.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, September 18, 2012

Tajuk 385: Cari article - 6 langkah snowball yg sempoi

Pagi tadi sedang aku duduk di foyer fakulti, membuka ultrabook aku kerana wifi dalam bilik aku slow sangat....tiba2 aku ditegur sapa oleh seorang pelajar...yang kelihatan agak pelik

Apa yang pelik bro?


Pelik sebab dia terdiam.....beberapa saat lantas berkata... "ini En OT ke?"


Apa ko jawab?


Aku pun terus jawab... emmm OT mana pulak ni... Over Time ke? Saja aku bagi dia suspen !


Muka dia bertambah pelik lalu berkata "macam kenal tapi...."


Akupun saja buat dia suspen.... lalu menghulurkan bisness card aku....


"Tu lah.... En OT... ooo dah Dr OT....tapi macam dulu2 jugak ...tak berubah pun...."


Rupanya dia bekas pelajar aku bro.... dan kini buat master di UM.... dia seorang guru juga... 


Aku tanya buat apa di UPM?


Dgn muka berkerut dan wajah yang mendung dia berkata, nak cari lecturer kaunseling yang boleh joint data utk master dia... dan dia kata dah semester 3 tapi tak buat apa2 lagi....sekadar menulis proposal ringkas...


Then akupun tanyalah beberapa soalan basic tentang research termasuklah Mendeley, navigation pane, pilot article, ... sehinggalah ke dropbox... saja jer nak tanya...


Dia terkejut bro !


Akupun terkejut jugak!

Apsal?

Sebab satupun yang aku cakap dia tak faham.... macam aku cakap bahasa asing kat dia !!

Kebetulan ada ultrabook depan aku... then aku pun demo skit document map dan Mendeley kot2 dia tahu.... apalah lagi 23 kali terkejut dia... kenapa dia tak tahu benda2 tu...


Abis camner dia buat proposal?

Tulah....dia kata baru kena bambu oleh SV kerana salah menulis bibliografi ikut APA dalam proposal sedang dia penat menaipnya satu-satu.... huruf demi huruf.... berjam-jam.....phewww...

So?


Aku minta dia baca blog aku dan acquire skill yang perlu ada dalam penulisan dan membuat research.... 

Tapi, itu hanya selingan... yang aku nak tulis adalah contoh membuat snowball... dari pilot article khas bagi pelajar master dan PhD yang baru nak berjinak2 mencari articles spt kisah benar di atas....

Aku nak tunjukkan cara membuat snowball... ringkas2 dan sempoi2 jer...


Camner tu bro?


Ko kena utilise online library tempat ko belajar. Masa aku buat research kat Adelaide dulu pun aku dah terlebih2  rujukan, nikan pulak tahnun 2012. Katakan aku nak cari apa sahaja kajian dalam "science education" berkaitan "misconception" maka ....aku bukak website library UPM lah... yang dah canggih tak macam zaman aku buat master dulu....


Langkah 1:

Buka website library university masing2lah.... bukan google atau scholar search ........ aku pun buka Wiley Online yang di subcribed oleh UPM sebab aku tahu Wiley menerbitkan SCIENCE EDUCATION journal yang menerbitkan artikel dalam bidang science education. 

Akupun search ABSTRACT articles yang ada "misconception" dalam "science" dan "education". Ini adalah SEARCH yang ko pandai2 tulis ikut keyword yang ko nak cari...dan aku hadkan pencarian aku antara 2009 - 2012



Langkah 2:

Apalagi akupun dapat senarai artikel berikut.... dan artikel "Misconceptions about....ideas" (2012) adalah artikel yang aku perolehi... kerana ia artikel yang latest dan cantik dijadikan pilot artikel !!




Langkah 3:
Tanpa malu2 dan segan2 wpun mak mertua ada kat depan... aku klik artikel tersebut dlm format pdf dan akupun   dapat article berikut...



Langkah 4:
Inilah contoh pilot article.... yang sesuai utk aku snowball dan mencari article2 lain yang sewaktu dengannya. Selain membaca artikle tersebut aku perlu snowball artikel lain yang relevan di bahagian References pilot artikel tersebut.

Perhatikan kat atas article tu ada tulis "Abstract , Full Article (HTML), References, Cited by". Bila aku click jer "Reference" di atas article tu... aku akan dapat semua senarai references berikut... dari A sampai Z....SIAP DGN LINK !! 




Langkah 5:
Bagi meringkas cerita.... semua references dalam article ini telah disiapkan dengan Link supaya kerja2 snowball menjadi sempoi....(ingat format pdf yang aku download tadi tidak ada Link) 

Aku pun pilih jer mana2 artikel yang aku fikir relevan dgn kajian aku dan bila aku klik link (warna biru underline)  aku akan dapat artikel yang aku nak... 

Dalam kes ini aku klik dua artikel tahun 2007 dan 2010 berikut... dan inilah hasilnya tanpa perlu aku buka mana2 publication yang lain....

Bukan itu sahaja bro.. bilo ko dapat artikel tahun 2010 di atas, ko boleh snowball pulak artikel ini... dan seterusnya.... dan seterusnya..........fuhh!!


Artikel 2007


Artikel 2010
Langkah 6:
Oleh kerana aku tak ada masa nak baca dulu... akupun save semua fail pdf ini dlm folder katakan "My_Mendeley" dalam dropbox aku supaya mudah aku baca kemudian utk prepare z-draft aku pula....demikianlah adanya....


Inilah yang dikatakan maklumat dihujung jari....LESS TIME TO GET INFO... SO YOU HAVE MORE TIME TO EXPLORE.. bukan dah masuk semester 3 masih tak buat apa2.... tak tahu apa2.... 

Nak apa lagi ?

OT





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...