Menjadi seorang calon master / PhD yang juga seorang scholar bukan mudah. Anda terpaksa membaca bermacam2 sumber terutamanya artikel dari journal. Membaca jurnal yang berbagai-bagai style dan approaches sudah cukup memeningkan. Aku nak perkenalkan ICU - IDEA, CONCEPT and UNDERSTANDING !!
Menulis thesis terutamanya LITERATURE REVIEW perlulah 3C - clear, consistent dan coherent. Bagaimana nak laksanakan 3C jika semua artikel guna terminologies, approaches, context, samples hatta methodology yang berbeza2? Bagaimana nak “masukkan” semua material yang berbeza –beza tersebut dalam penulisan thesis supaya clear, consistent dan coherent?
Sila baca perlahan2…
1. Sbg permulaan anda mesti baca artikel dari genre atau bidang yang sama. Jika anda buat kajian pasal multimedia dalam pendidikan, hanya kumpul dan baca artikel multimedia dalam pendidikan, bukan multimedia dalam filem atau multimedia dalam komputer sains!! Jika anda baca juga multimedia dalam filem dan komputer science – confirm anda masuk ICU!
2. Wpun anda baca tajuk multimedia dalam genre / bidang yang sama, masih terdapat pelbagai cara penulisan, approach, school of thoughts, context kajian dll yang berbeza-beza… betul tak? Abis camno? Masa inilah anda perlu open minded dan apply ICU - IDEA, CONCEPT and UNDERSTANDING
1. IDEA
Apabila anda mula membaca artikel2 berkaitan kajian multimedia dalam pendidikan…. anda kena captured the main IDEA mengapa multimedia diperlukan dalam kajian pendidikan. IDEA ini adalah “the whole picture” bagaimana multimedia diapplikasikan dalam pendidikan. IDEA atau the whole picture ini adalah idea keseluruhan yang menggabungkan keseluruhan idea utama dalam kajian multimedia dalam pendidikan yang dibincangkan dalam artikel2 yang anda baca.
Contohnya setelah anda membaca artikel, anda dapati terdapat kajian multimedia dalam pendidikan melibatkan
(i) berkesanan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
(ii) pengurusan multimedia
(iii) pembinaan bahan multimedia
(iv) bagaimana maklumat dari persembahan multimedia diproses.
Inilah empat IDEA main stream yang perlu anda sedari terlebih dahulu. Jadi fokus anda selepas itu hanyalah kepada satu sahaja IDEA yang related dgn apa yang anda nak buat…. contohnya kepada multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran.
Fokus dulu artikel yang berkaitan dgn main IDEA utama ini... jgn anda campur aduk dgn idea2 lain... nanti anda yang termenung sendirian.... Jadi menguasai IDEA utama ini penting supaya anda menguasai perbincangan dan isu melibatkan IDEA utama ini yang menjadi fokus dalam penulisan tesis anda…
2.CONCEPT
Selepas anda menguasai IDEA utama spt di atas..…. Anda akan dapat perbagai concept / theory yang diutarakan berkaitan IDEA tersebut. Bayangkan ada 15 theoris yang berkaitan dgn multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sahaja…. dari teori modality, dual coding, CLT, spatial… sehinggalah contiguity theory yang dibahaskan oleh nama2 leading author dalam bidng multimedia spt Sweller, Mereno, Mayer , Lowe…
Jadi anda sendiri kena pilih konsep yang paling sesuai dengan kajian anda tersebut… sama ada satu theory atau gabungan beberapa theories. Kemudian fokuskan pula pembacaan kepada thoery2 ini….
3. UNDERSTANDING
Setelah anda kuasai 1. dan 2. di atas…. anda dah mula mempunyai fokus utk membaca secara mendalam setiap artikel yang releven…. dan mula membina kefahaman yang menyeluruh berkaitan dgn segala aspek yang anda nak gunakan dalam penulisan tesis – latar belakang kajian, terminology yang khusus, operational definition, variables yang anda nak pilih, method dan analisis data yang lazim digunakan (supaya anda boleh upgrade dalam tesis anda), mendapatkan “what else need to be done”, cadangan kajian masa depan dari artikel2 yang anda baca yang berkaitan dgn IDEA multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dan CONCEPT yang menjadi fokus kajian. Dgn ini akan lebih mudah anda nak buat theoretical dan conceptual framework.
Kesimpulan
Selepas anda melalui ICU, pilihlah terminologi kajian anda dari IDEA dan CONCEPT yang anda baca…. dan menggunakannya secara CONSISTENT dalam thesis anda. Malah dgn pemahaman (UNDERSTANDING) yang perolehi…. Anda boleh merge mana2 terminologi atau theories yang hampir2 sama dgn satu teminology atau theori sahaja…. yang anda gunakan dalam tesis anda supaya consistent.
Misalnya anda guna istilah “e-learning" dalam tesis wpun artikel menggunakan istilah web-based instruction, mobile learning, internet learning, LMS, computer-aided instruction dll asalkan semuanya menepati IDEA dan CONCEPT "e-learning" yang anda bawa dalam kajian anda ! Malah anda perlu gunakan "e-learning" secara consistent merentasi semua artikel yang anda baca yang membawa konsep yang sama wpun terminology yang digunakan dalam artikel tersebut berbeza2...
Tanpa ICU…. anda akan pening memanjang….. sebab setiap artikel tidak consistent menggunakakan terminology yang sama antara satu sama lain…. jadi anda lah yang perlu bertindak sebagai “moderator’ kajian2 lepas supaya anda boleh menulis thesis anda sendiri, bukan hanya meringkaskan kajian2 lepas. Anda kena “berani” jadi “moderator”… selepas anda membaca semua artikel main stream dan captured main IDEA dan CONCEPT dalam genre kajian anda sendiri lalu memberikan anda UNDERSTANDING….maka teruskan dgn penulisan secara 3C - CLEAR, CONSISTENT DAN COHERENT thesis anda sendiri.
Last sekali… aku percaya ramai yang dah buat ICU tapi tak cukup “BERANI” kerana takut salah dan tak confident dgn pemahaman sendiri…. nasihat aku jgn takut bro…. tulis jer asalkan idea anda tak lari dari idea asal... wa cabar lu !
OT
No comments:
Post a Comment