Contohnya “ Sodium reacts vigorously ( even explosively) with cold water”. Rigorous bermakna lebih kurang “strictly…. extremely thorough… details… accurately…”. Jadi bila ko nak jadi calon master / Phd ko mesti bersikap rigorous !
Tanam dan lekatkan terminology RIGOROUS ini dalam benak fikiran ko...supaya kajian ko boleh meletup letup !!
Apa maknanya ni bro?
Aku dan senaraikan 9 aspek yang ko perlu ikuiti secara rigorous dalam post aku yang lepas. Kali ini aku nak sentuh cara berfikir ko yang terlebih dahulu supaya rigorous enough sebelum ko cetak name card baru ko tertulis titile "PhD Candidate" bla..bla..bla...
Jika ko dah daftar atau dah mulakan pengajian... jadikan list berikut sebagai senarai semak !
Sebelum ko bercadang utk mengisi borang dan menulis proposal ringkas memohon menjadi calon2 master / Phd, maka bermulalah episod rigorousness dalam pemikiran ko.
Pertama:
Jgn isi borang dan sediakan proposal spt melepas bersin ditangga… sediakan pengetahuan asas tapi meluas dalam area of invesigation yg ko nak kaji....melalui penerokaan awal isu / debatable fenomena / argumentation yang ditimbulkan oleh scholar dalam current journal yang dipublished…
Bayangkan soalan wajib SV yang pertama adalah "Apa isu yang U nak kaji?" Soalan macam nipun ko dah nak terkucil sebab tak tahu nak jawab...
Kalau ko tak tahu atleast 10 journal impact factor (bukan 10 artikel !) yang terbitkan isu2 dalam area of investigation yang ko minat nak kaji… ko belum cukup rigorous. Fikiran ko dangkal. Daya analisis ko lemah dan ko akan teraba2…. malah ko akan terkulai layu sebaik sahaja penemuduga atau SV ko muka mulut dan tanya soalan2 basic berkaitan area of investigation ko pada pertemuan pertama !
Tool yang ko perlukan pada tahap ini adalah Reference Manager Mendeley !!
Kedua
Sebaik sahaja diterima sebagai calon, dan SV dah kata OK… kepada area of investigation yang ko nak buat…. mulalah mengumpul artikel secara rigorous ….melalui Mendeley atau e-journal library ko atau library kawan2 ko….minta bantuan SV dan librarian…. adakan contact dgn kawan2 dalam dan luar negara …. supaya semua senarai artikel yang ko dah pilih dapat ko download ke dalam dropbox .... Ko tak cukup rigorous kalau mengeluh susah nak dapat artikel… atau bersungut macam mak nenek yang sakit sendi…. selagi ko tak lakukan langkah ini
Ketiga
Kemudian jgn kembangkan dulu lubang hidung ko jika tak dapat kumpulkan 100 artikel yang “power2” ....kebanyakkannya adalah artikel 2010 – 2014… dan gunakan teknik yang aku ajar FBOT dan SROT utk mendapatkan fokus apa yang ko nak kaji…Dan membaca secara intensive. Ko jgn ingat dah cukup rigorous hanya dapat 10 artikel yang ko tak sangka terjumpa disana sini… melalui Google Scholar
Keempat
Jgn perasan ko dah cukup rigorous dgn progress ko… hanya setakat siapkan ZDOT 30 pages dalam 2 minggu… dgn beberapa theory yang dah ko senaraikan….juga research design dan sampling techniques… jika ko tak teruskan pencarian dan mendalami perkara2 tersebut secara lebih fokus dalam artikel atau buku atau handbook yang lebih khusus membincangakn latar belakang research design, sampling dan theory tersebut.
Kelima:
Begitu juga dgn senarai instrumen yang ko jumpa dalam artikel yang digunakan dalam kajian2 lepas. Ko perlu dalami bagaimana instrument tersebut perlu di evaluate, validate semula…. sertailah bengkel2 yang dikendalikan oleh psychometrician…. sebab SV ko mungkin tak tahu….wpun selalunya bercakap macam tahu jer semua benda….apa itu dimensi, objectivity, subjectivity, multidimensional, unidimensional, item difficulty, item discriminant, ability dll terminologies… yang berkait dengan instrument......dan kalau ko sendiri tak mahu makna dan aplikasi termonology tersebut... ko tak cukup rigorous lagi.... dan siap ko kalau ditanya masa VIVA !!
Kena maintained rigorous !! |
Keenam:
Maybe ko tak faham banyak perkara yang ko baca dari langkah 1 – 5 di atas. Ingat , ko akan wajib ikut kelas research methodology atau maybe kelas statistik. Tanpa langkah 1 – 5 di atas, kelas research methodology ko tak ubah macam kelas spoon feeding, ko menganga mulut dan SV isi dgn maklumat. Jika ko dah mula menemui perbagai fakta, terminologies, analisis dll dari langkah 1 – 5 di atas, barulah kelas research methodology ko jadi rigorous.
Ko boleh bertanya soalan kaw-kaw pada pensyarah apa sahaja yang ko tak faham, atau berdiskusi dgn produktif dan signifikan bila berjumpa SV atau adviser ko…. barulah ada makna !! Jika boleh, jgn berpuas hati dgn kelas statistik sebab kelas tu tidak rigorous utk dalami SPSS, AMOS atau PLS apatah lagi M-plus ! Jadi masuklah bengkel yang lebih khusus termasuk bengkel analisis data kualitatitif Atlas.ti .
Semalam baru aku dengar keluhan bila seorang SV menolak supervisee yg nak buat factor analysis hanya kerana dia tak tahu amende FA tu ! Fuhhh….. inilah dunia supervision yang selama ini terselindung.... sungguh sadis !!
Ketujuh:
Dengan kepastian hasil perbincangan yang rigorous dgn SV atau dari kelas research method dan bengkel SPSS atau Atlas.ti (utk kajian kualitatif)…. Terus perbaiki ZDOT supaya menjadi proposal yang mantap.
Kelapan:
Buka mata dan telinga secara rigorous dgn mencari mana-mana colloquium, seminar… ambil peluang membuat pembentang, even dgn conceptual paper…. Belajar menulis artikel…. selalunya colloquium siswazah tak kisah sgt kualiti paper ko.. asalkan menepati thema.
Bagi ko...inilah pengalaman utk menulis dan membuat presentation… sambil mengenali kawan2 sealiran dgn ko. Pls jgn present paper macam robot.... baca terus dari slide PPoint ko... plsss... ko ingat audience ko buta huruf ker tak tahu baca dari slide ko tu? Jgn bikin audience zzzzz tapi bikin surprised !!
Sila ikut stail "three minute thesis" competition.....google lah kalau nak tahu !
Sapa yang tak pernah present selain dari presentation wajib di Jabatan masing2.. ko memalukan diri ko sendiri jer.....
Kesembilan:
Jgn abaikan pilot test. Lakukan beberapa kali secara rigorous . Aku sendiri jalankan 3 kali pilot baru konfiden utk gunakan instrumen aku. Pastikan sample mencukup…. Limitkan skop assessible population ko… jgn buat satu Msia, nanti ko lelah sedang kajian ko perlu rigorous. Aku tak nampak keperluan population satu Msia diperlukan bagi kajian PhD mahupun master.....
Kesepuluh:
Jgn berpuas hati dgn pendapat SV sahaja. Ko boleh hadiri seminar dan cari penyelidik, lecturer, SV dari mana2 pun utk dapatkan pandangan bagi memantapkan kajian ko. Alasan?
Kalau ko viva nantipun, bukan SV ko yang jawab atau tanya, dia diam seribu bahasa…. Ko lah yang terpaksa mempertahankan diri.... secara rigorous dpn panel bukannya macam pengantin sebelum lampu ditutup malam pertama.... mahu tapi malu berkata2....
Jadi dgn mendapat pelbagai pandangan dari pihak ke3, 4 atau 5 ko sebenarmya menyediakan diri utk sesi viva ko nanti... sebab pandangan tersebut tak semestinya benar atau perlu diikuti... sekadar memperluaskan persepsi pemikiran ko.. supaya luas dan jelas....
Kesebelas:
Ini hanya tambahan. Tolong jgn guna laptop yang outdated dgn MSWord 2007 lagi, atau laptop dgn screen kecik sehingga sakit mata memandang hanya dgn alasan, ada nilai sentimental ! Jgnlah tutup pad keyboard tu dgn silikon... nanti cpu dia kepanasan kat dalam tu....
Belilah laptop baru jika nombor pada keyboard lama ko dah pudar…. Jgn harap pulak pada laptop “Hak Kerajaan Malaysia” sahaja. Install MS Word 2010 sebab aku dapat MS Word 2013 ada bug bila nak jalanakan ZDOT.
Cukuplah dulu bro…. akau ada kerja lain nak buat !!
OT
No comments:
Post a Comment