.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, November 13, 2012

Tajuk 405: Speed Reading On Target (SROT) - rahsia terpendam Mendeley


Woo ko JB ke bro? Ko buat apa?

Sambil menyelam minum air…. sambil mengisi undangan bengkel, aku jalan2 ler…gi Legoland

SROT - Speed reading on target… satu yang baru ker ni? Rahsia terpendam?

Bagi aku tak der rahsia… aku nak bongkar semuanya…maybe terpendam dalam konteks penulisan thesislah… sebab ramai yang tak tahu

Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan

Sebelum tu aku nak bagi tahu ko sejarah. Maybe Mendeley masih baru tapi Doc Map yang ko guna dengan Mendeley telah berusia 31 tahun sejak Bill Gates mula hasilkan MS Word pada 1981…. Lebih tua dari ko bro. Ini kerana MS Word adalah  word processing, memproses perkataan utk penulisan. MS Word disediakan utk penulisan paling kompleks dgn citation, bibliography, index, caption dll dalam konteks sebuah thesis.

Woo cam tu plak….

Doc map adalah keperluan bagi merealisasikan konsep 1file1thesis, konsep yang aku namakan begitu supaya ko faham dan jgn tulis thesis ikut bab lagi. Jika ada mana2 postgraduate yang buat 3,4,5 chapters berasing file, tu adalah langkah silap mengikut MS Word, sebagai word processor yang canggih dan mampu berfungsi dalam penulisan yang kompleks hanya dengan satu file.

Membuat beberapa file berasingan utk setiap chapter sama seperti menulis kebelakang yang sukar wpun ko bukan mengidap dyslexia…izinkan aku memahamkan ko situasi ini supaya semuanya jelas tanpa bias bro...

Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau  yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Sepuluh perkara yang aku bengkelkan dalam penghasilan z-draft selama ini  dengan doc map atau nav pane seperti styles, page break, proofing, split view, caption, TOC, LOF dan LOF adalah feature MS Word yang dah lama wujud... sekurang2 selama ko beli komputer ko yang ada MS Office tu ! Berapa ramai pelajar paksa diri bangun dalam keheningan tengahmalam kerana siapkan penulisan thesis, berat mata memandang berat lagi mata yang tak cukup tidur ....jadi aku  tak mahu pendamkan perkara ini sebagai  “Biarlah rahsia”…

Keheningan malam membangunkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi
Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam
Ku putuskan biarlah rahsia

Fuhh syahdunyer….

Kini dgn bantuan Mendeley, utk “cite while you read”  menjadikan penulisan thesis dan bibliography sesuatu yang fully otomatik  bukan macam mesin basuh ada yang separa otomatik! Malah bukan itu sahaja, Mendeley juga boleh digunakan sebagai speed reading article2 ko tanpa perlu ko ragui kerana GUI nya yang bagi aku sangat sempoi...

Apa pulak yang ko maksudkan dengan speed reading tu? Idea baru ke?

Semuanya bukan idea baru.. sama spt doc map. Cuma aku dapati Mendeley boleh menjadikan speed reading semakin mudah. Speed reading adalah kemampuan membaca sebanyak mungkin dalam masa yang singkat…Aku tengok Mendeley terus terbit idea speed reading ni..... dan ianya boleh dilakukan secara  dua dimensi – within dan between article !

Fuh amende pulak between dan within tu bro? Manalah ko dapat semua ni bro?

Ko ingat aku dapat sambil melopong tengok TV jer ker.... explore lah bro.... macam rancangan discovery tu...katakan ko ada 300 articles, cam ner ko nak baca…. ? Kalau nak baca satu-satu… mahu gugur rambut ko yang tak berapa nak ada tu .. ... silap hari bulan rambut ko abis dulu sebelum ko abis baca artikel tu....haru bro...

Jgn ler cam tu....sensitive oo....!

Katakan ko nak baca semua yang berkaitan animation yang ada membincangkan cognitive load theory. Between tu jika ko taip key word “ animation” dalam Query "Q" Mendeley utk “All Document” maka kuarlah semua senarai artikel yang ada key word tersebut. 

Ingat, ko boleh sahaja terus taip "Cognitive Load" maybe keluar artikel yang bincangkan "Cognitive Load" tapi dikhuatiri bukan dari article yang berkaitan animation. Jadi cari article animation dulu... then baru cognitive load. Inilah teknik yang betul bagi memastikan kerelevenan article ko.

Katakan ko ada 300 artikel, then keluarlah senarai 50 articles yang ada key word “animation”, so ko baca 50 artikel tu jerlah. 

Giler ker ko nak baca dan cari satu2 dalam 50 artikel tu tentang cognitive load..

Tau tak per....

Sebab itulah ko kena buat speed reading on target within article lak. 

Kalau yang kuar tu 5 artikel tak perlah... kalau 50...? 

Within tu jika ko buka satu artikel sahaja dalam Mendeley (dari senarai 50 tu), then ko taip perkataan “cognitive load ” dalam Query "Q" maka Mendeley akan highlight semua perkataan tersebut dalam satu article yang ko bukak tu sahaja.. Ko tekan “Next” atau “Previous” utk terus membaca yang berkaitan key word tu ....ini bukan speed lagi.. ini dah berdesup2 bro…kira macam Formula One !! Lihat contoh berikut:



Artikel 1:
Katakan ini artikel pertama yang ko buka. Ko dapati ada 3 perkataan cognitive load dalam artikel animation tersebut, dan terus baca yang ada key word tu sahaja. Tekan "Next" utk ke perkataan seterusnya.


Artikel 2:
Lakukan cara yang sama. Kat sini ko dapati ada 8 perkataan cognitive load yang wujud dalam artikel animation ko. Jadi ko terus baca lapan ayat tu sahaja utk mengetahui perbincangan dan jika ko dapati releven maka  ko bolehlah baca seluruh article. 


Ini memudahkan ko nak explore apa2 keyword dan terus membaca tanpa perlu lagi membaca ayat demi ayat. Ini adalah speed reading era baru, iaitu era Mendeley...bukan Era Fazira atau radio Era yang macam merapu pagi2 tu. 

Aku dapat idea membuat cross reference between dan within articles ini supaya dapat membaca sesuatu TARGET dgn pantas tanpa mengorbankan kerelevenan article. Aku  namakan sebagai SPEED READING ON TARGET (SROT)

SROT ini penting apabila ko mula nak menyelongkar dan memahami apa2 key word dalam ratusan artikel yang ko kumpulkan. Jadi tak derlah anak bijik mata ko yang hitam tu boleh jadi kelabu atau biru....bila nak cuba membaca dgn cepat beratus2 artikel dgn mencari keyword2 yang penting spt speed reading old style.... 

Fuhh.... tak sangko den....SROT dgn Mendeley ni benar2 melele...selepas KOT dan RFOT......

OT


2 comments:

  1. Oh... dah faham nak baca macam mana... Terima kasih byk2...

    ReplyDelete
  2. i like everyrhing with OT ending... RFOT SROT

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...