.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, May 24, 2014

Tajuk 598 - 10 Pertanyaan - MIND SET SUPERVISOR !!

Aku tahu ada yang "geram" (marah atau sayang?) mengapa aku menulis tentang SV bukan pasal students? 

Sejak zaman Dr Shukri Abdullah dgn motto “Bijak Belajar” hingga ke Dr. Tengku Asmadi dgn motto “Motivasi Alihan Pelajar” dan maybe yang terkini Prof Muhaya……dah terdapat beribu2 buku, ceramah dan motivasi tentang dan berkaitan pelajar sekolah dan IPT telah diadakan. Jadi tak payahlah aku nak tambah lagi….. pendek kata telah terlalu banyak fokus kepada pelajar !! Semua dah tahu sampai tak terbilang resepi utk lahirkan pelajar cemerlang, terbilang dan gemilang....dari dalam rahim ibu sehinggalah postgraduate ! 

Kalau buku tentang SV.... eemmmm rasanya buku aku "Dialah SV ku" maybe buku tunggal yang ada dipasaran. 

Apapun kini pelajar dah jadi pengajar. Dari pengajar dah jadi SV. Dari nature belajar sendiri kini mengajar pelajar pula. Jadi tajuk ini ditulis khusus buat bakal SV dan SV-SV yang baru menyertai dunia scholar. Pernah kah terlintas difikiran SV yang "fresh" ini persoalan seperti:

1. Apakah persediaan aku utk jadi SV yang komited?
2. Adakah aku boleh menjadi pendengar yang baik?
3. Adakah aku mampu memperkasakan supervisee aku?
4. Adakah aku hanya menjadi beban kepada supervisee?
5. Adakah aku akan jadi ego kerana status quo?
6. Adakah aku sanggup luangkan masa utk membantu supervisee yang lemah tetapi bersedia utk berusaha?
7. Adakah aku bersikap terbuka dan lapang dada?
8. Adakah aku bersedia utk dicabar oleh supervisee?
9. Adakah aku akan menggunakan supervisee utk kepentingan diri?
10. Adakah aku bersedia berkongsi pengalaman utk meningkatkan pengetahuan supervisee?

Jadi membetulkan mind set adalah langkah pertama sebelum memikul tangggungjawab sebagai SV. Mendapat PhD bukan tiket SV tahu segala2nya dan bukan lesen utk menyombong diri. Jgn pulak sebaik sahaja graduated dari UK.... misalnya, bercakap melebihi Prof yang dah 30 dalam dunia akademik !

Ungkapan ala-ala "kacang lupakan kulit" spt berikut tidak akan membawa makna apa2 tanpa satu arahan constructive yang jelas utk dilaksanakan oleh supervisee:

"Kalau saya voleh... kenafa kamu tidak voleh?"
"Kamu ingat PhD ni spoon feeding ke.... semua saya kena vagi tau...?"
"Kamu yang buat PhD bukannya saya.... "
"Kalau saya bagitau.... baik saya buat PhD sekali lagi"
"Kamu baca lagilah..... "
"Masa saya diobersi dulu, semuanya saya vuat sendiri.... you know !"

Aku ingin bersikap praktikal….. bahawa manusia samada SV dan supervisee… kedua2 pihak ada kelemahan dan kekuatan. Disinilah perlukan mutual understanding. SV takkan dapat supervisee yang “satu kepala” atau sebaliknya. Maka, mind set berikut boleh membantu mewujudkan persekitaran supervision yang profesional:

1. Tahu kelemahan diri masing2 dan cari jalan memperbaikinya. SV jgn berpuas hati dgn pengetahuan PhD nya sahaja, sedang research sangat luas. Supervisee pula mencari jalan menguasai asas dalam menjalankan research spt pengetahuan statistik, bukan mengeluh sahaja.

2. Berkomunikasi sebagaimana anda ingin org lain berkomunkasi dgn anda. SV jgn menjadikan pangkat sebagai tanda superiority sehingga selesa melihat supervisee merasa inferiority.

3. Kejayaan supervisee adalah kejayaan SV juga. Jgn sekali2 mengekploitasi supervisee dalam apa bentuk sekalipun. Tanya diri, adakah layak aku mendapat nama sebagai First author / Corresponding author hanya kerana aku SV sedang aku hanya membuat beberapa editing? Malah jika supervisee dgn sukarela (maybe atas pengaruh tertentu) meletakkan nama SV sebagai first author sedang artkel dan kajian disediakan oleh dirinya, juga perlu ditegur oleh SV atas sifat SV sebagai pihak yang tahu etika. 

4. Elakkan mengeluarkan bahasa berbaur feudal kerana SV bukan penguasa dan supervisee bukan khadam !!

5. SV tidak sepatutnya berasa malu jika sekali sekala belajar sesuatu yang baru dari supervisee. Dan berikan arahan yang jelas dan difahami kepada supervisee, bukan sekadar…. “baca lagi… tulis lagi dan lagi….” 

6. Akuilah jika SV sendiri tidak mengetahui sesuatu isu / fakta / info… dan bertanya pada clique yang lebih senior atau sesiapapun yang ada kepakaran.

Perbezaan antara dua manusia memang tidak dapat dinafikan. Sebagai SV, anda lah yang patut mendahului supervisee berusaha mengecilkan jurang ini. SV berada dalam zon yang lebih selesa, tidak tertekan dan terbeban secara direct berbanding dgn supervisee yang mempertaruhkan 3, 4 tahun masa, harta dan tenaga utk mendapatkan PhD. 

Berbanggalah jika supervisee anda mencapai kejayaan… kerana ia juga kejayaan anda..... dan hargailah hubungan SV-supervisee kerana hubungan ini SV berjaya menyenaraikan puluhan artikel yang akhirnya membawa kepada promotion ! Maka hormatilah supervisee anda sebagaimana anda ingin dihormati….

OT - pesanan utk diri sendiri....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...