hisap dadah” atau PHD, ringkasan yang penagih sendiri berikan, tapi menagih semula dalam tempoh 3 bulan setelah keluar. 

Jadi ko pun merancang utk menemubual tiga mantan penghuni pusat serenti yang menjadi penagih semula. Tiga sample ini adalah sampel purposive yang menjadi informan yang “kaya” dgn maklumat yang anda perlukan kerana mereka adalah penagih berulang yang paling lama berada di pusat serenti, paling bersih ketika dipusat serenti tetapi paling cepat menagih semula.

Persoalan kajian: 
Bagaimanakah berlakunya penagihan semula dalam kalangan lepasan pusat serenti?

Bagaimana nak jawab persoalan di atas? 

Jadual 1 berikut adalah soalan interview dan temubual dgn tiga responden A, B dan C... Oleh kerana setiap transkrip pada asalnya panjang menjela2….malah berbeza2 ikut responden maka perlu dijalankan proses coding.yang telah aku ringkaskan. Perhatikan kod-kod yang diberikan bagi mewakili pernyataan dalam interview..


Jadual 1

Kita biasa dengar open, axial dan selective coding….aku sebenarnya naik pening jugak nak faham 3 istilah ni. Mujurlah dgn ATLAS.TI aku tak perlulah kesah dgn istilah.... aku cuma nak buat application dan analysis data aku. Setelah membaca banyak jugak tentang coding ni....aku akan cuba jelaskan   tiga langkah berikut yang boleh disesuaikan dengan ATLAS.TI

Langkah pertama: Tema asas
Mula2 ko buat transkrip ler data interview ko......dan sudah pasti selalunya jawapan responden A, B dan C panjang menjela2…. maka perlu diberikan satu kod yang mewakili pernyataan2 yang mewakili satu tema yang asas dalam pernyataan responden. Kod2 ini membawa makna yang terhad spt Jadual 1 di atas.

Langkah kedua: Tema kelompok / tersusun
Kemudian semua kod-kod responden A, B dan C yang berada dalam satu kelompok tema asas yang sama kerana maksudnya hampir2 sama samada yang tersurat dan tersirat, dikelompokkan dan disusun bagi membawa tema yang lebih luas.

Contohnya semua kod yang berkaitan dgn tema kawan dikelompokkan dibawah satu tema yang lebih besar iaitu...."Pengaruh Kawan".

Langkah ketiga: Tema menyeluruh 
Tema2 yang telah disusun dan dikelompok kemudiannya digabungkan bagi mendapatkan satu tema yang lebih menyeluruh bagi memudahkan interpretation.

Aku ringkaskan dalam Rajah 1 berikut bagi menunjukkan hubungan antara Tema asas, Tema tersusun dan Tema menyeluruh seperti Peta Minda atau Network. Tanpa peta minda ini, sukar utk memberikan tafsiran yang bermakna kepada keseluruhan transkrip interview yang menjela2 panjangnya....


Rajah 1 - Kaitan tema asas, tersusun dan menyeluruh

Setelah dilakukan tiga langkah di atas terhadap kod-kod dalam jadual tersebut, kita akan dapat membina peta minda atau network yang menghubungkan semua tema2 spt Rajah 2 berikut. 


Taman Botani Putrajaya 2:
Membina tema spt menyusun batu menuju satu destinasi ...


Rajah 2



Camner ko boleh buat peta minda spt Rajah 2 tu?

Dalam ATLAS.TI, Rajah 2  ini dinamakan NETWORK...yang boleh dibina secara mudah.... sebab Atlas.ti adalah CAQDA.

Amende lah CAQDA tu... ?

Tu adalah ringkasan Computer-Aided Qualitative Data Analysis


Oleh itu, tugas pertama ko adalah menyediakan codes bagi mewakili tema asas.... yang akhirnya kombinasikan kod-kod merentasi responden akan menghasilkan tema yang lebih jelas dalam kelompok tertentu yang membawa kepada tema yang lebih bermakna dan terbuka...Atlas.ti akan bantu ko lakukan semua ni. Akhirnya gabungan tema2 asas akan menerbitkan satu tema yang menyeluruh.... dan tema inilah yang akan ditafsirkan bagi menjawap persoalan kajian. 

Abis camner nak jawap persoalan kajian di atas?
Bagaimanakah berlakunya penagihan semula dalam kalangan lepasan pusat serenti?

Lebih kurang cam ni.... 

"Analisis transkrip responden A, B dan C menunjukkan faktor utama yang membawa kepada penagihan berulang adalah "Pengaruh orang terdekat" iaitu kawan dan keluarga. Faktor kawan telah membawa kesan lansung dengan membekalkan dadah. Faktor penolakan oleh adik beradik dan saudara pula mempercepatkan lagi bekas penagih  yang telah pulih menghampiri kawan-kawan yang masih menjadi penagih dadah. Keperluan mencari pekerjaan juga telah membuka ruang bekas penagih mendekati kawan-kawan yang dapat menerima mereka.....(ko sambunglah sendiri k....)"

Wo wo macam tu ler pulak.

Jgn bimbang.... ATLAS.TI boleh membantu anda menyediakan network tersebut...dan memberi ko peluang membuat tafsiran yang menyeluruh....





Dua contoh sebenar network menggunakan ATLAS.TI

Fuhhh.... baru cerah bijik mata aku dan menyala mentol dalam kepala otak aku ni bro.... jadi aku tak perlulah  faham amende open, axial dan selective coding tu.... sebab dalam tesis yang penting adalah analisis dan tafsiran.... dan proses yang jelas semasa membina coding dan tema....

Aah... samalah macam analisis kuantitatif, ko tak perlu tahu  camner SPSS / AMOS tu kira loading factor, RMSEA value dll....asal ko faham dan tahu nak run dan baca network yang terhasil dan tahu nak buat tafsiran....dah memadai....am I right?


Taman Botani Putrajaya 3:
Self-portrait.... menganalis perjalanan sendiri....

Eloklah tu... sebab ramai dah yang nak mula membuat qualitative research.... sebagaimana Mendeley membantu ko manage references ko.... Atlas.ti akan bantu ko membina network dalam analisis data kualitatif ko...

OT



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...