.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, September 14, 2012

Tajuk 385: 3 steps strive for PhD not novelty !!


Chewah….. ko dah guna DSLR nampak?

Baru nak cuba2…. itupun DSLR pinjam.... ini sekadar permulaan....takkan sepanjang masa dok takuk lama…. main compact camera jer... sekadar memantapkan hobi aku…

Eloklah tu… aku jugak yang terperap dgn research aku ni

Apasallah ko ni…. buat research tak semestinya ko buang hobi ko sama sekali

Tulah pasal….

Nipun aku dok fening….. aku fikir research aku ni macam tak original…. macam dah banyak orang lian buat ... dah established kata orang....apa pendapat ko?

Iskhh…aku dah tulis banyak kali benda ni…. dah abis pendapat aku tau..... 

Cer ko tulis sempoi2….bagi semangat aku datang balik

Aku faham… ramai pelajar PhD macam ko ni…. bukan buat PhD bermula dari pengalaman buat research. Ramai yang dah tinggalkan MSc 4,5 tahun malah ada yang 10 tahun…. sebab bekerja…. so kenalah buat sesuatu yang sesuai dengan diri masing2…. kalau memang ko terus menerus dari MSc buat PhD, maybe ada byk advantages…dan ko punya banyak knowledge juga...

So…

Jika ko tidak mempunyai skill dan knowledge yang latest sebab dah lama bekerja, elok ko explore well-established research sebab banyak bacaan dan rujukan…. Paling cantik jika pengalaman kerja ko dapat ko gunakan untuk membina niche area dalam bidang yang “dah established” tu supaya ko masih dapat  menyumbang sesuatu yang novel kepada kajian ko. Jgn bimbang, dunia penyelidikan tidak pernah terbatas....

Emmm ok...

Jangan lupa, Pertama - ko wajib jalankan intensive literature search dahulu, supaya ko dapat explore dan membina niche area ko sendiri… dan dgn niche area tersebut, dapatan kajian ko akan mudah dipublish walaupun dalam area yang sudah established. Jangan terus mencuba sesuatu yang terlalu baru, wpun di cadangkan oleh SV jika contentnya terlalu asing bagi ko, kecuali memang ko mempunyai pengalaman dan pengetahuan di peringkat MSc misalnya.

Tak bestlah macam tu bro?

Aku cuma nak bagi satu pernyataan sahaja “be realistic” sebab tujuan utama ko adalah utk mendapatkan PhD, tujuan lain jatuh nombor 2, 3 dan seterusnya….

Camner nak dapat niche area tu?

Selain thorough literature search, Kedua - ko kena ikuti perkembangan terkini melalui proceeding semasa dalam area kajian ko, dan kalau boleh, pergi semua konsferen dalam bidang yang sama… wpun ko tak present apa2 paper lagi….. Jgn tunggu SV ko suruh hal2 macm ni… dan ketahuilah betapa ramai researcher yang masih belum  dapat buat sesuatu yang "original" wpun selepas bertahun2 dapat PhD….ini reality tapi sapapun tak akan mengaku bila terkena hidung sendiri...

Ketiga - ko boleh terus menghantar email kepada researchers yang sifu dalam bidang ko tersebut dan mintak pandangan mereka niche area yang berpotensi utk di kaji.

Diaorang tu nak layan ker?

Ha ha... pengalaman aku dan ramai yang lain, tiada masalah. Aku telah perkenalkan Prof Hoban (aku kenal dia di satu konferens di Australia) kepada student PhD aku, NA.

Berikut dengan itu NA, menghantar email kepada Prof Hoban pada 26/7/2012, lalu dijawab oleh Prof Hoban dgn memberikan attachment yang panjang kajian2 beliau dengan segala butir2 maklumat terkini yang boleh dimanfaatkan sebagai niche area di Malaysia !!

Inilah jawapan jawapan email dari Prof Hoban (agak2 klu ko hantar email kepada Prof di Msia ni, camner agaknya.... dapat reply tak?)

From: Garry Hoban <ghoban@uow.edu.au>
Date: Tue, Aug 28, 2012 at 5:53 AM
Subject: Questions about my Project


Hi NA
Sorry to not answer this sooner. I have attached a paper that explains our approach to case studies.
Cheers
Garry 


Aku dan Prof Hoban (kemeja pink) di Konferens ASERA, Australian 2011


Salah satu photo dalam artikel Prof Hoban yang dihantar kepada NA dengan pendetailan case study beliau....

OK bro... baru bersemangat balik aku ni...

Ye lar tu...

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...