.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, September 6, 2012

Tajuk 382: Bengkel Qualitative Research Uitm - Ustaz Don dan Atlas.ti

Assalamualaikum.....aik apsal ada nama Ust Don tu?

Sekadar nak maklumkan bahawa next Bengkel Penulisan Pantas Tesis / Ilmiah akan di adakan di KUIS, Bkt  Mahkota, Kajang. Nama dan contact penganjur ada di atas tu saya dah upload.

Bukankah KUIS tu tempat Ust Don yang masuk TV tu jadi lecturer?

Aah.... dan aku dah minta penganjur personally jemput Ust Don hadiri bengkel tersebut, sebab elok juga beliau menjadi penyelidik dan penulis ilmiah selain dari menjadi penceramah tersohor.... maklumlah beliau berada dalam dunia akademik juga....dan masyarakat perlukan ilmuan agama yang boleh membuat  research.... bukan sekadar kupasan buku sahaja.  

Alamak.... akupun nak gi lah kalau dia ada....then amende lah pulak Atlas.ti tu?

Semalam aku dijemput di Hotel Uitm, oleh sekumpulan siswazah dari Pengurusan Hotel dan Perlancongan Uitm, dgn ketuanya Sdr Sazali aka BOB yang ceria. Sdr Sazali pernah mengikuti bengkel penulisan cepat tesis dan kali ini ingin berkongsi perlaksanaan Qualitative Research dan aplikasi perisian analisis data kualitatif dengan Atlas.ti (lihat logo di bawah).




Atlas.ti elok ke berbanding Nvivo?

Aku pernah hadiri bengkel NVIVO… selesai bengkel… aku termenung bro…. macam tak boleh nak proceed…. Then aku tanya RA aku, camner nak guna Altlas.ti, dan dgn mencuba beberapa kali….. terus aku boleh buat bro….

Maknenyer?

Maknanya, Atlas.ti lebih mudah, straight forward dan sempoi…. Malah aku dah demonstrasikan dalam bengkel bersama siswazah Uitm tersebut….. semuanya selesai dalam 2 jam… dari siapkan data yang REAL… sehingga coding, categorized kan coding dan buat networking antara category dan coding !!

Fuhh… 

Aku nak kongsi dengan ko….bengkel aku kali ni cukup istimewa bro….kerana banyak yang PERTAMA KALI…iaitu pertama kali

1. aku jejakkan kaki ke Hotel Uitm (wpun gi Uitm dah banyak kali)

2. aku mengendalikan bengkel Qualitatif Research

3. aku mengajar  Atlas.ti secara hands-on

4. peserta bengkel aku sediakan real raw data melalui interview, video dan audio recording semasa bengkel, supaya semua peserta dapat pengalaman first hand dan mempunyai data yang sama utk sama2 guna Atlas.ti selepas tu

4. aku dapat soalan bertalu2 sepanjang bengkel….  Fuhh… semua aku jawab bro jangan tak jawab, tak sangka siswazah qualitative ni becok sungguh dgn soalan !

5. semua peserta bengkel aku adalah “orang qualitative”…. diaorang ni suka bercakap tak henti2….

Aku tabik spring betul toing...toing....dengan peserta bengkel Uitm... sporting dan buat simulasi interview, recording dan transkrip sampai tak sedar nak lunch !!Aku kongsikan pic bersama mereka semalam...aisey wifi slow ler pulak.... jadi aku masukkan beberapa pic dulu. 

Diskusi untuk collect data

Respect le korang..... sungguh2 laksanakan tugasan !!

Kat sini ler aku berbengkel...

Fuhhh.... persis wartawan... semua participate !!

Sedondong notebook dengan baju..... putih !!

Interview in progress.. apsal serius sangat tu... simulation jer bukan betul2...

BOB sedang interview "calon PhD" dengan rakaman audio dan video

Simulasi in-depth interview bagi menghasilkan data triangulation - transkrip + audio + video + photo

Masing2 sibuk menyusun data utk persiapan "Prime Documents" atau P-Docs dalam ATLAS.TI

Menguji video sebelum di masukkan sebagai P-Docs untuk proses coding 

Thumbs-up !! 
Ceria selepas selesai hasilkan "model" dari  analisis triangulation data yang dihasilkan sendiri menggunakakan ATLAS.TI 
(Saya tersepit ditengah2 jelitawan UitM !!)



Contoh network MODEL yang boleh dibina oleh ATLAS.TI


Jadi aku nak kongsi saat2 “Pertama Kali” tersebut….. dalam blog ini…sebab walapun pertama kali, semua peserta berjaya “membina model” bagi menjawab persoalan “Mengapa pelajar PhD menghadapi kesukaran menyiapkan tesis dalam tempuh yang ditetapkan” diakhir bengkel dgn data yang mereka sama2 sediakan sendiri… begitulah adanya…..

Kalau cam tu…. akupun nak blaja Atlas.ti jugaklah…

Kalau ko nak blaja….download trial version dan cuba explore sendiri..

Sendiri? Mana boleh bro…. tolonglah ajar aku….plsssssssss

Pulak..! Emmm siswazah sekarang ni semua nak kena ajar... grrrrrrrr !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...