.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, May 22, 2014

Tajuk 596 - Apakah matlamat defense proposal ?

Soalan Pertama: Kenapa anda perlu sediakan proposal? 
Jawapan: Proposal perlu disediakan hanya sebagai “a  road map” atau ringkasan bagi kajian yang akan dilakukan

Soalan kedua: Kenapa perlu defense proposal?
Jawapan: Untuk buktikan secara verbal jawapan Soalan Pertama !

Soalan Ketiga:Berapa tebalkan proposal?
Jawapan: Dalam 10 K words atau around 30 pages !

Soalan Keempat: Kenapa dalam 30 pages sahaja?
Jawapan: Bersesuaian dengan jawapan Soalan Pertama. 

Soalan Kelima: Berapa lama kena defense proposal?
Jawapan: Dalam 20 – 30 minutes?

Soalan Keenam: Kenapa sekejap sangat?
Jawapan: Bersesuaian dgn jawapan Soalan Pertama.

Kenapa agaknya ramai SV mahupun proposal yang tebal2 dan details? Mungkin  bagi memstikan pelajar faham kajian yang bakal dilakukan wpun sampai memakan masa 2,3 tahun. Tapi adakah ini tujuan sebenar proposal tersebut? Percayalah... pelajar tak akan faham sehinggalah kajian sebenar dilakukan !! Setuju?

Bagi aku mudah sahaja. Proposal hanyalah road map. Pemahaman yang mendalam dan details boleh berlaku dalam proses menyiapkan kajian dan penulisan thesis selepas road map tersebut diterima atau diperbetulkan. Sebagai pelajar, buatlah sedetail manapun, belum tentu tidak akan berkalu perubahan semasa defense proposal. Tiada masalah utk road map tersebut dikomen dan diperbaiki kerana anda punya masa utk melakukannya ketika menjalankan kajian sebenar.

Lain senarionya selepas berhempas pulas menyiapkan proposal yang tebal2 dan details... tiba2 hal yang sama berlaku, pelajar masih perlu buat perubahan major sedang masa tidak lagi mengizinkan... dan inilah yang banyak berlaku....akhirnya pelajar jadi kaku ! 

Kenapa nak siapkan proposal yang tebal-tebal… dan memakan masa yang lama…? Kan lebih baik lagi siapkan proposal yang ringkas tapi cukup masa utk buat pembetulan, jalankan kajian dan siapkan thesis. 

Malah.... semasa defence proposal pun.... yang dipaparkan bukanlah proposal yang tebal dan detail tu pun, .TETAPI hanyalah 6 slides - Objective, Research Question, Problem Statement, LR, Method, Analysis Data.... yang semuanya dibuat RINGKASAN sahaja.... cukup utk 20 minute presentation,  wpun anda ambil masa 3 tahun nak siapkan proposal tersebut !! Jika semua slides yang dipersembahkan tersebut menepati tahap yang ingin dicapai....maka boleh sahaja diteruskan kajian. Jadi judgment dibuat byk tertumpu kepada 6 slides tersebut sebagai road map, berbanding apa yang anda tulis menjela2 dalam proposal. 

Di University of Queensland dan University of Adelaide dihadkan approx 10K words... manakala thesis di Uni of Adelaide adalah approx 80 K words. Jika proposal anda 1.5 spacing, ini bermakna sekitar 30 -35 pages sahaja !! 

Saya selalu lihat proposal di Malaysia ini melangkau 100 pages... fuhhh. Bayangkan selepas membuang masa mengedit mendetail dan mengedit semula... utk 100 pages tersebut... then masa defense kena jugak major amendment. takkan ini satu yang "go down into the drain.... "

Saya hanya nak cadangkan anda pinjam thesis SV anda.... dan bandingkan proposal yang anda diminta siapkan, silap haribulan proposal anda lagi tebal dari thesis SV anda....:-)

OT 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...