.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, February 3, 2014

Tajuk 551: Cinta hujung nyawa

Tajuk entry kali ni lain skit.... skit jer...

Lima darjat cinta... utk bacaan yang belum dan dah kawin ...ukuran cinta sama ada pasangan teruna dan dara mahupun Pak Uda dan Mak Dara...

Aku dah termasuk golongan five series ... aku ingin berbicara secara maya pasal darjah cinta.... berdasarkan pengalaman aku... bercinta dan dicintai... menggariskan perkembangan naluri cinta teruna dan dara dalam menuju jannah !

Pertama - Passion: Imbasan cinta mula dirasakan berputik kerana tarikan pasangan berlainan jenis... tarikan sexual.... Melihat sahaja menyebabkan jantung berdegup kencang.... dan berlakulah ketegangan dibahagian tertentu.....lebih banyak bahagian yang tegang pada dara berbanding teruna dan jika teruna dan dara mendapat isyarat yang sama.... fuhhh.... maka angaulah kedua teruna dan dara.

Kedua - Romantic : Setelah cinta berbalas....maka intention sexual dibawa ke darjah lebih tinggi, wujudlah perasaan ingin saling memiliki, caring, sharing, ingin cinta dan dicintai.... ketika ini baru teruna dan dara perasan mereka menyedut udara yang sama... fuhhh romantis sungguh !!

Ketiga - Commitment: Setelah melalui fasa passion dan romantic, maka angau tadi mula menjadi serius, mengatur strategi pula utk membawa cinta ke darjkat seterusnya - commitment melalui satu pernikahan. Pernikahan ini akan dimulakan dgn fasa satu bantal satu selimut.... fasa bulan madu bagi menikmati sexual dalam suasana yang sungguh romantis...sehingga ke awan biru sebab tiada siapa yang mengganggu... lalu terlunaslah segala ketegangan dan sekaligus merealisasikan caring dan sharing utk hidup bersama.

Keempat - Loyalty: Setelah redanya ketegangan pada teruna dan dara, menikmati hidup bersama.... .... sebagai satu komitment....maka lahirlah benih cinta berupa cahaya mata. Pada tahap ini... passion dan mula kurang.... yang bertambah adalah patient. Romantic maybe dilihat sebagai "mengada-ngada" sementelahan dah ada 3, 4 anak yang perlukan perhatian....lalu komitmen mula menjadi satu experimen bagi menguji loyalty kedua insan.. jangan dipermainkan janji-janji dahulu..
cubalah usaha agar ketenangan kembali, semoga kitakan jadi....
seperti dua insan bercinta

Kelima - Cinta Jannah: Menyeimbangkan passion, romantic, commitment dan loyalty menuju jannah. Berusaha mengekalkan sudut passion dan romatik dgn maksud yang lebih matang menerusi memperbanyakkan solat bersama.... umrah / haji bersama... .. tadaddrus bersama... susah dan senang bersama.... sekali sekali tinggalkan anak utk mendapatkan environment yang lebih passion.... dan romantis.... bagi mengukuhkan komitmen ... setia kehujung nyawa... dan inilah cinta jannah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...