.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, November 13, 2012

Legoland: Cerita, photo dan tips

Kesempatan cuti sekolah dan IPTA, dan selepas kendalikan bengkel di UTM, saya dan anak2 konvoi dua MPV ke Legoland. Inilah sedikit catatan bagi yang bercadang utk ke Legoland. 

Nasihat saya, jika anak anda bawah 2 tahun, katakan 2 dan 1 tahun, eloklah tangguh dulu, sebab tak berbaloi sebab byk mainan mempunyai syarat umur dan tinggi. Paling sesuai jika mereka berumur 6 tahun ke atas... semua boleh main !! Kalau rollercoaster tu, yang lebih 100cm tinggi jer boleh naik atau ada yang hanya 6 tahun ke atas. Tak tahulah kalau ayah dan mak yang beriya2 nak main.... anak2 tengok jer dari bawah !

Pandangan personal saya, theme park cam ni maybe sesuai kat bukit2 yang sejuk.... atau indoor. Maklumlah Malaysia hot and humid dgn hujan yang lebat... lom kira petir sambung menyambung.  Bayangkan datang dari jauh.... then hujan turun lebat... tak gigit jari ! 

Jika nak buat jugak theme park macam ni, jgn ler ikut 100% open air cam obersi yang sejuk...dan kurang hujan... so banyakkan kawasan berteduh, jgn harap pokok yang baru nak membesar. Sesuaikan dgn iklim di Malaysia. 

Contohnya sempoi....jika ada mak ayah yang bawa anak 3, 4 tahun tapi dokong baby, bagilah keutamaan. Takkan sampai hati kita lihat mak dokong baby que dalam kepanasan kerana anak2 yang lain nak naik itu dan ini !! Macam nak naik kapalterbang lah... family dgn anak kecik diberi keutamaan. Malaysia kita cara kita. 

Lagipun, jika cuaca panas atau hujan, kesian anak2 kecik tu.....satu lagi.... silap hari bulan kena que sampai satu jam hanya sekadar nak naik keretapi beberapa minit. Belumpun sampai giliran, anak dah lena kepenatan... naik train terus lelap, tak ke haru !! Nanti balik rumah dia tanya, "Ayah kenapa tak naik train tadi?" Sapa nak jawab? Dan jgn lupa juga stroller... dan payung.

Foto2 berikut adalah sebahagian sahaja photo saya dgn anak2 esp Nine.... banyak lagi tempat yang saya photonya saya tak upload.... utk anda explore sendiri....... 


Sebelum ke Legoland elok makan dan minum cukup2.... kalau nak beli kat dalam tu.... 4 kali ganda mahalnyer...lainlah kalau anda dari Singapore....contohnya jika terlupa bawa payung... nak beli kat kedai Lego payung yang saya beli RM19.90....kat Legoland harga RM70. Tapi pesanan ni hanya utk yang hidup sederhana dan ramai anak macam saya, kalau memang loaded tak per lah ! Jadi bawalah sedikit makanan dan air sebelum masuk tu.

Sampai di Legoland.... tempat parking open air dan macam tak siap jer. Then pergi ke Madini Hall.... kelihatan dinding2 semua kosong... macam tak mengalu2kan kitorang datang jer. Inikah LEGOLAND?

Legoland ni  di Medini Hall. Kenapa Medini sayapun tak tahu. Setakat ni tak adapun suasana keriangan ............

O..ni dia Medini.... sebarisan kedai2....sebelum sampai pintu masuk Legoland. Emmm... biasa jer...

Apsallak ada jual perabut ni? Ada orang pergi Legoland beli perabut? Musykillah ler pulak.

Anak2 saya yang besar2 diketahui Kak Long.... menuju ke pintu masuk Legoland...dari jauh nampak entrance Legoland.... baru nak datang mood... nampak tak payung dah standby dgn stroller wpun Nine tu dah boleh berlari dan memanjat !

OO..... ni dia Legoland.... budak duaorang ni tahu lego benda mainan jer. So ingat masuk tu boleh main2 semua permainan....
Saya bernasib baik.... hujan baru berhenti dan terasa sejuk ler sikit. Entrance Legoland ni nampak promising ! Fuhh... ramai jugak yang datang...

Ha..ha.... main air macam kat Putrajaya ....apapun ramai kanak2 bergumbira.... mak ayahpun bergumbira ler juga...so kenalah bawa baju spare... !!
   
Hah... baru nampak ceria budak2 ni.... cuaca pulak masih mendong..... tak panas. Replika bangunan sungguh cantik menarik minat budak2 ni....

Terus terang....saya tabik spring kerja2 penghasilan replika ini, sungguh teliti... terkesima saya dibuatnyer... baru terasa berbaloi datang ke Legoland.

Replika dibuat secara details

Anak-anak berlari kesana sini melihat replika. Menarik sebab ada gerakkan dan aksi tembak menembak kapal2 ni...kebommm !!

Panorama... bayangkan jika panas terik.... phew......

Saya terpesona dgn replika2 ni.....sejuk mata saya memandang...


Wow....bangunan stesen keretapi KL

Ni agaknya sebahagian bandar di JB...

Menarik...tertarik... dan tabikk...

Dgn sentuhan DSLR.... Menara Kembar ni cam real jer !!

Suka ler budak2 tengok replika ni

Feri.... 

Eyes of Malaysia

Banyak lagi replika negara2 ASIA spt Tembok Besar Negeri China, Angkor Wat dll yang photonya saya tak upload. Jadi datang dan saksikan sendiri. 
  
Kanak2 sekolah rendah boleh naik kereta dgn arahan lalulintas...




Anak ku yang lasak !!
Cun tak awek Lego ni? Kalau jumpa tengah malam ni... let go jerlah... !!

Yang penting ada surau kat belakang tu.... tapi kecik saja saiznyer...

Skala sebenar KLCC dan KL Tower. 
Kalau nak tolong anak buat keta kecik dgn legopun 1 jam... berapa jam agaknya buat Twin Tower ni... wa betul2 tabik lah...

Naik train Lego...

Melihat sekitar legoland dgn keretapi
Saya dulu tengok lego dalam iklan TV jer... tak mampu nak beli. Anak2 la ni... naik keretapi Lego lagi... fuhh !

Yang ni bayipun boleh naik....

Ronda-ronda...

Mak ayah klu suka main air.... nilah tempatnyer

Roller coaster cam ni..... budak2 besar ker boleh naik ... tapi dapat disaksikan bapak budakpun berebut nak naik... masa saya snap photo ni, semua jenis aktiviti macam roller coaster dihentikan kerana hujan....

Hujan turun lagi....nasib baik sekejap jer...... baju hujan nipis see through ni boleh dibeli dgn harga RM15 satu... kalau beli kat Guardian atau Watson berapa harganya....anda jawab ler sendiri. 
Masa hujan ni penuhlah restaurant...

Kedai Lego..... 
Baldi serba guna utk anak2.... 
Boleh beli satu kasut NIKE baru dgn harga ni !



Pandu boat sendiri..... yang ni best utk pengalaman anak2..

Masa ni dah nak masuk malam.... kelihatan matahari mula terbenam...



Sedikit catatan lawatan ke Legoland... jika dirancang dgn baik... ia boleh jadi satu aktiviti keluarga hujung minggu. Paling baik, ambil cuti dan bawa anak2... jgn tunggu pada cuti umum sahaja sebab crowded...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...