.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, September 18, 2012

Kamera antik yang dah pupus ...

Berehat sebentar dari tajuk research.... saya abadikan koleksi kamera antik saya yang tak ternilai..... sebab bukan sahaja unik tetapi dah tidak ada dipasaran... khususnya Jenama KODAK. Dan ada yang berusia lebih 100 tahun. Koleksi kamera saya ini adalah buatan US, England, France dan Swiss.

Saya bukan pengumpul tegar, sekadar membelinya jika harga murah dan secara kebetulan jer. Saya jadikan ini hobi semasa menyiapkan tesis saya di Adelaide, selain dari crabbing, apple picking dll. Maksudnya, hobi jgn di tinggalkan wpun sedang buat tesis !! Malah hobi ni bermula semasa buat tesis.... inilah saat terindah dalam hidup...

Kebanyakkan kamera saya beli di Australia dan England dgn harga beberapa dollar. Saya tak beli di kedai antique... mahal wooo. Ada yang dibeli di garage sale dan kaki lima....Saya juga ada kipas dan telefon antique... boleh "sewa" kalau nak jadikan prop filem 60an..

Saya belum ada masa nak buat research setiap satunya wpun saya tahu ada maklumat terperinci online...



Ini bukan kamera. 
Ini radio Phillips zaman 50an.... dgn casing kulit lembu.. dah masuk kategori antique.. bolehlah pinjam kalau nak buat  filem 60an... 


Barisan kamera KODAK 50an dan 60an.... zaman AGOGO


Close-up.... paling canggih tahun 60an, dibuat di England


Yang ini tahun 1950an

Close-up KODAK pandang atas.... dimiliki golongan bangsawan jer.... tahun 30an


Pandangan sisi  kamera yang dipanggil "Folder Camera"


Ini jenama AGFA.... saing KODAK masa itu... 
Dihasilkan tahun 1935 dengan harga 13.50 pound


Kodak Retina mula dihasilkan tahun 1939


Kodak Retina dari sisi atas


Kamera instant ni KODAK ni dah jadi antik dan tak dikeluarkan lagi kerana kalah persaingan dengan POLAROID ketika itu


Lima generasi kamera KODAK BROWNIE dalam koleksi saya. Kamera kotak ini mula dihasilkan tahun 1900 di US dengan harga US1.00 sahaja.




Ini versi yang lebih maju......zaman tu lah !


Kamera Ful-Vue tahun 1939 buatan England dinamakan ENSIGN.... juga menggunakan pandangan atas utk melihat imej yang saya beli beberapa dollar sahaja !  

Saya memegang "Baby Cine Camera" buatan France 1923 !!  Fokus kamera adalah dgn melihat bingkai besi di atas kamera. Kamera inilah yang ambil photo dan video Second World War yang ditayangkan di Channel Discovery ASTRO

Baby Brownie generasi tahun 1934, dihasilkan di US dan UK. Fokus kamera dilakukan dgn melihat menerusi dua keping besi di atas kamera.


Satu2nya koleksi yang saya beli di Malaysia. Model Cine KODAK ni secara kebetulan dijual di kali 5 Pasar Payang, K. Trengganu. Saya beli dengan harga RM70. Kamera ni dihasilkan tahun 1932 


Ini adalah camera  video keluaran Swiss...sejak tahun 30an. Saya tak ingat dari mana saya dapatkan model ini dalam koleksi saya.

Yashica, jenis kamera pertama yang saya miliki semasa di kampus dulu.... saya beli di Singapore dgn duit biasiswa ( he he) dgn harga RM175.... nostalgic !! Masa tu Singapore adalah syurga beli belah....Inilah kamera yang merakamkan perjalanan saya mendaki Gunung Kinabalu dan aktiviti dikampus tahun 1982 - 1986 (kamera kecil disebelah tu adalah lighter !!)
Kamera guna DISC Kodak yang juga dikeluarkan sekejap kerana tak berjaya menggantikan film KODAK dan kamera ini adalah antara generasi terakhir pengeluaran kamera jenama KODAK. Kini gergasi kamera dimiliki oleh Canon dan Nikon.... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...