.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, January 12, 2016

Tajuk 846 - Kena baca seluruh artikel / sumber asal baru boleh cite ke?

Ramai yg terpercaya citation HANYA boleh dilakukan dgn membaca artikel / sumber asal yang lengkap. Betul ker?

Antara tujuan citation adalah utk anda mengambil idea dengan pemahaman anda utk dimasukkan dalam penulisan. Ada kalanya, idea boleh diperolehi dgn hanya membaca abstract.... dan anda memahami idea tersebut tanpa perlu membaca keseluruhan artikel. Malah ada database yang hanya paparkan abstarct sahaja.....

Katalah anda hanya menguji korelasi tetapi IV dan DV yang anda gunakan juga dibincang dalam kajian menggunakan analisis SEM yang asing bagi anda. Membaca keseluruhan artikel termasuk cuba memahami analisis SEM bukan saja tidak releven malah anda akan kebingungan. Maka pemahaman idea kajian boleh diperolehi dari abstract sahaja (abstarct adalah ringkasan keseluruhan idea dalam kajian).

Tak cayalah bro.... ko ni saja jer nak down grade kan benda2 macam ni. Tak pernah aku dengar bro.... giler ke ko ni !

Oiittt.... tuduhan berat tu.... tapi percayalah... dalam situasi di atas anda dibenarkan hanya membaca dan cite abstract sahaja... tanyalah APA kalau tak caya. Ini cara citationnya...

Paterson, P. (2008). How well do young offenders with Asperger Syndrome cope in custody?: Two prison case studies [Abstract]. British Journal of Learning Disabilities, 36(1), 54-58.

Hendricks, J., Applebaum, R., & Kunkel, S. (2010). A world apart? Bridging the gap between theory and applied social gerontology. Gerontologist, 50(3), 284-293. Abstract retrieved from Abstracts in Social Gerontology database. (Accession No. 50360869)

Aku nak tanya.... kalau ko cite buku... adakah ko membaca keseluruhan buku tersebut? Kalau ko cite direct quotation misalnya ..... (John, 2011, p. 240) adakah ko buat selepas ko baca keseluruhan buku dari page 1 sampai 240? Tipulah kalau ko buat begitu ! Tak ada sapapun yang akan baca seluruh buku, yang dibaca hanyalah yang releven utk menambah pemahaman yang ada.... orang giler pun tak buat cam tu !

Sebab itulah sistem APA, MLA, IEEE dll membenarkan hanya citation abstract sahaja.... kerana ada keperluannya.... spt kes di atas....

Cuma jgn salah faham.... jika artikel tersebut memerlukan perbincangan yang mendalam dari aspek analisis... methodology maka perlulah dibaca keseluruhannya.. dan ini bermakna... dalam kebanyakkan citation anda perlu ada sumber asal utk dibaca... namun pembacaan tidak semestinya bermakna "baca keseluruhannya" sehingga dalam kes2 tertentu, anda dibenarkan membaca hanya abstract sahaja dan membuat citation.

Adanya....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...