Ada yg masih kabur tentang ciri objectivity item qnaire. Objectivity bmaksud item tersebut difahami dgn cara yang sama oleh semua responden.
Contoh item:
a.Saya minat bola sepak
Item ini nampak sempoi dan tiada masalah.... tetapi inilah satu contoh item yang tidak objective kerana boleh difahami dgn berbagai cara spt:
b. Saya minat (menuntun) bola sepak (di kaca TV)
c. Saya minat (menuntun) bola sepak (di stadium)
d. Saya minat (bermain) bola sepak
Jika responden perempuan menganggap item tersebut sebagai b. tentulah jauh berbeza dgn responden perempuan lain yang menganggap soalan tersebut sebagai c. atau d.
Perbezaan juga boleh berlaku pada responden lelaki. Jika ini terjadi, item tersebut tidak mengukur apa yang sepatutnya diukur.
Jadi item yang objektif adalah item b. atau c. atau d. bukannya a !
Contoh item:
Saya berupaya berfikir diluar kotak
Ini lagi dasyat... sebab macam2 tafsiran "berfikir di luar kotak".
Akupun hairan ramai yang kemarok buat berpuluh2 item.... ada yang sampai mencecah >100.... sedang sebahagian besar item boleh dipersoalkan objectivitinya !
Tapi dah di jalankan content validity ....
Ha ha.... namanya pun "content" validity.... bukan item validation ! Sebab itu, content validation tak memadai.... kena cari psychometrician !
Jadi ... jgn ingat mudah nak bina item.... wpun satu item - wa cakap lu. Kalau anda guna qnaire... ada plak puluh2 item.... jgn tutup sebelah mata bab objectivity ni...
OT
No comments:
Post a Comment