Memperkenalkan ROTr (Research Operational Tracking)
Proposal / Thesis - kalau anda sendiri pening....org lain akan muntah !
1. Bila mbaca satu proposal PhD > 100 pages aku pening utk captured apa sebenarnya masalah dan bagaimana RQ diatur utk mencapai objective dan bagaimana data akan diperolehi.
Aku sedar.. calon tersebut sebagaimana calon2 lain perlu sediakan proposal lengkap dan tebal... malangnya kabur kerana calon gagal utk tracking apa yang sebenarnya dia perlu faham dan perlu tulis dgn jelas.
2. Jadi aku cuba merangka satu lagi template (serta contoh dummy jer ... sebab ramai yang nak manja2 dgn aku mesti nak contoh bagai...) utk anda isi sebagai panduan ketika menyiapkan proposal kerana masalah, obj, RQ, instrument dan analisis adalah "tulang rangka" kajian. Kalau tulang rangka ini lemah, tak jelas atau ada bahagian yang tak ada tulang.... tak bersambung antara satu sama lain, lembiklah kajian yang dijalankan.
3. ROTr ini memberikan anda satu gambaran ringkas tapi padat.. apa sebenarnya yang anda nak buat. Kalau anda gagal sediakan ROTr yang mantap, dan tidak dapat melihat connection antara satu RQ, analisis dan jangkaan dapatan kajian... dan bagaimana nanti jangkaan dapatan kajian menjawab objektif maka pembaca proposal anda lagilah pening.. you need to think in advanced... make a logic prediction.
Kalau anda sendiri pening siapkan proposal anda... pembaca pula akan muntah membacanya ! Jgn sampai dia muntahkan dalam bentuk2 yang tidak ingini...
4. Lihat ANAK PANAH DALAM ROTr TERSEBUT DAN RASIONALKAN KAITAN KESEMUA RQ, JANGKAAN DAPATAN DAN OBJECTIVE.
Aku hairan.... calon beriya2 siapkan proposal yang tebal2 sampai >100 pages... sedang dalamnya berkucalana dan beghak nanang nak baca.... sedang proposal patut ringkas, padat dan jelas...(20 pages pun dah lebih dari ok) bukan tebal dan entah apa2...
ROTr ini lebih kpd kajian quantitative.... dan yang buat qualitative pandai2lah nak fikirkan idea yang serupa...
OT
No comments:
Post a Comment