.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, November 24, 2012

Tajuk 411: First time jumpa SV – bhn "hardcore" ko perlu tahu


Bro ko pernah tak terasa cinta ala2 “love at first sight”?

Mestilah….zaman2 sekolah dululah....kalau lalu jer awek…. sopan gitu, sikit manja, suara ala2 tak berapa nak kuar sebab malu… tapi tak gedik tau….sure jantung aku nak gugur bro…

Yang cantik pulak?

Cantik tu relative bro… semua pasangan yang sedang bercinta akan kata berasa pasangannyalah yang tercantik dan terindah dalam hidup...“kau lah bidadariku”… dan “setiap nafas ku hela… ada cintamu"….maknanya setiap orang ada pasangan masing2….dan mereka kan katakan.... 

Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta
Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir.....


Lagipun cantik tu... hanyalah salah satu variable sahaja malah selalunya cantik dan ensem tu kadang2 hanya sekadar mediator …. bukan IV yang menentukan DV uk cinta ko berkembang mekar dan berbunga2... !!

Apsal ko tanya pasal cinta pulak?

Bukan apa…sama jugaklah dengan SV…. jika ko nak jumpa SV ko…. biarlah dia “menyukai” ko pada pertemuan pertama. Aku dah tulis tajuk 245 dan 246, apa yang ko perlu tahu tentang SV ko supaya ko kamcing dgn dia. Kali ni…. tambahan ler skit lagi..

Sebelum ko jumpa SV dan sebelum membuka mulut ko dalam pertemuan pertama, mengeluarkan sebarang jawapan atau pertanyaan dalam pertemuan pertama tu… ko mesti tunjukkan kemampuan ko mengupas Research Topic kajian yang ko cadang nak buat....

Kenapa? Kalau aku bagi tau tajuk kajian aku tak boleh ker?

Iskhh... balik2 tajuk kajian....kalau ko tak kuasai dahulu research topic ko...... apa fokus kajian ko.... gap yang ada....camner ko tiba2 dah ada tajuk kajian tu.... ko dapat dalam mimpi ker?

Abis apa yang aku kena tahu?

Jadi sebelum jumpa kali pertama... bukan kali ke 100 atau selepas 2 semester....ko kena baca dahulu at-least 30 relevant articles 3 tahun kebelakangan iaitu tahun 2010-2012 supaya ko tahu perkembangan terkini dan latar belakang dalam topic of interest ko….

Kenapa 30? 

Saja sbg rule of thumb....jika ko baca sbg permulaan 30 artikel dah kira baik …. Tapi kalau ko nak ko baca 300 pun tak sapa nak larang......sebab masalahnya bukan 30.... 3 artikelpun ko tak baca....walapun ko dah 3 bulan jadi calon PhD....lagipun ko bukan budak 3 tahun yang semua nak kena suruh...dan masuk 30 bro...anak ko pun dah 3 !!

30 tu macam sampling ler… atleast n=30 jika nak buat experimental research... itu sahaja

Dalam diskusi dgn SV…. Ko mestilah sebut benda2 ni….

1. Sebut beberapa focus kajian yang telah menarik minat ko yang boleh mengisi gap sambil “contribute to the body of knowledge” dari pembacaan ko tu....

2. Sebut dari journal2 mana ko baca article sehingga ko dapat focus kajian tu… sebabnya ini bukti ko membaca sumber yang sahih dan established

3. Sebut beberapa nama author yang established juga dalam bidang kajian ko... apa yang mereka buat, cadangan mereka dan isu2 yang dibahaskan.....

Sapa dia author yang established tu bro?

Ko dah baca 30 articles yang latest dari journal yang established…. dan sepanjang ko membaca tu mesti ko jumpa nama2 author yang established.. atau dgn perkataan lain… author (atau professor) yang important, significant, prominent, leading, main,  famous, well-known, top, out standing dalam penulisan dan focus study ko. Bukan sahaja ko sebut nama2 tu tapi tahu sumbangan mereka…. dari segi theory, method, idea, debate dll…

Bagilah contoh bro?

Lembab ler ko ni.... selembab udara disekeliling ko....kalau dalam fokus kajian e-learning contohnya…..nama2 seperti Ruth C. Clark, Richard E. Mayer,  R. Moreno, M. Allen, J. RosenbergLloyd Rieber, Robert Kozma, Joel Russell, Michelene Chi, de Jong, Robert Atkinson dll… yang semua sedang aktif menulis sehingga kini dan kalau dalam negara pulak pakar e-learning spt Zoraini Wati Abas, Amin Embi….semuanya perlu ko sebut dan membaca tulisan dan sumbangan mereka. 

Mereka semua ini adalah "leader" yang membuat kajian, mengkaji teori, menghasilkan teori serta menjadi pakar2 yang review artikel2 serta menghasilkan buku serta artikel secara aktif berkaitan multimedia dan e-learning. Jgn hanya merujuk kepada author yang baru nak tulis artikel dari tesis master atau PhD... apatah lagi artikel sebuah projek dari seorang pelajar master ! 

Kenapa nak kena tahu pulak tu bro?

Sebabnya, bila ada artikel yang melibatkan nama2 di atas, terutama yang terkini, maknanya itu adalah kajian dan kupasan terkini dari experts aka sifu dalam bidang tersebut. Ini juga menjadi bukti ko telah membaca bahan yang “hardcore” dalam e-learning sebab author tersebut adalah researcher yang “hardcore “ dan bersifat contemporary dalam perkembangan terkini e-learning... bukan ko buka jer internet dan baca sebarang artikel yang ko jumpa....(memang nak kena lah kalau macam tu !!)

Abis..... kalau aku tak tahu?

Kalau tak tahu ko ler yang ABIS sebab ko tak kuasai ABIS  apa yang ko sendiri nak kaji….  dan ko tak akan dapat impress SV yang ko tahu apa yang nak buat dalam kajian ko…. macam ko ni ABISkan beras jer…setelah ko abiskan 3 semester..... so ABIS lah ko !!

Janganlah marah bro... 

Aku tak abis lagi ni.... berapa ramai siswazah yang dah 2 semester pun tak leh sebut benda2 kat atas tu… tak tahulah amende yang mereka baca….. jadi ko jgn jadi macam tu kalau ko nak impress SV ko... dan dalam masa yang sama menguasai apa yang ko nak buat.....dan bila jumpa SV... barulah ibarat "love at first sight" lah !!

OK..OK…wa promise....promise !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...