Kelas research methodology aku baru bermula. Bila aku acah2 tanya tajuk kajian…. ramai yang berhasrat utk menguji keberkesanan itu dan keberkesanan ini. Maknanya, jika tidak berkesan sesuatu program atau sistem atau prosidur…. maka pihak berwajib perlu melakukan sesuatu.. termasuk membuat perubahan dasar atau memberhentikan perlaksanaan sesuatu yang tidak berkesan itu.
Fuhhh besar sungguh hajat mereka…. Macam lah itu sahaja kajian yang dituntut semasa mereka menjadi calon master / PhD..... spt mereka tu polisi maker atau ada kuasa…. Sedang mereka tak lebih dari calon PhD / Master yang novis yang sedang buat latihan praktikal hasilkan satu kajian…. sambil merangkak2 menulis thesis dan menggeletar bila buat prsentation.
So…..aku kata, PhD atau master hanyalah bertujuan untuk contribution the body of knowledge, bukan mengubah polisi dan memberi impak kepada mana2 badan…. ada yang tanya lagi…. apa maksud contribution the body of knowledge?
Inilah antara maksudnya…..contribution terhasil bila anda berupaya
1. Menguji kesesuaian model dgn variable / construct baru
2. Memberi penyelesaian kepada persoalan yang dahulunya tidak terungkai
3. Meneroka satu bidang dgn lebih menyeluruh
4. Menjalankan experimental bagi menguji sesuatu theory /effectiveness
5. Menyediakan data-data emperikal bagi kajian lanjut
6. Menguji satu method / tool baru dalam menyelesaikan isu lama
7. Menerbitkan satu algorithma / prosidur / simulation / formula
8. Mengupas pemikiran / tokoh / manuskrip
9. Menguji gabungan theory / construct
10. Menghasilkan kupasan theory terdahulu dgn analisis yang lebih mendalam
11. Membina software / instrument / qnaire / inventory / prototaip
12. Re-evaluate / revalidate instrument ....
13. dan anda boleh senaraikan lagi dan lagi dan lagi….
Betul ker inilah tujuan membuat kajian dan menulis thesis? Tak caya lah !
Tak caya.... dah jutaan calon yang berjaya dpt PhD pun buat benda yang sama. di atas....contribute to the body of knowledge.....sebab itu thesis anda wajib diterbitkan dlm bentuk journal article supaya contribution di atas boleh dilanjutkan oleh pengkaji lain….. bukan diserahkan utk tindakan mana2 badan….sebab merekapun "tak hingin" nak baca thesis2 tersebut !
Tambahan bro.... professor2 pun dapat jawatan tersebut kerana banyaknya artikel yang dipublished bukan besarnya impak kajian yang mereka jalankan...... Paling gahpun klu ada artikel tersebut published dlm high impact journal yg hanya impak kpd byknya "cited by" atau dirujuk bukanpun pada mana2 polisi .....malah ada artikel tersebut adalah hasil kajian PhD / Master supervisee mereka bukanpun kajian professor berkenaan!!
Jgn tak tahu.... Einstein hasilkan E=mc2 yang menjadi formula paling simple didunia tapi paling hebat dalam contribution to the body of knowledge !! Ada sesiapa panggil dia Prof Einstein?
Jadi sgt-sgt pelik jika masih ada SV terus menjegilkan bijik mata sambil meninggikan dada.....mempersoalkan perlunya impak kajian kepada polisi atau masyarakat tanpa bertanyakan contribution di atas sampai senak dan kecut perut calon2 baru nak dapatkan kajian yang sesuai! Maka terbayang dalam fikiran calon2 master / PhD utk kaji dasar itu dan ini..... samada sesuai ataupun tidak !!
Paling malang soalan impak ini menjadi soalan cepu mas dalam temuduga utk mendapatkan biasiswa !!
SV yang macam tu maybe elok buat PhD semula.....tunjukkan apa yang dimaksudkan dgn "impact" tersebut...... dan sama2 kita lihat apa impak yang dia boleh hasilkan dgn PhD dia tu ..... samada impak maksima atau sekadar impak kepada Mak Limah lenggang kangkung !!
No comments:
Post a Comment