Calon PhD / Master esp. yang berorientasikan social science berlumba2 utk mendapatkan tajuk kajian yang luar biasa, yang kononnya belum pernah dibuat lagi atau yang tak berapa dibuat orang.
Kenapa?
Pertama:
Inilah pemahaman yang diturun temurunkan supaya membuat kajian kononnya baru supaya menghasilkan sesuatu yang sebelumnya tak ada….yang boleh memberi kononnya impak maksima kepada itu dan ini...... barulah luar biasa !!
Kedua:
Takut disergah oleh SV kerana masih mengkaji sesuatu yang biasa-biasa sahaja.
Ayat klise SV:
"Tak ada tajuk lain nak buat kajian ke?"
"Tajuk ni dah byk orang buat lah....."
Emmmm.... katakan pemahaman di atas betul dan benar…. kerana dianuti dan diamalkan oleh semua SV.... maka sudah barang pasti telah terhasil ratusan ribu kajian yang hasilnya luar biasa…. yang menggegarkan nusantara khususnya di Malaysia sendiri… dgn impak dan implikasi yang ketara.....betul tak?
Namun aku masih tertanya-tanya…. sehingga kini, manakah kajian yang luar biasa tersebut? Manakah kajian PhD atau Master yang telah menggegarkan dunia akademik kerana keluarbiasaan tajuk dan hasil dapatannya? Mana ?
Mestilah ada bro…. ada ratusan ribu yang tersimpan dalam library… ko pergilah baca !!
Apa? Tersimpan dalam library? Buat apa disimpan sesuatu yang luar biasa? Apa impaknya yang luar biasa tersebut jika hanya dipendam ? Adakah telah datang berduyun2 pihak2 yang mendambakan keluabiasaan tersebut, beratur utk membaca hasil yang luar biasa dari kajian PhD dan master pelajar?
Yang itu tak ada lah pulak?
Tak ada?
Jadi kalau macam itu, baik buat jer kajian yang biasa-biasa…. sebab tujuan utama membuat PhD / Master adalah menyumbang kepada knowledge dan melahirkan researcher yang kompeten bukan meletakkan syarat mengkaji sesuatu yang belum dibuat sebelumnya sehingga pelajar yg belumpun mulakn kajian merasa tertekan !
Camner plak tu?
Pertama:
Membuat tajuk yang biasa-biasa bermakna banyaknya rujukan dari kajian lepas. Banyaknya rujukan kajian2 biasa ini akan membolehkan pelajar membina keupayaan "luarbiasa" dalam memahami, menganalisis dan mensintesis secara kritis kesemua kajian2 tersebut supaya kajian yang dilakukan benar2 signifikan dgn asas yang kukuh.
Kedua:
Kajian-kajian yang biasa-biasa tentu telah mempunyai pelbagai instrumen yang standard. Menggunakan sahaja instrumen standard yang sedia ada pastikan menjatuhkan standard kajian pelajar sendiri maka mereka perlu meningkatkan lagi validity dan reliability instrument tersebut utk mencapai tahap PhD spt menjalankan concurrent validity, construct validity dll....
Ini membuka peluang pelajar menggunakan pula teknik spt Rasch Model yang lebih sensitive yang mungkin tidak digunakan sebelumnya utk reevaluate instrument2 yang telah acapkali digunakan. Ini akan memberi pengetahuan dan kemahiran "baru" kepada pelajar walaupun membuat tajuk yang "lama".
Ketiga:
Oleh kerana kajian2 lepas yang biasa2 menggunakan model-model atau teori-teori yang hampir sama berulang2 kali…. maka tiba masanya utk pelajar menguji model-model ini menggunakan latent analysis yang lebih mendalam spt Mplus…. dan memperkukuhkannya dengan mediator dan moderator pula dan diuji dalam pelbagai konteks yang berbeza.
Keempat:
Apabila pelajar yang membuat kajian yang biasa2 ini melalui proses pertama-kedua-ketiga diatas, maka bukan sahaja kompetensi membuat review kajian lepas mereka menjadi luarbiasa, mereka juga menguasai analysis data yang lebih advanced supaya hasil kajian menyumbang sesuatu yang baru kepada pengetahuan dalam bidang kajian yang biasa-biasa tesebut!
Kelima:
Jadi sapa kata tajuk kajian yang “biasa-biasa” dah tidak menyumbang apa2? Alangkah malangnya jika pelajar digesa mencari tajuk dan gap yang “luar biasa’ akhirnya banyak buang masa mendapatkan review yang ntah dimana secara cetek pula….. berpuas hati hanya dengan analisis exploratori dgn alasan kajian ini belum ada yang buat lagi…. lalu berakhir dgn dapatan yang tak sapapun nak baca....sedang kompetensi diri masih ditahap biasa-biasa sahaja, tidak sepadan dgn tajuk yang asalnya dikatakan luarbiasa.
Contoh:
Seorng pelajar telah mbuat kajian etnografi di sbuah pulau di Tganu bg menyahut cabaran .... kononnya kajian disana xada yg buat lagi... akhirnya selepas 4 thn masih terkial2 krn thp kajiannya tlalu dangkal utk mcapai thp PhD....wpun dh berabis duit n masa.... hingga hilang punca dan stucked.... sdg dia duduk di JB... byk lagi kajian etnografi yg boleh dikaji.... dan masa, wang n tenaga patut difokus kpd penguasaan kemahiran menguasai kajian dan analysis data dibazirkn begitu shj.
Kalau nk gi pulau manapun tak apa.... dptkn phd dulu dgn pengetahuan n kemahiran yg mantap dan tip top...... then apply grant..... jlnkn kajian etnografi wpun sampai ke bulan....sdgkn kajian SV sendiri tak lah sampai kemanapun...
Sebagai kesimpulan..... apa saja tajuk kajian tidak sepatutnya menjadi satu beban dan isu kepada pelajar MENGATASI usaha memastikan pelajar tersebut melalui PROSES MENJALANKAN KAJIAN yang menjadikan mereka researcher yang kompetent yang dapat menyumbang kepada pengetahuan sedia ada !!
Anda boleh bincang perkara ini dgn SV anda.... tapi anda atau sesiapapun tidak perlu bersetuju....dan tiada masalah jika hanya aku satu2 species yang berfikir spt ini....
Percayalah.... SV yg luarbiasa mampu bimbing supervisee mjlnkn kajian biasa-biasa mjd naskah yg luar biasa.... bukan sebaliknya....
Ular ni nampak jer "gah" tapi tidak berbisa....sebab tu digunakan utk persembahan yang biasa2 sahaja !!
No comments:
Post a Comment