.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, May 18, 2014

Tajuk 595 - Exploitative supervision – adakah wujud atau satu myth?

Phd adalah dunia unique dan ada yang kata lain padang lain belalang. Apapun… dunia supervision tanpa disedari penuh misteri. Ribuan pelajar PhD dilahirkan setiap tahun, ribuan yang menangguh pengajian dan tak kurang yang missing in action. Tahniah dan syabazz pada semua SV yang telah berjaya membimbing pelajar sehingga berjaya mendapat PhD.... jasa anda tidak ternilai !!

Namun sejak dua menjak ini, aku bersemuka dgn calon2 Master /PhD yang merasakan diri mereka di exploitasi, dgn kata lain mereka melalui apa yang disebut exploitative supervision - unfairly using master / PhD candidate for some other advantages.

Ramai yang mungkin berkata…. ala berapa kerat sangatlah yang mungkin mengalami situasi tersebut….kenapa nak bising2… jika adapun peratusnya kecil katakanlah 5 % sahaja.,,, apa nak kecoh2.....buatlah hal masing2.. cerita masing2....sedangkan 95% tiada mengalami apa2 masalah…. so what a big deal ?

Aku nak berikan satu matematik mudah. Jika ada 100,000 postgraduates di Malaysia yang berstatus aktif, angka 5% tersebut mewakili 5000 calon master / PhD! Adakah 5000 tersebut bilangan yang kecil? Bagaimana jika peratusan sebenarnya jauh lebih besar? 

Zaman aku buat master 15 tahun dulu…. sebaik sahaja mendaftarkan diri sebagai calon, pelajar terus jadi kera sumbang, terperap dalam library mencari jurnal dan membuat catatan. Apa yang berlaku antara pelajar dan SV tidak byk yang diketahui pihak lain. 

Kini, zaman berubah, menjadi calon master / PhD terus membuka ruang networking seluas2nya sehingga sedikit sebanyak kes-kes "exploitasi" ini mula mengalir keluar, khususnya kepada calon yang baik, yang menunjukkan komitmen utk menjadi calon yang dedikasi....

Adakah ini isu sensitive? Tentulah sensitive sebab itu jarang kedengaran secara terbuka.... masing2 simpan dan pendam dalam hati.... sedangkan aku percaya dunia scholar bukanlah dunia sensitive. Dunia scholar adalah dunia terbuka seluas2nya..... berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara terbuka... sehingga diadakan seminar, persidangan dan kolokium saban masa.... dan mana datangnya semua hasil kajian yang dibincangkan jika tidak wujudnya dunia supervision ! Jadi dunia supervision juga perlu terbuka dan telus.


Calon master yang bersungguh-sungguh.....

Berikut beberapa contoh :

Kes 1:
Seorang calon PhD… diminta utk menerbitkan satu paper terlebih dahulu, sebagai syarat sebelum supervision boleh dilakukan. Dari manakah datangnya syarat ini?

Kes 2:
Calon diminta mendapatkan data seluruh Malaysia (dgn belanja sendiri) sedang kajian calon tersebut tidak memerlukan dia menjelajah sehingga keseluruh negara. Data tersebut diperlukan oleh SV. 

Kes3:
Calon diminta membuat PhD dgn membuka satu “Community Centre” yang sebenarnya adalah keperluan sebuah jabatan, bukan keperluan dan bidang pengkhususan calon tersebut. Wow, tugas jabatan kini diserahkan kepada calon PhD.

Kes 4:
SV menggunakan data pelajar master hingga memenangi medal dalam satu pertandingan tanpa pengetahuan pelajar berkenaan. Pelajar hanya tahu dari pihak ke3. 

Ramai yang mungkin menganggap kes di atas sebagai satu yang lazim dan tiada apa yang perlu dikecoh2kan. Ramai yang maybe berfikir…. SV aku best per…. tak ada masalah pun !! Malah ada yang maybe berkata…. Inilah resam PhD…. Kalau nak senang… jgn buat PhD ! 

Apa pendapat anda?
Apa pendapat anda jika anda adalah calon diatas?
Apa pendapat anda sebagai bakal SV?

Akhirnya maybe ada pendapat spt.... pelajar pun apa kurangnya....ramai yang tak bersedia... tak komited....yang gagal kerana diri sendiri bukan kerana orang lain !! 

Yang ini aku sngat setuju....pelajar yang tak komited, acuh tak acuh.... tiada tempat dalam dunia research.... tetapi aku percaya.... calon yang tak komited sebegini bukanlah calon yang terlibat dalam exploitative supervision...... dgn sebab2 yang anda sendiri boleh fikirkan.....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...