.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 22, 2014

Tajuk 597 - Master / PhD – bukan perjalanan Man VS Wild !!

Dari awal lagi aku akui perjalanan PhD / Master bukan satu perjalanan yang mudah. Namun ia bukan pula spt perjalanan Man VS Wild dalam siri Discovery sampai terpaksa makan daging ular mentah dan ulat utk survive !

Abis macamana?

PhD/Master adalah perjalanan menimba ilmu dan pengalaman. Perjalanan menimpa ilmu dan pengalaman adalah perjalanan yang sepatutnya “enjoyed” bukannya “tortured”. Ingat bro.... enjoy disini bukan macam pergi melancung, duduk hotel, melawat Eifel Tower….sambil kissing-kissing..... jgn salah faham…. tetapi melancung kedunia ilmu !! Enjoyed bila anda mulai menguasai SPSS, SEM/AMOS. PLS, tahu bina questionnaire dll yang sebelum ini alien bagi anda wpun terpaksa berkorban bersengkang mata membuat latihan demi latihan dan membaca dan membaca bagi menguasai pengetahuan dan kemahiran tersebut. 

Sebelum itu biar aku tulis awal2 bahawa perjalanan yang enjoy ini bukan utk pelajar yang:
1. belajar sekadar cuba2 
2. Ikut2an
3. tak ambil kesah
4. meletakkan priority ke 10 pengajian Master / PhD nya !

PhD adalah perjalanan satu “proses pembelajaran” berfokus pelajar . Pelajar yang matang perlu menentukan bidang kajian yang sesuai sebelum memulakan langkah. SV dan jabatan menjadikan perjalanan ini lancar dalam persekitaran yang “mesra-pelajar” dan kondusif serta konstruktif. … spt menganjurkan bengkel, teknik penulisan, seminar, kolokium, memastikan artikel boleh di subcribe di library….

Ini termasuklah tidak membudayakan proses proposal defend sebagai satu yang menaikkan bukan sahaja bulu roma, tapi juga bulu kening .... tetapi sebaliknya menyediakan suasana defend proposal sbg satu proses yang boleh memantapkan lagi tahap kajian pelajar. Sapa boleh nafikan wujudnya panel yang “hentam macam nak rak” presentation proposal pelajar…. sedangkan sesi tersebut adalah sesi constructive….sesi discussion bagi memantapkan proposal tersebut… Bukan tiada kes pelajar makin kabur.... makin hilang punca, hilang semangat..... selepas dikomen semasa sesi tersebut, bukan semakin jelas yang perlu diperbaiki dan apa yang perlu dicapai !! 

Kenapa yang "enjoyed” ini selalunya akan berterusan? Sebabnya selepas mendapat master /PhD pun, tidak mungkin pelajar boleh menguasai segala2nya dalam bidang kajian yang mereka buat. Tidak mungkin. Jika pelajar memilih utk melakukan kajian quantitative, mereka akan terkial2 jika diminta membuat kajian kualitatif, dan sebaliknya. Hal yang sama berlaku pada SV…. yang dulunyapun terkial2 sama jer macam supervisee mereka, cuma mereka sekarang pura2 buat lupa hal tersebut. Jadi selepas lulus.... proses ini akan berterusan dan perasaan enjoy juga akan berterusan....

My last words….jk perjalanan master / PhD anda “tidak enjoyed”…tapi "tortured". something is not right somewhere !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...